Redz Counseling & Consultant

Redz Counseling & Consultant Counselling, Motivation & Writing

04/03/2026

"Tak boleh… nanti batal puasa...”

Ayat ini biasa kita dengar setiap siri Ramadan.

Tetapi betulkah semua bentuk keintiman itu dilarang?
Atau kita sekadar mewarisi salah faham tanpa semak hukum sebenar?

• Ramai isteri sebenarnya terlalu berhati-hati.

• Ramai suami p**a memendam kerana tidak mahu memaksa.

Akhirnya… jarak tercipta tanpa disedari....................

Ilmu yang jelas akan menghilangkan keraguan.
Dan kefahaman yang betul akan menenangkan hubungan.

✨ Temui segala jawapan dan dilema tentang hubungan bersuami isteri di dalam - Module e-Book Seks & Ramadan — pelbagai panduan penting buat suami isteri terkandung dalam karya ini.

"HOW TO S*X IN RAMADAN"

Klik sekarang! 👇
https://web.geloranafkahbatin.com/order/form/hts-in-ramadan/Redz


03/03/2026

"Kisah Benar : Luahan Seorang Suami"

Ini adalah luahan seorang klien saya di dalam sesi kaunseling.

Soal sikap isteri perlukan kesabaran suami untuk bimbing. Tetapi cuba lihat punca utama masalah?

02/03/2026

"Poligami Bukan Tempat Untuk 'Cuba Dulu'!"

Saya terbaca satu komen lelaki yang berbunyi lebih kurang begini:

“Kalau tak mampu poligami, cerai je lah.”

Terus terang, ayat seperti ini sangat membimbangkan.

Poligami dalam Islam itu harus, tetapi bukan permainan.
Ia bukan ruang untuk lelaki menguji keinginan.
Ia bukan pelan sandaran jika perasaan berubah.

Allah SWT memberi keharusan dengan syarat yang sangat berat iaitu keadilan.

Dan adil itu bukan sekadar cukup duit.

Adil itu:

Masa yang seimbang

Emosi yang stabil

Tanggungjawab terhadap anak

Kepimpinan yang matang

Kesiapsiagaan menghadapi konflik

Jika belum mampu berlaku adil dalam satu perkahwinan, bagaimana mahu menambah satu lagi?

Perkahwinan Bukan Eksperimen

Ada yang berkata,
“Cuba dulu. Kalau tak mampu, ceraikan.”

Ini bukan mentaliti lelaki beriman.

Cerai itu halal, tetapi ia bukan alat untuk menyelamatkan ego.
Di belakang setiap perceraian ada wanita yang terluka.
Ada anak yang hilang rasa selamat.
Ada masa depan yang berubah arah.

Nikah itu mithaqan ghaliza iaitu perjanjian yang sangat kuat.
Bukan kontrak sementara.

Lelaki Yang Matang Tidak Bermain Dengan Amanah

Keinginan itu manusiawi.
Tetapi kepimpinan itu pilihan.

Lelaki yang benar-benar faham agama akan bertanya:

Sudahkah aku adil pada isteri pertama?

Sudahkah aku stabil emosi?

Sudahkah aku benar-benar bersedia memikul beban tambahan?

Atau ini sekadar dorongan nafsu yang aku cuba “halalkan”?

Agama bukan untuk menghalalkan kehendak.
Agama datang untuk mendisiplinkan kehendak.

Pesan Buat Para Suami

Jika ingin berbicara tentang poligami, berbicaralah dengan ilmu.
Bukan dengan gurauan.
Bukan dengan ugutan cerai.
Bukan dengan mentaliti “kalau tak jadi, lepaskan sahaja”.

Wanita bukan tempat uji kaji.
Isteri bukan barang gantian.
Anak bukan angka statistik.

Perkahwinan itu amanah.
Dan amanah tidak pernah ringan.

Semoga para lelaki diberi kefahaman yang benar tentang tanggungjawab.

Dan semoga para wanita diberi kekuatan untuk tidak membiarkan diri diperlakukan secara sambil lewa.

Jika perkahwinan mahu dibina atas nama agama,
maka akhlaklah yang perlu mendahului keinginan.

- CR.Redz

01/03/2026

"Penat Dengan Konflik Keluarga Yang Sama Setiap Hari?"

Bila kali terakhir anda berbincang dengan tenang tanpa berakhir dengan air mata atau kemarahan?

Kadang-kadang, 'pihak ketiga' yang neutral adalah kunci untuk harmoni semula.

✨ Kenapa perlu pilih khidmat saya?
• Kaunselor Berdaftar (KB, PA).
• Pengalaman melebihi 22 tahun dalam membantu ribuan kes keluarga.
• Sesi yang selamat, empati, dan rahsia terjamin.

