Stabil Gula Tanpa Bahan Kimia

Stabil Gula Tanpa Bahan Kimia Mencari ikhtiar untuk sembuh dari penyakit juga satu kewajipan buat kita sebagai umat Islam

24/09/2022

Tidak ambil sarapan pagi boleh undang pelbagai masalah kesihatan termasuklah diabetes. Sarapan adalah makanan pertama setelahย semalaman berehat. Para pengkaji dari German menyatakan tidak mengambil sarapan pagi meningkatkan risiko mendapat diabetes jenis 2. Kajian menyatakan meninggalkan sekurang-k...

24/09/2022

Diabetes insipidus vs diabetes mellitus Namanya hampir serupa, kedua-duanya adalah diabetes (kencing manis). Namun begitu, diabetes insipidus tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah seperti diabetes mellitus. Paras gula adalah normal. Tetapi buah pinggang tidak dapat memekatkan urin den...

24/09/2022

Tabiat pemakanan tidak sihat yang semakin diamalkan secara meluas oleh majoriti penduduk di Malaysia semakin membimbangkan. Bukan itu sahaja, malah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan Semakan Populasi Dunia tahun 2019, penduduk di negara ini merekodkan sebanyak 15.6% kadar obesiti.ย ...

5 CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH #1 Kerap bersenamBersenam dengan kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan mening...
22/09/2022

5 CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH

#1 Kerap bersenam
Bersenam dengan kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekaan insulin.
Apabila kepekaan insulin meningkat, bermakna sel akan menggunakan gula yang ada di aliran darah anda dengan lebih baik.
Senaman juga membantu otot anda menggunakan gula darah untuk tenaga dan pengecutan otot.
#2 Kawal pengambilan karbohidrat
Tubuh anda memecahkan karbohidrat menjadi gula (kebanyakannya glukosa), dan kemudian insulin akan memindahkan gula ke dalam sel.
Apabila anda mengambil terlalu banyak karbohidrat atau mempunyai masalah dengan fungsi insulin, proses ini akan gagal dan kadar glukosa darah meningkat.
Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan untuk mengawal pengambilan karbo dengan mengira karbohidrat atau menggunakan sistem pertukaran makanan.
Beberapa kajian mendapati bahawa kaedah ini juga dapat membantu anda merancang makanan dengan tepat, yang dapat mengawal paras gula darah
#3 Tingkatkan pengambilan serat
Serat boleh melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula.
Disebabkan hal ini, serat berperanan meningkatkan kadar gula dalam darah secara beransur-ansur.
Terdapat dua jenis serat iaitu serat tidak larut dan larut.
Walaupun kedua-duanya penting, serat larut secara khusus terbukti dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Makanan yang tinggi serat termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian.
#4 Bacaan gula dalam darah berkurangan jika minum banyak air
Minum air secukupnya dapat membantu menjaga paras gula darah anda dalam had yang sihat.
Selain mencegah dehidrasi, ia juga membantu buah pinggang anda untuk membuang lebih banyak gula dalam darah melalui air kencing.
#5 Ambil makanan rendah indeks glisemik (GI)
Indeks glisemik telah dibangunkan bagi menilai tindak balas gula darah tubuh terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Jumlah dan jenis karbohidrat menentukan bagaimana makanan mempengaruhi tahap gula dalam darah.
Makan makanan yang rendah indeks glisemik telah terbukti dapat mengurangkan paras gula dalam darah untuk jangka panjang pada pesakit diabetes jenis 1 dan 2.

GULA TEBU HITAM BOLEH BANTU KAWAL GULA???Gula tebu hitam diproses menggunakan kaedah teknologi nano. Ia mengandungi 99% ...
20/09/2022

GULA TEBU HITAM BOLEH BANTU KAWAL GULA???

Gula tebu hitam diproses menggunakan kaedah teknologi nano. Ia mengandungi 99% ekstrak pati tebu yang menjadikan kemanisannya hampir sama dengan gula putih biasa. Ia tidak mengubah rasa manis gula.

Melalui proses teknologi nano, gula ini mengandungi rasa manis 5 kali ganda berbanding gula putih biasa. Maka, penggunaannya lebih sedikit berbanding gula tersebut. Di samping itu, gula dengan proses ini lebih rendah kalori dan karbohidrat. Ia membantu mengawal gula dalam darah terutamanya dalam kalangan pesakit kencing manis.

