University Veterinary Hospital UPM

University Veterinary Hospital UPM The official page for the University Veterinary Hospital, Universiti Putra Malaysia

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 18 APRIL 2026Kucing jilat badan hingga botak tanda jangkitan kutu – Utusan Mala...
18/04/2026

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 18 APRIL 2026

Kucing jilat badan hingga botak tanda jangkitan kutu – Utusan Malaysia (Dr. Nor-Alimah Rahman)

Tabiat kucing menjilat badan secara berlebihan sehingga menyebabkan keguguran bulu atau tompok botak boleh menjadi petanda jangkitan kutu atau masalah kulit yang serius. Keadaan ini lazimnya berlaku apabila kucing berasa gatal, tidak selesa atau mengalami alahan, sekali gus mendorong tingkah laku menjilat secara berulang yang boleh merosakkan kulit dan bulu.

Pakar veterinar menasihatkan pemilik agar tidak memandang ringan perubahan tingkah laku tersebut kerana ia boleh berkait dengan jangkitan parasit, masalah dermatologi atau tekanan. Pemeriksaan awal serta rawatan yang sesuai amat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk di samping memastikan kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan sentiasa terjaga.

Baca selanjutnya di:

Tabiat kucing gemar menjilat badan bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah ia merupakan sebahagian daripada rutin harian haiwan tersebut.

16/04/2026

Video Sorotan Majlis Pertukaran MoA dengan VetCare Animal Health (M) Sdn. Bhd.

UPM dan VetCare Meterai MoA bagi Memperkukuh Perkhidmatan Diagnostik HaiwanOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@u...
16/04/2026

UPM dan VetCare Meterai MoA bagi Memperkukuh Perkhidmatan Diagnostik Haiwan

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 16 April – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Hospital Veterinar Universiti (UVH) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama VetCare Animal Health (M) Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh perkhidmatan diagnostik haiwan serta menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran klinikal.

Majlis pertukaran MoA ini menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam penyediaan mesin penganalisis diagnostik Vcheck V200 serta pembekalan kit ujian diagnostik yang berkaitan bagi tujuan diagnosis penyakit dalam penyampaian perkhidmatan rawatan haiwan. Melalui inisiatif ini, kecekapan diagnostik haiwan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini dalam industri perkhidmatan veterinar.

Menerusi kerjasama ini juga, pihak VetCare Animal Health (M) Sdn. Bhd. menaja secara pinjaman mesin Vcheck V200 Analyzer kepada UVH sebagai sumbangan in-kind, di samping menyediakan sokongan teknikal, latihan serta khidmat penyelenggaraan sepanjang tempoh perjanjian.

Kerjasama strategik ini turut memberi manfaat kepada pelajar program Doktor Perubatan Veterinar (DVM) melalui pendedahan langsung kepada penggunaan peralatan diagnostik moden dalam persekitaran klinikal sebenar. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini dijangka dapat melahirkan graduan yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi keperluan industri veterinar.

Selain itu, inisiatif ini juga berupaya memperkukuh peranan UPM sebagai pusat rujukan dalam pengujian dan pembangunan diagnostik haiwan, selaras dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan serta jaringan industri di peringkat nasional dan antarabangsa.

MoA yang dimeterai bagi tempoh dua (2) tahun ini merupakan langkah awal kolaborasi antara kedua-dua belah pihak dan berpotensi untuk diperbaharui berdasarkan persetujuan bersama, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang lebih meluas dalam bidang inovasi, penyelidikan dan latihan industri pada masa hadapan.