Tak perlu lalui semua ini sendirian. Saya sedia mendengar.

Klik link ini segera :

https://t.me/SesiKaunselingRCC/5

https://t.me/SesiKaunselingRCC

28/02/2026

Module e-Book ini mengajar “HOW TO S*X IN RAMADAN”, bukan sekadar “APA HUKUMNYA”.

🔑 ANTARA PERKARA PENTING YANG ANDA AKAN FAHAM

🕰 1. MASA TERBAIK UNTUK SEKS DI BULAN RAMADAN

✔️ Selepas berbuka vs sebelum sahur
✔️ Kesan biologi & hormon lelaki dan wanita
✔️ Bila sesuai untuk hubungan lembut vs hubungan aktif

🧠 2. PERANCANGAN SEKS YANG BETUL

✔️ Kenapa seks dalam Ramadan perlu dirancang, bukan spontan
✔️ Cara menyatakan keinginan tanpa cetus konflik
✔️ Teknik “delay syahwat” ke waktu malam dengan selamat

❤️ 3. PENGURUSAN TENAGA & EMOSI SUAMI ISTERI

✔️ Kenapa isteri penat → libido menurun
✔️ Peranan suami membuka pintu keintiman
✔️ Seks bermula di luar bilik tidur, bukan di atas katil

🔥 4. TEKNIK & POSISI SEKS YANG SESUAI DALAM RAMADAN

✔️ Posisi yang tidak membebankan tubuh
✔️ Posisi yang bantu cepat klimaks bila masa terhad
✔️ Bezakan gaya seks yang sihat vs seks instant

🍽 5. PEMAKANAN, SENAMAN & STAMINA SEKSUAL

✔️ Makanan yang bantu libido naik secara semula jadi
✔️ Senaman ringkas untuk lelaki & wanita
✔️ Persediaan fizikal agar seks tidak menyakitkan atau memenatkan

📈 6. ANALISA SEKSUAL & KESESUAIAN SEKS PASANGAN

✔️ Sexual Connection Pyramid
✔️ Analisa kesediaan z***r lelaki sepanjang 24 jam
✔️ Analisa kesediaan seksual wanita sepanjang 24 jam
✔️ Tanda fizikal & emosi bila pasangan benar-benar bersedia
✔️ Cara memilih waktu ikut realiti tubuh, bukan paksaan

📔 7. SOAL HUKUM PENTING DALAM RAMADAN
(Subtopik yang perlu anda TAHU)

✔️ Perbahasan hukum jimak atau istimna' ketika siang hari Bulan Ramadan
✔️ Hukum isteri memasukkan sesuatu dalam kemaluannya ketika berpuasa
✔️ Kaffarah melakukan persetubuhan
✔️ Kefahaman untuk mereka yang menolak ajakan ke ranjang di Bulan Ramadan
✔️dan banyak lagi.

🌙 RAMADAN BUKAN BULAN MEMATIKAN KEINTIMAN

Tetapi bulan melatih disiplin, kawalan & kesedaran.

Module e-Book ini membantu pasangan memahami bahawa:

Seks, bila diurus dengan ilmu dan niat yang betul, bukan penghalang ibadah, malah menguatkan perkahwinan.

Dapatkan sekarang..!!! 👇👇👇👇

HTS IN RAMADAN
https://web.geloranafkahbatin.com/order/form/hts-in-ramadan/Redz

28/02/2026

"Konflik Keluarga Berlarutan? Jangan Biarkan Ia Menjadi 'Barah' Dalam Hubungan."

Selepas 22 tahun berkhidmat dalam bidang kaunseling, saya dapati satu corak yang sama: Kebanyakan isu keluarga berpunca daripada komunikasi yang tersumbat dan luka lama yang tidak dirawat.

Sebagai Kaunselor Berdaftar, peranan saya adalah menjadi pihak ketiga yang neutral—membantu anda melihat perspektif yang lebih jelas tanpa menghukum.

Kenapa pilih sesi kaunseling profesional?
✅ Ruang selamat & Etika kerahsiaan terjaga (LKM).
✅ Teknik komunikasi yang berkesan.
✅ Pengalaman klinikal melebihi 2 dekad.

Jangan biarkan ego meruntuhkan apa yang anda bina bertahun-tahun. Mari kita duduk berbincang secara profesional.

Saya faham bukan mudah untuk mengambil langkah pertama ini, namun anda telah melakukannya. Saya sedia mendengar dan membantu anda.