Dengan teknologi nano ini, kandungan kimia, kolesterol, kalori dan karbohidrat yang memudaratkan kesihatan telah diasingkan. Oleh itu, ia lebih selamat untuk digunakan.

Kopi Sanna diformulasi dengan bahan dan herba semula jadi untuk membantu stabil GULA, KOLESTEROL dan TEKANAN DARAH ๐Ÿ˜ 1 s...
19/09/2022

Kopi Sanna diformulasi dengan bahan dan herba semula jadi untuk membantu stabil GULA, KOLESTEROL dan TEKANAN DARAH ๐Ÿ˜ 1 sachet setiap hari dah boleh stabil bacaan gula, kolesterol dan tekanan darah. Yang penting rasa sedap dan badan lebih bertenaga ๐Ÿ’ช

Gaya hidup punca penyakit Gout? Serious la?!Gout, penyakit yang disebabkan oleh kandungan asid urik yang berlebihan di d...
19/09/2022

Gaya hidup punca penyakit Gout? Serious la?!

Gout, penyakit yang disebabkan oleh kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan.

Asid urik ni hasil buangan daripada protein yang disebut sebagai purin dan secara lazimnya badan kita buang semua jenis sisa buangan melalui air kencing.

Tapi untuk orang-orang yang ada Gout, asid urik yang ada dalam badan dia tak dibuang tau tapi berkumpul dalam sendi. Kalau asid urik ni berkumpul di pundi kencing boleh menyebabkan masalah batu karang.

Gaya hidup sihat penting bagi kita untuk mengurangkan risiko apa-apa penyakit, seperti ambil makanan yang berprotein dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bila kita terlampau mewah dengan makanan berprotein, risiko utk asid urik yang banyak dan tidak terbuang dari dalam badan juga meningkat.
Sengsara Gout ni hanya penghidap dia je tau mcm mana pergerakan terhad, sakit sendi yang sangat teruk, rasa tak selesa, keradangan dan kemerahan di mana sendi membengkak, lembut dan merah. Sebab tu kita amalkan kesederhanaan dalam apa pun, sama la dalam pemakanan, jgn kurang dan jgn berlebihan.

Kolesterol baik ke jahat? ๐Ÿค”Harini kita nak cakap tentang tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan ๐Ÿ˜Okay, kolesterol ni ...
19/09/2022

Kolesterol baik ke jahat? ๐Ÿค”
Harini kita nak cakap tentang tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan ๐Ÿ˜
Okay, kolesterol ni ialah lemak yang ada di setiap sel dalam badan kita. Kolesterol ni tugas dia pastikan sel dan organ berfungsi dengan baik dan jugak berperanan dalam pengeluaran hormon, vitamin dan pencernaan.
Ada 2 jenis kolesterol yang kita kena tau, HDL dan LDL. HDL kolesterol baik dan LDL kolesterol jahat. Gejala penyakit ni terjadi bila ada banyak kolesterol dalam darah.
Macam mana nak tau kolesterol tinggi atau tak? Baca sampai habis ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Tanda 1 - ada tompok kuning yang naik dekat mata dan kulit. Takde la bahaya atau boleh menyakitkan tapi dia boleh membesar.

Tanda 2 - Sakit jantung atau angina terjadi bila adanya plak yang terkumpul dalam salur darah yang mendorong arteri menjadi sempit dan tersumbat. Kita akan rasa mual, sesak nafas, sakit dada dan berpeluh.

Tanda 3 - Kekejangan kaki selalu jadi dekat orang yang kolesterol dia tinggi. Sebab apa tau? Sebab saluran darah ke kaki sempit jadi jumlah darah dan oksigen berkurangan dekat kaki. Kita akan rasa sejuk kaki, kebas dan kejang.

Tanda 4 - Tanda yang paling Dania takut iaitu ada tanda-tanda strok. Susah nak bercakap, keliru, lemah atau kebas, susah nak berjalan dan ada gangguan visual secara tiba-tiba.

Takut kan? Bila dapat tau tanda-tanda kolesterol tinggi ni, bila dah tau kita kena aware dan jaga sebaik mungkin gaya hidup dan pemakanan kita. Kena banyakkan beriadah, senaman ringan pun memadai untuk kesihatan yang baik. ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Address

Seriab

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stabil Gula Tanpa Bahan Kimia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram