Klinik Qistina

Klinik Qistina Waktu Operasi Klinik ;

Sabtu & Ahad ; 9 pagi - 11 malam
Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat ; 8 pagi - 10 malam
Rabu : 8 pagi - 1 petang & 4 petang - 11 malam

Klinik Kanak-kanak, Dewasa, Ibu Mengandung, Ultrasound 4D, Makmal Darah,Makmal Penyakit Kulit, Suntikan Umrah, Online Konsultansi, Home Nursing, Latihan Perubatan, Pusat Penyakit Kulit, Pusat Laser, Masalah penyakit Wanita & Lelaki, S*xual Diseases,

28/11/2024

Check out Qistina_Umaira’s post.

Suami hensem tapi tak kaya? Sebab tu Isteri tuntut cerai?Isteri jawatan besar, suami keja biasa biasa je? Sebab tu ister...
26/09/2024

Suami hensem tapi tak kaya? Sebab tu Isteri tuntut cerai?
Isteri jawatan besar, suami keja biasa biasa je? Sebab tu isteri mintak cerai?
Kenapa Sekufu penting dalam perkahwinan?

Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah,[2] tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.

Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.

Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.

Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/520-525)

Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:

تَخَيَّرُوْا لِنُطَفِكُمْ وَأَنْكِحُوْا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوْا إِلَيْهِمْ

Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.”

Riwayat al-Hakim (2/163)

Sambutan bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah dan merupak...
22/09/2024

Sambutan bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah dan merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini.

Watch, follow, and discover more trending content.

Ekzema adalah simptom keradangan dan kegatalan kulit. Ekzema yang paling biasa dihidapi oleh anak kecil atau orang dewas...
16/09/2024

Ekzema adalah simptom keradangan dan kegatalan kulit. Ekzema yang paling biasa dihidapi oleh anak kecil atau orang dewasa dikategorikan dermatitis atopik (atopic dermatitis), atau ekzema atopik (atopic eczema).

Watch, follow, and discover more trending content.

Kenapa ekzema kerap datang berilang ulang?Biasanya bagi bayi ia bermula dengan mendapat bintik-bintik merah di p**i dan ...
12/09/2024

Kenapa ekzema kerap datang berilang ulang?

Biasanya bagi bayi ia bermula dengan mendapat bintik-bintik merah di p**i dan kadang kala berair. Bayi juga akan kelihatan tidak selesa dan menggeselkan mukanya. Ada juga bintik-bintik merah di kawasan kulit yang lain.

Ciri-ciri ekzema atopik ini adalah gatal dan bintik merah kecil. Jika digaru, ruam boleh menjadi kasar, berair dan tebal. Kebiasaannya ruam terdapat pada muka, kulit kepala, leher dan kawasan pelipat siku dan lutut bayi.

Risiko lebih tinggi jika ada sejarah alahan pada bayi atau keluarganya sama ada asma, resdung dan ekzema atopik.

Apakah Masalah Yang Boleh Boleh Dihadapi oleh Bayi Ekzema Atopik?
Kulit pedih apabila luka digaru dan susah tidur lena kerana gatal.
Kerap menangis dan murung kerana tidak selesa.
Kenapa Ekzema Atopik Terjadi?
Masalah gen yang diwarisi contohnya mutase gen filaggrin. Ini menyebabkan kurangnya daya tahan kulit untuk menghalang bahan uaran masuk ke dalam kulit dan kelembapan mudah meruap keluar menyebabkan kulit kering.
Sistem imun bayi yang tidak matang.
Masalah persekitaran
Ekzema tidak boleh berjangkit dan bukan disebabkan kurangnya kebersihan diri.

Bagaimana Boleh Menghindari Dari Ekzema Berlaku Semula?
Cari pencetusnya. Setiap bayi mempunyai pencetusnya yang unik yang boleh berbeza dengan bayi yang lain. Contoh penecetus adalah jangkitan bakteria, hama rumah, debunga, haiwan peliharaan, pemakanan, perubahan cuaca, stress dan asap rokok.

Contohnya:

Faktor hama habuk dalam rumah adalah salah satu sebab yang paling kerap mencetuskan eczema. Gunakan penyedut habuk yang mempunyai penapis HEPA, menukar cadar katil dengan kerap dan tidak menggunakan karpet dan alat mainan berbulu.
Hindarkan bayi dari terlalu panas dan berpeluh atau terlalu sejuk dan kering udaranya. Ikhtiarkan cara untuk mengurangkan stress bayi.
Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi jika ingin berpantang makan.
Makanan yang kebiasaannya menyebabkan tercetusnya eczema adalah susu lembu, telur, soya, gandum, kekacang dan makanan laut.
Berjumpa dengan doktor untuk mengetahui jika bayi memerlukan ujian alahan.
Kawal Bayi Dari Menggaru
Menggaru akan merosakkan permukaan kulit dan secara langsung memudahkan bahan alahan dan kuman masuk ke dalam kulit. Usahakan supaya kulitnya kurang gatal.