Bagi memudahkan urusan perkenalan dan penjadualan, mohon berikan butiran ringkas anda:

Nama:

Lokasi:

No. Telefon :

Isu yang ingin dibincangkan (Ringkas):

Sementara menunggu maklum balas saya, anda boleh layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang sesi:

👤 Kenali Kaunselor Anda (22 Thn Pengalaman): https://t.me/SesiKaunselingRCC/5
💰 Info Fee & Harga: https://t.me/SesiKaunselingRCC/23
🌟 Testimoni Klien: https://t.me/SesiKaunselingRCC/28

Segala maklumat yang anda kongsikan adalah SULIT & DIRAHSIAKAN.

Saya akan membalas mesej anda sebentar lagi.

Terima kasih kerana bersabar.

- CR. Redz

"Pernah tak… anda bangun pagi, tengok jam, dan hati terus mengeluh: “Alah… hari ni lagi?”Tahu tak? Perasaan "rasa nak be...
14/01/2026

"Pernah tak… anda bangun pagi, tengok jam, dan hati terus mengeluh: “Alah… hari ni lagi?”

Tahu tak? Perasaan "rasa nak bersara" setiap hari itu bukan sekadar tanda awak malas. Itu adalah jeritan dalaman diri di mana jiwa anda dah tak mampu rasa nikmat daripada perkara yang anda buat setiap hari.

Anda bukan penat sebab buat kerja, anda penat sebab anda sedang berlakon menjadi produktif untuk sebuah kehidupan yang anda sendiri tak nampak maknanya.

Kenapa Jiwa Anda Rasa 'Kosong' & Retak?

Dalam dunia perubatan mental, fasa ini sangat berbahaya kerana ia datang secara senyap dan membunuh semangat perlahan-lahan

1. Languishing (Jiwa Tergantung)

Anda tak murung sampai tak boleh bangun, tapi anda tak "hidup". Anda cuma berfungsi sebagai robot yang mengikut jadual. Pagi pergi kerja, petang balik, malam tidur. Otak anda dah 'shut down' sistem emosinya, sebab terlalu banyak stres yang dipendam.

2. Sangkakala Cortisol

Setiap kali anda paksa diri buat benda yang anda benci, badan anda akan rembeskan hormon stres (kortisol). Sebab itu anda rasa kosong. Anda dah tak rasa teruja, yang tinggal cuma rasa 'berat'.

3. The Identity Crisis

Anda rasa nak bersara sebab anda dah hilang "diri" yang sebenar dalam timbunan komitmen, hutang, dan harapan orang lain.

Anda rindu pada diri anda yang dulu yang pernah ada hobi, yang pernah ketawa ikhlas, yang pernah ada impian besar.

Kalau rasa nak bersara itu datang bersama rasa kosong, cepat marah, susah tidur, atau hilang minat pada benda yang dulu anda s**a, Itu isyarat badan dan emosi minta perhatian. Berbual lah dengan orang yang anda percaya, yang boleh dengar tanpa menghakimi.

Anda tak perlu hilang imej dan personaliti dulu, baru orang nampak anda penat. Anda boleh berhenti sekejap, tarik nafas, dan mula semula dengan cara yang lebih lembut.

Kadang yang kita perlukan bukan bersara. Kita cuma perlukan hidup yang ada ruang untuk diri sendiri.

Inilah yang saya rasa selama beberapa tahun, sehinggalah saya buat keputusan sekarang.

Berehat seketika, sambil kumpulkan kekuatan menerusi pengetahuan dan kemahiran yang lebih mantap.

Ini saya. Anda bagaimana?

Sumber : Public Health Malaysia.


09/12/2025

"Beza Perkahwinan 1 Tahun, 5 Tahun Dan Lebih 10 Tahun.."

Salam bahagia..

Jika darah naik, tandanya kena dapatkan bantuan pakar..

Mana maunya, nak hidup lama bersama tapi takde ilmu... Main redah je..

Harapkan kursus pra perkahwinan 2 hari sebelum berkahwin, lepas tu nak kekal 40 tahun perkahwinan.. jangan mimpi!

Ada yang kekal sebegitu lama, kerana mereka mencari bekalan ilmu dunia dan akhirat..

Bukan kosong bang.. ada ilmu dan amalan di dada.

Mak-mak yang sabar dan tabah, mereka juga bukan sebegitu secara fitrah. Ada nasihat dan bimbingan yang mereka ikuti untuk harungi rumahtangga.

Ni kahwin dah 15 tahun.. perangai mengalahkan orang bujang..

Bini plak tiada bimbingan suami, cakap ikut sedap mulut dan bertindak ikut rasa.

Zaman medsos sekarang, ilmu dari content yang dis**ai akan jadi panduan. Content creator dipilih berdasarkan jumlah followers, bukan kerana semata keilmuannya dan akhlaknya.

Jika ilmu yang betul dan berfaedah baguslah..

Jika content gosip dan ikut content trending isu rumahtangga... Habisla...

Sekadar ingatan.

(Saya pun content creator. Saya masih menuntut ilmu dan terima nasihat dari guru-guru yang masyhur di negara ni. Bukan senang nak harungi rumah tangga..)