My Vet Care Sdn Bhd

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/upm_dan_vetcare_meterai_moa_bagi_memperkukuh_perkhidmatan_diagnostik_haiwan-92824

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

Undangan Menyertai “Kursus Asas Endurance 2026”Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital ...
16/04/2026

Undangan Menyertai “Kursus Asas Endurance 2026”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Lembaga Totalisator Malaysia (LTM), akan menganjurkan kursus bertajuk “Kursus Asas Endurance 2026” seperti ketetapan berikut:

📍 Tarikh: 13 – 14 Mei 2026 (Rabu – Khamis)
📍 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Zenith Hotel Putrajaya

💵 Yuran Penyertaan: RM250 (Warganegara Malaysia) | RM500 (Bukan Warganegara Malaysia)
🔗 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/hYRHhtK4ZyehfgAfA

Kursus intensif selama 2 hari ini dirangka bagi memberi pendedahan teori dan praktikal kepada para peserta mengenai sukan endurance secara menyeluruh. Ia bertujuan untuk membina asas kukuh dalam aspek penyediaan, penjagaan dan pengurusan kuda dalam pertandingan endurance, dengan penekanan terhadap kebajikan haiwan, teknik latihan, serta pencegahan penyakit dan kecederaan berkaitan dengan sukan berkuda ini.

Kursus ini akan menampilkan 4 penceramah berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Noraniza Mohd Adzahan, Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin, dan Dr. Noorashimah Roslim dari Fakulti Perubatan Veterinar UPM, serta En. Mohamad Din Mat dari Persatuan Ekuestrian Malaysia. Para peserta akan berpeluang mengikuti syarahan teori dan sesi soal jawab secara interaktif yang dirangka untuk memberi pemahaman dan menerapkan amalan terbaik dalam sukan berkuda endurance.

Penyertaan terbuka kepada pemilik kuda, penunggang, jurulatih, pegawai veterinar serta individu yang berminat dalam sukan dan kebajikan haiwan berkuda. Penyertaan anda amat dialu-alukan sebagai sokongan kepada pembangunan sukan endurance di Malaysia. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-280 2378 (Dr. Shima) atau 016-588 7584 (Dr. Ain).

Terima kasih.

09/04/2026

Video Sorotan Kursus Pengendalian Komunikasi Pelanggan

Kursus Komunikasi Pelanggan Tingkat Profesionalisme dan Imej Perkhidmatan UVHOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul...
09/04/2026

Kursus Komunikasi Pelanggan Tingkat Profesionalisme dan Imej Perkhidmatan UVH

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 9 April – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan “Kursus Pengendalian Komunikasi Pelanggan” sebagai salah satu latihan dalaman bulanan UVH bagi April 2026 dalam usaha memperkukuh kemahiran komunikasi staf dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional dan mesra pelanggan.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf berkaitan teknik komunikasi yang berkesan ketika berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pemilik haiwan peliharaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pihak industri. Penekanan turut diberikan kepada penggunaan bahasa yang sopan, jelas dan berhemah bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan tepat serta meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan.

Selain itu, kursus ini juga menekankan kepentingan komunikasi atas talian, khususnya melalui platform seperti WhatsApp yang kini menjadi medium utama interaksi pelanggan. Berdasarkan kandungan pembentangan, aspek seperti responsif, penggunaan bahasa profesional, ketepatan maklumat serta pendekatan mesra pelanggan merupakan elemen penting dalam membentuk imej organisasi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Sharifah Sofiah binti Syed Zainudin, Pensyarah Kanan dari Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM (FBMK), UPM yang berkongsi panduan praktikal merangkumi etika komunikasi, kesalahan lazim dalam interaksi pelanggan serta teknik pengendalian situasi pelanggan termasuk pelanggan yang beremosi.

Program ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai kumpulan perjawatan, yang berperanan sebagai barisan hadapan hospital. Penganjuran kursus ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh budaya perkhidmatan yang berkualiti, sekali gus meningkatkan imej UVH sebagai pusat perkhidmatan veterinar yang profesional dan berorientasikan pelanggan.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/kursus_komunikasi_pelanggan_tingkat_profesionalisme_dan_imej_perkhidmatan_uvh-92687

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

09/04/2026

Video Sorotan Kursus Pengendalian Bahan Psikotropik

Kursus Pengendalian Bahan Psikotropik Perkukuh Kompetensi Staf UVHOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my...
09/04/2026

Kursus Pengendalian Bahan Psikotropik Perkukuh Kompetensi Staf UVH

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 9 April – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan “Kursus Pengendalian Bahan Psikotropik” sebagai salah satu latihan dalaman bulanan UVH bagi April 2026 dalam usaha memperkukuh kefahaman staf terhadap tatacara pengurusan bahan terkawal dalam perkhidmatan veterinar.

Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran serta pematuhan staf terhadap prosedur pengendalian bahan psikotropik yang merangkumi aspek perolehan, penyimpanan, penggunaan, perekodan dan pelupusan selaras dengan Peraturan-Peraturan Racun (Bahan-Bahan Psikotropik) 1989. Pendekatan ini penting dalam memastikan setiap proses dilaksanakan secara sistematik, selamat dan mematuhi keperluan perundangan semasa.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada penyeragaman dokumentasi serta prosedur kerja dalam kalangan staf yang terlibat, sekali gus mengurangkan risiko ketidakpatuhan, kesilapan pengurusan ubat dan isu keselamatan. Pematuhan terhadap garis panduan ini juga dilihat mampu meningkatkan integriti pengurusan bahan psikotropik di peringkat hospital.

Kursus ini dikendalikan oleh Pegawai Farmasi UVH, Pn. Nur Syasya Fasihah Mohd Faizal Nizam Lee yang berkongsi penerangan menyeluruh meliputi definisi, polisi, prosedur pengendalian di unit pengguna serta tatacara pelupusan dan pengurusan insiden seperti yang dibentangkan dalam slaid program.

Program ini melibatkan penyertaan kira-kira 30 orang dalam kalangan pegawai veterinar dan staf berkaitan. Penganjuran kursus ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh kecekapan operasi serta memastikan pengurusan bahan psikotropik di UVH dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/kursus_pengendalian_bahan_psikotropik_perkukuh_kompetensi_staf_uvh-92685

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

06/04/2026

Video Sorotan Majlis Penyerahan Sumbangan i-SENS Biosensors Malaysia

Kerjasama Industri-Akademik Diperkasa Melalui Sumbangan i-SENS kepada UVH, FPV UPMOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | za...
06/04/2026

Kerjasama Industri-Akademik Diperkasa Melalui Sumbangan i-SENS kepada UVH, FPV UPM

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 6 April – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh peranannya sebagai pusat rujukan veterinar akademik apabila menerima sumbangan peralatan pemantauan glukosa daripada i-SENS Biosensors Malaysia Sdn. Bhd. dalam satu inisiatif kolaborasi industri-akademik yang menyokong kebajikan haiwan serta peningkatan kualiti perkhidmatan klinikal.

Sumbangan yang diterima merangkumi 10 unit sistem pemantauan glukosa VetMate®️ yang digunakan bagi tujuan pemantauan paras glukosa darah haiwan, khususnya kucing dan anjing. Peralatan ini dianggarkan bernilai keseluruhan RM1,050.00 dan dijangka memberi manfaat kepada pesakit veterinar yang memerlukan pemantauan rapi serta menyokong usaha rawatan yang lebih efisien dan tepat .

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) i-SENS Biosensors Malaysia Sdn. Bhd. yang bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara industri dan institusi akademik, di samping menyokong aktiviti klinikal dan penjagaan komuniti yang dijalankan oleh fakulti .

Pihak pengurusan UVH menyambut baik sumbangan ini dan menzahirkan penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh i-SENS dalam menyokong pembangunan perkhidmatan veterinar. Sumbangan ini dilihat sebagai pemangkin kepada usaha berterusan UVH dalam menyediakan perkhidmatan rawatan yang berkualiti, selain menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.

Kerjasama strategik ini turut mencerminkan kesediaan kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kolaborasi yang lebih luas pada masa hadapan, khususnya dalam bidang pemindahan ilmu, penyelidikan dan pembangunan bakat dalam sektor veterinar.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/kerjasama_industri_akademik_diperkasa_melalui_sumbangan_i_sens_kepada_uvh_fpv_upm-92581

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

26/03/2026

Dengar cerita, lagu ni lagu raya orang gomen, betul ke? 🤭

Selamat hari raya dari kami yang sudah mula bekerja hihi



Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

Address

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397693955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Veterinary Hospital UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category