Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) UPM
Precision Diagnostics, Hope Begins Here.

Advanced PET/CT, MRI, CT & Ultrasound services with experienced professionals, fast appointments, affordable pricing and trusted care.
📍 Universiti Putra Malaysia

27 Februari 2026 (Jumaat) – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan sesi CME bertajuk Fundamentals o...
17/04/2026

27 Februari 2026 (Jumaat) – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan sesi CME bertajuk Fundamentals of MRI and PET-CT in Neuroimaging with Special Focus on Dementia yang telah disampaikan oleh Professor Dr. Subapriya Suppiah, FAMM, FANMB.

Sesi ini telah dihadiri oleh staf PPDN, staf FPSK-HSAAS yang terlibat dalam bidang pengimejan, kolaborator penyelidikan bersama PPDN serta pelajar pascasiswazah yang sedang menjalani latihan klinikal dan penyelidikan di PPDN.

Turut memeriahkan program ialah kehadiran enam (6) orang pelajar dari Universitas Padjadjaran (UNPAD) sebagai sebahagian daripada pendedahan akademik dan pengukuhan kolaborasi antarabangsa.

Semoga sesi ini memberi manfaat dalam memperkasa pengetahuan serta amalan klinikal dalam bidang neuroimaging, khususnya berkaitan penilaian dan pengurusan demensia.



Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

🎥 LIVE WEBINAR | SECOND ANNOUNCEMENTJoin us for an insightful session on“Theragnostics Innovations in Prostate Cancer - ...
17/04/2026

🎥 LIVE WEBINAR | SECOND ANNOUNCEMENT

Join us for an insightful session on
“Theragnostics Innovations in Prostate Cancer - from Bench to Bedside”

📅 25th April 2026 (Saturday)
⏰ 3:15 PM – 5:00 PM (GMT+8)
💻 Platform: Google Meet

👩‍⚕️ Featuring renowned experts sharing the latest advancements in theragnostics and prostate cancer care.

📲 Scan the QR code on the poster or click: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfvpitqSmpsRaSpT8Ax1SJeLS3MWC6fPqeRWssV8G-J-ccX8g/viewform to register now!

Secure your spot and be part of this knowledge-sharing session.

MMA CPD and BKRP points application in progress (for Malaysia healthcare professionals)



Follow us for news and announcements at:

Website: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

15/04/2026

🏠 BDR Uji Kesiapsiagaan Tenaga Kerja Malaysia

Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor kerajaan dan GLC mulai 15 April mencetuskan persoalan tentang kesiapsiagaan tenaga kerja Malaysia. Menurut Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abd. Wahat dari Universiti Putra Malaysia, kejayaan BDR bergantung kepada keseimbangan dasar, kepercayaan, teknologi dan budaya kerja. Faktor seperti kemahiran individu, persekitaran rumah, komunikasi maya serta sokongan keluarga turut mempengaruhi keberkesanan pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan Malaysia mempunyai asas teknikal kukuh seperti HRMIS dan SPOT-Me. BDR berpotensi meningkatkan produktiviti dan keseimbangan hidup, namun memerlukan masa dan latihan untuk dibudayakan. Tanpa garis panduan jelas, pekerja berisiko mengalami tekanan, keletihan serta gangguan kesejahteraan akibat waktu kerja tidak menentu dan isu persekitaran kerja tidak ergonomik.

Cabaran lain termasuk kepercayaan organisasi, penilaian prestasi dan kebergantungan kepada teknologi. Isu seperti kos internet, keselamatan siber dan ruang kerja terhad turut memberi kesan. Justeru, pendekatan holistik melalui latihan, sokongan majikan dan model kerja fleksibel diperlukan bagi memastikan keseimbangan antara produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Affendi Abd Manaf atas segala jasa, ko...
10/04/2026

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Affendi Abd Manaf atas segala jasa, komitmen dan bakti sepanjang berkhidmat bersama kami.

Pergi ke taman memetik bunga,
Bunga disusun di dalam dulang;
Jasa dikenang sepanjang masa,
Budi tuan tetap kami kenang.

Semoga terus melakar kejayaan dan diberi kecemerlangan dalam setiap langkah yang diambil.
Selamat maju jaya di tempat baharu!

Tulus ikhlas daripada
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN)
💐

Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

SHANGHAI, China | 29 Mac – 5 April 2026Latihan Klinikal PET/CT di Zhongshan Fudan University HospitalEmpat pegawai dari ...
08/04/2026

SHANGHAI, China | 29 Mac – 5 April 2026

Latihan Klinikal PET/CT di Zhongshan Fudan University Hospital

Empat pegawai dari Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM telah menyertai latihan klinikal intensif di Zhongshan Fudan University Hospital – Hospital pengajaran bertaraf tinggi di China.

Peserta latihan:
▫️PROF. MADYA DR. SURAINI BINTI MOHAMAD SAINI (Pakar Radiologi)
▫️DR. MUHAMMAD HISHAR BIN HASSAN (Pegawai Penyelidik)
▫️PUAN NOR KAMALIA BINTI ABDUL JALIL (Juru X-ray)
▫️PUAN SUHAYU SALEH (Jururawat)

Latihan ini memberi pendedahan kepada pengendalian serta aplikasi klinikal PET/CT, PET/MR dan Makmal Radiofarmaseutikal dalam diagnosis dan pemantauan penyakit. Latihan ini juga merupakan salah satu keperluan kompetensi pegawai bagi mengendalikan mesin PET-CT baharu di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, yang mula digunakan pada awal Disember 2025.

Peserta berpeluang mempelajari prosedur pemeriksaan PET/CT mengikut amalan terbaik yang diamalkan di Zhongshan Fudan University Hospital, Shanghai, termasuk pemeriksaan awal pesakit, puasa dan kawalan gula sebelum suntikan radiofarmaseutikal, tempoh penyerapan bagi memastikan pengambilan optimum, imbasan mengikut protokol yang ketat, serta pemantauan dan pemulihan selepas prosedur.
Latihan ini memastikan setiap pegawai dapat mengendalikan peralatan dengan selamat dan cekap, sambil memberikan pengalaman terbaik kepada pesakit.

Selain itu, peserta latihan juga diberi peluang melawat United Imaging Healthcare Headquarters di Jiading District, Shanghai, bagi melihat secara langsung teknologi terkini dalam pengimejan perubatan.

Diharapkan pengalaman ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit serta memberi inspirasi kepada pegawai untuk terus menimba ilmu dan mengadaptasi teknologi terkini dalam bidang pengimejan perubatan.



Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

🎥 LIVE WEBINAR | FIRST ANNOUNCEMENTJoin us for an insightful session on“Theragnostics Innovations in Prostate Cancer - f...
07/04/2026

🎥 LIVE WEBINAR | FIRST ANNOUNCEMENT

Join us for an insightful session on
“Theragnostics Innovations in Prostate Cancer - from Bench to Bedside”

📅 25th April 2026 (Saturday)
⏰ 3:30 PM – 5:00 PM (GMT+8)
💻 Platform: Google Meet
🎟️ Complimentary session

👩‍⚕️ Featuring renowned experts sharing the latest advancements in theragnostics and prostate cancer care.

📲 Scan the QR code on the poster or click: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfvpitqSmpsRaSpT8Ax1SJeLS3MWC6fPqeRWssV8G-J-ccX8g/viewform to register now!

Secure your spot and be part of this knowledge-sharing session.

CPD and BKRP points application in progress (for Malaysia healthcare professionals)



Follow us for news and announcements at:

Website: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

31/03/2026

Tahniah semua pelajar lepasan SPM 2025!

30/03/2026

Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuhkan kedudukannya dengan pencapaian cemerlang dalam QS World University Rankings by Subject 2026. UPM kini berada di tangga ke-38 dunia bagi subjek Sains Veterinar dan ke-64 bagi subjek Pertanian dan Perhutanan. Pencapaian ini membuktikan bahawa UPM kekal sebagai peneraju dalam kedua-dua bidang tersebut, mengatasi semua universiti tempatan.

UPM turut melakar pencapaian baharu apabila buat pertama kalinya menempatkan diri dalam penarafan subjek Sains Data dan Kecerdasan Buatan pada kedudukan 101–200 serta Kejururawatan pada kedudukan 151–225.

Secara keseluruhan, sebanyak 29 subjek di UPM tersenarai dalam kelompok 350 terbaik dunia, dengan 20 daripadanya berjaya berada dalam kelompok 200 terbaik dunia.

Tahniah kepada seluruh warga UPM atas pencapaian yang membanggakan ini!

……………………………………………………..

Universiti Putra Malaysia (UPM) continues to strengthen its position with outstanding achievements in the QS World University Rankings by Subject 2026. UPM is now ranked 38th globally for Veterinary Science and 64th for Agriculture and Forestry. This accomplishment demonstrates that UPM remains a leader in these fields, surpassing all local universities in both subjects.

UPM also marked a new milestone by being ranked for the first time in Data Science and Artificial Intelligence (101–200) and Nursing (151–225).

Overall, a total of 29 subjects at UPM are listed among the world’s top 350, with 20 of them successfully placed within the top 200.

Congratulations to the entire UPM community on this proud achievement!

Tahniah Universiti Putra Malaysia 🎉
30/03/2026

Tahniah Universiti Putra Malaysia 🎉

Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila terus mencatat pencapaian membanggakan dalam QS World University Rankings by Subject 2026. Bidang Sains Veterinar (Veterinary Science) kekal kukuh di kedudukan ke-38 dunia, sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai subjek terbaik di Malaysia selama lima tahun berturut-turut dan turut mendominasi peringkat Asia selama tiga tahun berturut-turut.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UPM atas pencapaian yang amat membanggakan ini!

……………………………

Universiti Putra Malaysia (UPM) has once again demonstrated its excellence by achieving remarkable results in the QS World University Rankings by Subject 2026. The Veterinary Science field remains strong, ranked 38th in the world, maintaining its reputation as the best subject in Malaysia for five consecutive years and dominating the Asian rankings for three consecutive years.

Congratulations to the entire UPM community on this proud achievement!

Address

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691644

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM:

Share

Category

About Us

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) Universiti Putra Malaysia mula beroperasi pada bulan 5 Oktober 2010 dan menawarkan pemeriksaan pelbagai sistem tubuh yang terlibat dalam penyakit berkaitan onkologi, inflamasi, infeksi, kardiologi dan neurologi menggunakan mesin MRI, PET CT dan ultrasound.

Opening Hour

Monday to Friday: 8.00 am - 5.00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday : Close