02/09/2025

"Kisah Motivasi Kehidupan : Pengajaran dari Kisah Dua Ekor Katak dan Air Panas"

Pernah dengar kisah dua ekor katak yang dimasukkan ke dalam air panas?

Katak pertama bila dimasukkan ke dalam air panas yang sedang mendidih, *terus melompat keluar. Walaupun ia terkejut dan sakit, dia segera bertindak untuk menyelamatkan diri.

Katak kedua p**a dimasukkan ke dalam air biasa, tetapi air itu dipanaskan perlahan-lahan. Katak itu tetap berada di situ, menyesuaikan diri sedikit demi sedikit dengan suhu yang makin panas. Akhirnya, bila air terlalu panas dan mendidih, katak itu sudah tak mampu melompat keluar. Ia mati perlahan-lahan.

Apa pengajarannya?

Dalam hidup, kita sering berada dalam situasi yang “panas” seperti hubungan toksik, tekanan kerja, kewangan yang sempit, atau persekitaran yang makin tak sihat. Tapi kita diam, sebab kita rasa masih boleh tahan. Kita “adjust”. Kita fikir, “tak apa, nanti okay.”

Namun, tanpa kita sedar, kita makin lemah. Kita makin hanyut. Dan akhirnya… mungkin terlambat untuk keluar.

✅Jangan tunggu terlalu lama untuk berubah.
✅Jangan biasakan diri dengan sesuatu yang menyakitkan.
✅Jangan normalisasikan sesuatu yang merosakkan.

Belajar jadi seperti katak pertama.

Pilih untuk melompat dan selamatkan diri, ubah hidup.

Kadang, keluar awal dari sesuatu yang membinasakan lebih menyelamatkan daripada terus bertahan dalam alasan. 💔🐸

Fikirkan...!!!

Pekerjaan? Perkahwinan? Kewangan? Kehidupan? Anda yang lebih tahu tentang hidup anda.

17/01/2025

"Tip Kepada Suami Untuk Tawan Kembali Isteri Yang Tawar Hati @ Bekas Isteri Selepas Perceraian"

Salam jumaat..

Betul ke berkesan tip ni?

Buat dulu... Dalam tempoh 3-6 bulan, datang jumpa saya kembali.

Takkan kacang semudah ABC tuan...

Orang dah taknak... Takkan nak buat muka terhegeh-hegeh, jadi lembik, tunjuk diri merana dan sakit, ini semua takkan berjaya!!!

Saya ada testimoni dari klien-klien berjaya pikat dan rujuk kembali.

Lumrah wanita s**a kepada lelaki yang berjaya, ada harta, ada wibawa, ada ilmu dan warak.

Paling penting lelaki yang BAIK & JUJUR serta BERLEMAH-LEMBUT dengan wanita.

Muka hensem, kaya, berjaya, sado tapi panas baran, kaki betina, kaki pukul, kaki maki hamun, mana wanita pun lari..!

Jadi berusahalah jadi terbaik kerana Allah.

Ilmu ini bukan ilmu cedok google atau chatgpt. Ilmu ini datang dari pengalaman dengan ramai klien.

Jika berjaya, belanja nescafe tarik pun saya terima 🤭😂 gurau.

Adab guru tak meminta apa-apa. Saya kongsi ikhlas nak membangunkan para suami jangan jadi lemah!

Bangkit!!!!

05/01/2025

Kahwin ni bukan main pondok-pondok masa kanak-kanak saudara saudari.. 😁

Semuanya ada landasan agama dan peraturan Ilahi.

Masa nak bernikah ikut je semuanya, bila dah kahwin ikut s**a hati kita..

Tak tahu belajar... Ambil tahu... Nak kahwin lama.. macam pakai kereta gak.. takkan isi minyak, jalan.. ada masa kena servis dan periksa setiap masa sepanjang kereta itu milik kita.

Agaknya kereta ke manusia lagi lama jangka hayatnya?

Ikut logik ialah manusia.

Ini kerana perkahwinan manusia, jika kahwin umur 25 tahun, jika umur panjang, perkahwinan boleh menjangkau 40 tahun jika ajal menjemput umur 65 tahun.

Tapi hari ini perkahwinan lagi singkat dari jangka hayat kereta... 5 tahun dah kong bateri perkahwinan... 😁

Ini analogi sahaja. Kereta takde emosi saudara. Hentam dia, terajang dia, kereta tak mengadu, tak menangis, dan tak berjalan sendiri ke mahkamah minta berpisah dengan tuannya.. 🤭

Anda berkahwin dengan MANUSIA.

Fikirkan...

Address

Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601156566551

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Redz Counseling & Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Redz Counseling & Consultant:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram