04/03/2026
ππππππππππ ππππππππππππ πππππππππ ππππ: πππππππ πππππ ππ ππππππ πππππππππ πππ πππππ
2 Mac 2026- YBrs Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Kok Lanas, Ketereh Kelantan.
Beliau turut meninjau operasi beberapa perkhidmatan yang ditawarkan seperti bilik rawatan pesakit, farmasi, makmal x-ray serta klinik ibu dan anak.
Untuk rekod, KK Kok Lanas direka bentuk untuk kehadiran harian pesakit antara 400 hingga 600 orang sehari, merangkumi pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan primer.
Operasi klinik ini disokong oleh 85 orang kakitangan kesihatan pelbagai disiplin, dan dijangka dapat memberi perkhidmatan kepada sekitar 49,571 orang penduduk sekitar kawasan Kok Lanas.
Perkhidmatan Kecemasan termasuk Perkhidmatan Bertugas Atas Panggilan (on-call) juga disediakan di KK ini di mana masalah kesihatan pesakit selepas waktu bekerja dapat dikesan lebih awal, sekaligus mengurangkan keperluan rujukan ke hospital besar seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II (27 km) atau Hospital Pakar USM (25 km) bagi kes yang boleh dikendalikan di peringkat primer.
Hadir sama bagi program ini ialah YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan KKM, YBhg. Dato Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan serta YBrs Dr. Sharina binti Dir, Pegawai Kesihatan Daerah Kota Bharu.