Tip Mengurangkan Gatal Ekzema:
Pakai pelembap yang sesuai dengan kerap dan guna pembersih yang bebas sabun.
Sibukkan bayi dengan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian.
Pakai pembalut atau sarung fabrik yang lembut dan elastik untuk melindungi kawasan kulit berekzema daripada tergaru dan mengekalkan kelembapan kulit, contohnya Tubifast.
Potong kuku jari pendek supaya tidak melukakan kulit jika tergaru.
Sapu ubat yang mengandungi mentol untuk mengurangkan kegatalan.
Memakai pakaian yang diperbuat daraipada kain kapas yang lembut, ringan dan menyerap peluh.
Lapkan peluh terutama di kawasan pelipat kerana peluh boleh menyebabkan kegatalan.
Apakah Rawatan Untuk Ekzema?
Ada pelbagai cara untuk merawat ekzema dengan baik, walaubagaimanapun ianya tiada ubat penyembuh. Masalah ekzema ini boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya. Berita baiknya adalah lebih 60% kanak-kanak akan pulih dengan sendiri ekzemanya apabila dia meningkat remaja.

Rawatan Ekzema:
Penyapuan pelembap adalah rawatan yang paling penting dalam mengawal masalah ekzema.
Krim atau minyak steroid dan calcineurin inhibitor adalah cara rawatan penting untuk mengawal keradangan dengan cepat dan berkesan.
Jika ekzema menjadi teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak, bernanah dan berbau, sila bawa anak ke klinik pakar kulit untuk diperiksa kemungkinan memerlukan ubat antibiotik.
Pembalut fabrik elastik (wet wrap) (Lumur pelembap, sapu ointment, wet wrap. Tahan 4 jam.)
Kebaikan Wet Wrap
menyejukkan kulit
meninggikan kelembapan kulit
mengurangkan gatal
menghalang dari tergaru
Bagaimanakah Penggunaan Wet Wrap (Teknik Pembalut Basah)?
Gunakan pembalut yang ada di pasaran atau mana-mana stokin lembut dan selesa di pakai.
Langkah
Sapu pelembap dahulu
Sapu steroid lembut (jika perlu) dan tunggu beberapa minit
Balut lapisan basah
Balut lapsian kering

Pelembap Mana Sesuai Untuk Bayi Saya?
Pelembap yang sesuai dapat menghindari ekzema berulang semula. Oleh itu, sapuan pelembap mestilah menjadi satu rutin.

Ada pelbagai jenis pelembap di pasaran dan pemilihan pelembap bergantung kepada tahap kekeringan kulit, cuaca dan kesesuaian bayi dengan isi kandungan pelembap itu.

Secara amnya kulit ekzema adalah kering dan perlu pelembap yang berminyak dalam kuantiti yang banyak untuk meliputi seluruh kawasan berekzema. Sapuan pelembap perlu diulang dengan kerap apabila kulit menjadi kering semula.

Pilih jenis pelembap mengikut kesesuaian cuaca. Contohnya pelembap yang kurang berminyak berbentuk krim, sesuai digunakan di waktu panas. Sapu pelembap yang jenis berminyak waktu malam atau udara kering contohnya jika pasang penghawa dingin.

Produk yang tinggi kandungan minyaknya seperti 100% petroleum jelly melembapkan kulit dengan lebih lama dan sesuai digunakan untuk kulit yang sangat kering.

Kulit bayi boleh mendapat alahan kepada kandungan pewangi, pewarna dan pengawet oleh itu sebaiknya pilih pelembap yang khas untuk kulit bayi sensitif.

Watch, follow, and discover more trending content.

06/09/2024

Pemvaksinan kanak-kanak amat penting kerana ia melindungi dan mengurangkan risiko mereka dijangkiti penyakit serius atau penyakit yang boleh membawa maut.

"Vaksin adalah sebahagian atau keseluruhan kuman daripada penyakit tertentu yang dimatikan atau dilemahkan dan apabila kanak-kanak diberi suntikan vaksin, sistem imun mereka akan membentuk antibodi untuk melindungi mereka daripada diserang penyakit," katanya.

Antibodi yang terbentuk dalam badan kanak-kanak akan membantu badan mereka untuk 'mengenali' kuman atau bakteria tertentu supaya ia dapat melawan penyakit berkenaan pada masa akan datang.

"Apabila kanak-kanak diberi satu dos atau dos tambahan, mereka akan dilindungi selama bertahun-tahun dan ini terbukti bahawa pemvaksinan adalah langkah paling berkesan, selamat serta bijak bagi membentuk sistem imun yang tanpa mendatangkan sebarang penyakit," katanya.

12 penyakit dicegah dengan program NIP

Terdapat 12 penyakit yang boleh dicegah telah disenaraikan di bawah bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) termasuk difteria, Haemophilus influenza jenis B, hepatitis B, penyakit papillomavirus manusia, ensefalitis Jepun, campak, beguk, pertusis, poliomyelitis, rubella, tetanus dan tuberkulosis.

JAWATAN KOSONG. # # # # # # # # #1.Clinic Assistant2.Nurse3.Medical Assistant.4.Sonographer.Job Responsibitilies : 1. We...
19/08/2024

JAWATAN KOSONG.
# # # # # # # # #
1.Clinic Assistant
2.Nurse
3.Medical Assistant.
4.Sonographer.

Job Responsibitilies :
1. Welcome and assist clinic patients.
2. Prepare patient files by obtaining personal and health information.
3. Maintain patient data records for evaluation and health insurance purposes.
4. Record patient symptoms and medical history. Monitor vital signs (temperature, pulse rate, blood pressure, and respirations).
5. Perform catheterization. Administer medication through IVs.
6. Administer vaccinations.
7. Conduct diagnostic tests.
8. Educate patients about managing their illnesses.

Job Requirements :
1. Minimum 1 year experience with relevant qualifications.
2. Prior experience in a clinical or healthcare setting is beneficial.
3. Must possess at least SPM / Diploma or equivalent.
4. Basic medical knowledge (vital signs, first aid, etc.).

Benefits :
EPF & SOCSO
Hostel provided
Uniform provided if any

Whatsaap Resume : 01133318707
Email : klinikqistina@gmail.com

12/06/2024

How can I prevent eczema?
1
Moisturize your skin regularly or when your skin becomes dry. ...
2
Take baths or showers with warm, not hot, water.
3
Stay hydrated and drink at least eight glasses of water each day. ...
4
Wear loose clothes made of cotton and other natural materials. ...
5
Manage your stress and emotional triggers.

10/06/2024

And pasti anak anak anda telah divaksin dgn sempurna?
Jom check

01/06/2024

Blood tests are usually done to check how your body copes with illness, injury, inflammation, infection and some types of medication. Blood needs a very precise balance in order for your body to work well.
A routine complete blood count (CBC) checks for levels of 10 different components of every major cell in your blood: white blood cells, red blood cells, and platelets. Important components this test measures include red blood cell count, hemoglobin, and hematocrit.

Visit www.klinikqistina.com for more info.

20/05/2024

Starting from 16 December 2023, in alignment with the direction of the government of Malaysia, FOMEMA has introduced three (3) new health screening tests to our services.

These tests are driven by the commitment to meticulous consideration, recognising the necessity to safeguard our community from potential health risks brought into Malaysia.

New Health Screening Tests:

1. Filariasis
2. Hepatitis C
3. Methamphetamine

These new health screening tests align with our dedication to providing comprehensive health assessments towards foreign workers in Malaysia.

12/05/2024

How Does Menopause Affect S*x Drive?
The loss of estrogen and testosterone following menopause can lead to changes in a woman's body and s*xual drive. Menopausal and postmenopausal women may notice that they're not as easily aroused, and they may be less sensitive to touching and stroking. That can lead to less interest in s*x.
How Does Menopause Affect S*x Drive?
The loss of estrogen and testosterone following menopause can lead to changes in a woman's body and s*xual drive. Menopausal and postmenopausal women may notice that they're not as easily aroused, and they may be less sensitive to touching and stroking. That can lead to less interest in s*x.

Also, lower levels of estrogen can cause a drop in blood supply to the va**na. That can affect va**nal lubrication, causing the va**na to be too dry for comfortable s*x -- but there's help for that.

Other factors may influence a woman's level of interest in s*x during menopause and after. These include:

Bladder control problems
Sleep disturbances
Depression or anxiety
Stress
Medications
Health concerns
Does Menopause Lower S*x Drive in all Women?
No. Some postmenopausal women say they've got an improved s*x drive. That may be due to less anxiety linked to a fear of pregnancy. Also, many postmenopausal women often have fewer child-rearing responsibilities, allowing them to relax and enjoy intimacy with their partners.
Visit www.klinikqistina.com for more info.

05/03/2024
23/02/2024

Here are 10 tips for moving on, whether from a broken heart, losing a best friend, or saying goodbye to a toxic social relationship:
Put yourself first. ...
Let yourself grieve. ...
Seek out support. ...
Stay busy. ...
Forgive. ...
Learn from your mistakes. ...
Consider cutting contact. ...
Find your happy place.

Address

Sri Kembangan
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:45
Tuesday 09:00 - 21:45
Wednesday 09:00 - 21:45
Thursday 09:00 - 21:45
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 21:45

Telephone

+60389422011

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Qistina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Qistina:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category