02/04/2026
Anak s**a main pusing-pusing badan? Normal ke tak normal ni?
Pernah tak mommy daddy perasan, ada anak kecil yang s**a sangat buat pergerakan pusing badan sendiri macam helikopter
Pusing.
Pusing lagi.
Lepas tu jatuh, gelak.
Bangun balik, sambung pusing semula.
Kita yang tengok ni pun boleh pening.
Kadang-kadang siap terkeluar ayat biasa parent:
“Eh, janganlah pusing macam tu. Nanti pening.”
Tapiii yang menariknya, anak tu macam tak kisah pun.
Malah nampak macam dia seronok buat aktiviti tu.
Yup, aksi ni nampak macam s**a-s**a.
Tapi sebenarnya, masa tu badan anak tengah belajar satu benda yang sangat penting.
BALANCE.
Lebih tepat lagi, sistem badan dia tengah belajar macam mana nak faham gerakan, arah, dan kedudukan badan sendiri dalam satu satu ruang tu.
Dan semua ni ada kaitan rapat dengan mata, otak, dan sistem keseimbangan.
-
Sistem pendengaran penting untuk belajar
Tapi ramai orang ingat fungsi telinga cuma dengar bunyi.
Padahal dalam telinga kita ada satu sistem yang sangat penting untuk balance.
Nama mudah dia, sistem keseimbangan badan.
Bila anak pusing-pusing, sistem ni akan aktif.
Otak dia tengah kumpul maklumat:
“Aku tengah bergerak ke kiri ke kanan?”
“Aku tengah laju ke perlahan?”
“Badan aku masih stabil ke atau nak jatuh?”
Nampak macam simple.
Tapi sebenarnya ini antara latihan asas untuk banyak benda lain.
Contohnya nanti bila anak nak duduk tegak lama dalam kelas, ini berkait rapat dengan fokus belajar lama lama
Tambahan lagi keseimbangan penting untuk :
Nak jalan atas permukaan tak rata.
Nak panjat tangga
Nak melompat
Nak kayuh basikal
Nak main bola dan s**an lain
Ya.
Fokus pun ada kaitan dengan benda ni.
Sebab bila sistem badan tak cukup matang untuk urus gerakan dan keseimbangan, kadang-kadang anak jadi cepat gelisah, susah duduk diam, atau nampak macam sentiasa nak bergerak.
Kadang-kadang bukan sebab dia hiperaktif sangat.
Kadang-kadang semua ni sebab badan dia memang sedang mencari input deria yang dia memang perlukan.
Sebab tu ada anak yang s**a aktiviti pelik-pelik
Ada yang s**a pusingkan badan, bergayut, lompat atas tilam, terbalikkan badan, main buaian lama-lama
Dan for sure orang dewasa tengok kadang rasa:
“Penat aku tengok budak ni…”
Tapi untuk anak kecil, semua tu bukan sekadar hiburan.
Kadang-kadang itu cara badan dia belajar ‘rasa’ dirinya sendiri dalam satu satu enviroment
Anak kecik ini tengah bina ‘GPS dalaman’ diri mereka
Supaya nanti dia lebih cekap nak urus badan dia dalam dunia sebenar.
Sebab dunia sebenar ni tak statik.
Kena imbang badan.
Kena elak orang.
Kena jalan ikut ruang.
Kena anggar kedudukan badan sendiri.
Semua tu bukan datang automatik.
Ia dibina sedikit demi sedikit.
Dan ya kadang-kadang bermula dengan anak yang asyik buat aksi pusing-pusing dalam rumah.
-
Mata pun terlibat sekali tau
Ini yang ramai tak perasan.
Bila anak pusing badan, mata dia juga sebenarnya sedang belajar.
Sebab masa badan bergerak, mata perlu belajar untuk stabilkan pandangan.
Kalau tak, semua akan nampak bercampur, blur, dan susah diproses.
Maksudnya, dalam masa anak buat aktivit pusing pusing tu, sistem visual dia pun tengah cuba faham :
“Aku masih boleh fokus ke tak?”
“Aku boleh stabilkan pandangan ke tak walaupun badan bergerak?”
Skill ni sangat penting.
Sebab nanti anak perlukan benda ni bila dia berjalan sambil tengok depan, berlari sambil elak orang, kekal fokus pada surrounding bila main s**an, salin nota sambil gerak kepala, kekalkan fokus belajar sambil postur badan berubah-ubah
Nampak skil ni kecil.
Tapi sebenarnya besar.
Sebab perkembangan visual anak bukan setakat boleh nampak jelas huruf atas whiteboard atau tak.
Itu cuma satu bahagian kecil je.
Bahagian yang lebih besar ialah:
macam mana mata dan otak bekerjasama masa badan sedang bergerak atau enviroment persekitaran yang serabut seperti di sekolah
-
Cuma mommy daddy, yang jadi masalah sekarang, anak anak hari ni ramai yang kurang peluang untuk ‘latih badan’ secara natural.
Bukan sebab parent tak sayang.
Tapi hidup sekarang memang macam tu.
Ruang rumah sempit, tak ada akses di laman.
Masa nak bermain p**a terhad, fokus pada 3M.
Lepas tu semua benda zaman sekarang ni nak cepat dan nak mudah.
Dan paling mudah untuk diamkan anak dan kononnya taknak nampak serabut depan kita :
Beri screen.
Screen memang boleh buat anak duduk diam.
Tapi dia tak bagi pengalaman ‘rasa’ badan yang sebenar. Sains panggil ini deria ke 6 dan ke 7 : Balance dan Proprioceptive
Jika anak ‘diam’ dan kurang pergerakan, anak tak dapat rasa macam mana dunia berpusing, hilang imbangan, cari semula kestabilan, belajar kawal badan sendiri
Sedangkan semua tu penting untuk perkembangan dia.
Sebab tu kadang-kadang saya lihat di klinik saya, ramai parents cepat risau bila anak terlalu aktif. Tapi kurang risau p**a bila anak terlalu pasif.
Padahal dua-dua kutub ini patut diperhatikan dengan rapat
-
Jadi kalau anak s**a main pusing-pusing badan sampai terjatuh jatuh
Tak semestinya ada anak itu bermasalah.
Kadang-kadang dia cuma tengah buat kerja perkembangan dia.
Tengah ‘upgrade system’
Cuma macam biasa dalam perkembangan kanak kanak ni, kena tengok juga konteks.
Kalau anak pusing sekejap, gelak, berhenti, sambung main benda lain, itu biasa.
Tapi kalau terlalu kerap, terlalu ekstrem, boleh cederakan diri sendiri atau nampak macam dia susah sangat nak regulate badan dia, itu cerita lain.
Yang itu memang elok dinilai dengan lebih teliti oleh pakar
Tapi untuk ramai anak kecil, aksi ni sebenarnya sebahagian daripada proses badan mereka belajar.
Begitulah mommy daddy sekalian.
Kadang-kadang benda yang buat kita pening tengok, itulah sebenarnya benda yang sedang bantu otak anak berkembang.
Follow page kami untuk lebih banyak artikel sebegini