Mesra Medic

Mesra Medic Klinik Mesra Medik is a well-established clinic in Section 25, Shah Alam, Selangor since 2022.

Klinik Mesra Medic is a well-established clinic in Section 25, Shah Alam, Selangor since 2022. Our clinic is served by very dedicated doctors and nurses who are mannered by very high level of professionalism.

Kadang bukan pedih masa kencing. Tapi tiba-tiba letih, demam, atau berpeluh sejuk waktu malam.Itu pun boleh jadi tanda k...
16/07/2025

Kadang bukan pedih masa kencing. Tapi tiba-tiba letih, demam, atau berpeluh sejuk waktu malam.

Itu pun boleh jadi tanda kencing kotor.

Jangan tunggu sampai terbaring kalau ada gejala pelik, jumpa doktor awal.

Kita selalu sangka benda lain, padahal puncanya dari jangkitan saluran kencing.

Sebarng pertanyaan sila hubungi kami di
Klinik Mesra Medic Sri Muda
014-262 8324
03:51310277

SELAMAT PAGI,,Simptom-simptomApakah simptom-simptom ulser mulut?Simptom biasa ialah ulser kecil berbentuk bujur atau bul...
01/07/2025

SELAMAT PAGI,,

Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom ulser mulut?
Simptom biasa ialah ulser kecil berbentuk bujur atau bulat yang hilang dalam tempoh 1 atau 2 minggu tanpa meninggalkan kesan. Saiznya berbeza-beza mengikut jenis ulser: minor, major atau ulser mulut Herpetiform.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:

Ulser yang besar;
Selalu berulang dengan ulser baru datang sebelum ulser lama hilang atau berlaku dengan kerap;
Ulser berekalan melebihi 2 minggu;
Ulser yang menjangkat ke bibir;
Sakit yang anda tidak boleh kawal dengan rawatan sendiri;
Sangat susah makan atau minum;
Demam tinggi bersama ulser.
Maklumat lanjut sila hubungi
Klinik Mesra Medic taman sri muda
03:51310277/014 2628324

26/06/2025

Ramai yang ada masalah ini tapi tak tahu. Dan ya, flat foot boleh buat kita cepat letih, tumit mencucuk, lutut dan pinggang sakit perlahan-lahan.

🔔Hari ni, cuba tengok kaki sendiri.

Berdiri depan cermin, atau basahkan tapak kaki dan pijak atas lantai. Nampak tak lengkungan itu? Atau semuanya rata?

Ada juga yang rasa tak stabil masa bersukan. Bila postur berubah, beban atas lutut dan pinggang pun terkesan. Perlahan-lahan, badan bagi isyarat tapi kita selalu anggap biasa saja.

Kalau sakit mula muncul, tak salah untuk mula rawat awal. Senaman kaki, kasut sokongan, dan jaga berat badan boleh bantu banyak.

Kaki itu asas badan kita. Bila lengkungan tak terbentuk sempurna, seluruh struktur badan terpaksa ubah cara kerja.

📣 TAHI TELINGA – PERLU BUANG ATAU TAK?Ramai ingat tahi telinga tu kotor dan kena bersihkan selalu.Sebenarnya... tahi tel...
13/06/2025

📣 TAHI TELINGA – PERLU BUANG ATAU TAK?

Ramai ingat tahi telinga tu kotor dan kena bersihkan selalu.
Sebenarnya... tahi telinga ada fungsi penting!

👉 Lindungi saluran telinga
👉 Perangkap habuk & bakteria
👉 Jaga kelembapan dalam telinga

TAPI... kalau tahi telinga terlalu banyak dan:
❌ Telinga rasa tersumbat
❌ Bunyi berdengung / kurang dengar
❌ Gatal, berbau atau keluar cecair

➡️ Itu tanda dah berlebihan. Kena jumpa doktor untuk cuci telinga.

🚫 Jangan korek guna cotton bud – lagi tolak masuk ke dalam!
✔️ Cuci telinga hanya bila perlu, dengan kaedah selamat.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi kami seperti yang tertera di bawah:
: 03-51310277
: 014-262 8324

Waktu operasi:
SETIAP HARI
8.30PAGI – 10.00 MALAM

Lokasi kami di
KLINIK MESRA MEDIC TAMAN SRI MUDA
NO,58 (tingkat bawah)jalan mesra 25/66,taman sri muda 40400 shah alam

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam...
23/05/2025

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Cara Pencegahan:
✅ Kerap cuci tangan dengan sabun
✅ Elak berkongsi alatan makan & mainan
✅ Kekalkan kebersihan rumah & pusat jagaan
✅ Jauhkan anak daripada sekolah/taska jika bergejala

Segera datang ke klinik kami untuk dapatkan pemeriksaan awal.
Sebarang pertanyaan sila ke
KLINIK MESRA MEDIC TAMAN SRI MUDA
☎️0351310277/0142628324

11/05/2025

Pernah tak… tengah lena tidur, tiba-tiba rasa betis mengeras, jari kaki menegang, rasa macam nak menjerit tapi suara tak keluar. Orang lain mungkin tak nampak… tapi mereka yang pernah alami, tahu betapa peritnya saat itu.

Tindakan Kecemasan Jika Berlaku Tarik Mengkarung:

1. Tarik jari kaki ke arah badan regangkan otot perlahan

2. Urut perlahan kawasan kejang

3. Letak tuala suam

4. Bernafas tenang jangan panik

Letak kaki lebih tinggi selepas reda, untuk bantu aliran darah.

Tips Cegah Tarik Mengkarung:

• Minum air secukupnya sepanjang hari

• Regangkan kaki dan betis sebelum tidur

• Ambil makanan kaya magnesium dan potasium (contoh: pisang, bayam, yogurt)

Jika anda alami tarik mengkarung lebih dari 3 kali seminggu, sangat sakit, atau tidak lega selepas beberapa minit elok jumpa doktor untuk pastikan tiada masalah kesihatan tersembunyi.

03/05/2025

JANGAN TUNGGU SAMPAI TERLAMBAT

Demam mungkin nampak biasa…
Tapi ada masa, ia amaran terakhir sebelum sesuatu yang lebih serius berlaku.

Kesilapan Umum yang Boleh Mengundang Bahaya Bila Demam:

1. Menganggap demam Itu biasa
(Tanpa sedar, jangkitan sudah merebak dalam badan)

2. Tangguh ke klinik walaupun demam sudah berlarutan dan tunggu keadaan sangat teruk

3. Terlalu bergantung pada ubat sendiri di rumah (self treatment)

4. Bandingkan dengan pengalaman lepas
“Dulu pun macam ni, lepas tidur terus okey.”

5.Segan atau takut menyusahkan orang lain
Tak nak anak anak risau

6. Percaya kepada petua atau nasihat tidak sahih

Jangan biar satu keputusan lambat… menjadi penyesalan seumur hidup.

Kenal pasti red flag, ambil tindakan awal.
Nyawa lebih penting dari rasa segan, takut atau malas.

TAPI… Jangan Panik Bila:

• Demam baru sehari
• Masih boleh makan & aktif
• Suhu turun lepas makan ubat
• Tiada simptom berbahaya

Pernah mengalami gejala seperti ini 🫀😣?!! Jangan lengah-lengah lagi. Jantung merupakan organ yang perlu kita beri perhat...
31/03/2025

Pernah mengalami gejala seperti ini 🫀😣?!! Jangan lengah-lengah lagi. Jantung merupakan organ yang perlu kita beri perhatian. Mari dapatkan lakukan ujian Electrocardiogram (ECG) dan dapatkan diagnosis daripada doktor di klinik kami 🩵🫂

Asma adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan. 😮‍💨Serangan asma mungkin berla...
29/03/2025

Asma adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan. 😮‍💨

Serangan asma mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam.

Amatlah penting untuk pesakit mengenali pencetus serangan asma masing-masing dan gejala serangan asma kerana ia boleh memudaratkan dan membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
‼️INGAT‼️ SEGERA dapatkan rawatan kecemasan jika anda atau orang di sekeliling anda mengalami serangan asma.

What is URTI? 🤔 Upper Respiratory Tract Infection (URTI) affects the nose, throat, and airways. Common culprits? Colds, ...
28/03/2025

What is URTI? 🤔 Upper Respiratory Tract Infection (URTI) affects the nose, throat, and airways. Common culprits? Colds, sinusitis, or tonsillitis. Stay hydrated, rest well, and consult a doctor if symptoms persist! 🌬️

Klinik Mesra Medic Sri Muda
Click Here to Contact Us: https://wa.me/0142628324
03:51310277

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.Migrain adalah sakit kepal...
09/03/2025

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain.
sebarang pertanyaan sila hubungi kami di,
KLINIK MESRA MEDIC TAMAN SRI MUDA
📲📲Atau boleh direct Whatsapp kami di:
www.wasap.my/60142628324



Sri Muda

Pernah perasan ketulan lembut di bawah kulit yang tidak menyakitkan? Itu mungkin Lipoma – benjolan lemak yang tidak berb...
06/03/2025

Pernah perasan ketulan lembut di bawah kulit yang tidak menyakitkan? Itu mungkin Lipoma – benjolan lemak yang tidak berbahaya dan biasa terjadi.

Ciri-Ciri Lipoma:
• Lembut apabila ditekan.
• Boleh bergerak di bawah kulit.
• Tidak menyakitkan,
• Tumbuh perlahan-lahan

Lokasi Biasa Lipoma:

1️⃣ Lengan
2️⃣ Belakang badan
3️⃣ Leher
4️⃣ Bahu
5️⃣ Paha

Lipoma tidak berbahaya namun, anda masih perlukan pemeriksaan untuk kepastian.

Perlu Rawatan?

Secara umumnya, lipoma tidak memerlukan rawatan. Namun, jika lipoma:
• Membesar dengan cepat
• Menjadi sakit
• Mengganggu aktiviti harian
Anda boleh pertimbangkan untuk membuang ketulan lemak lembut ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di:
KLINIK MESRA MEDIC TAMAN SRI MUDA
📞 03-51310277
📱 014-262 8324

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60142628324

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mesra Medic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mesra Medic:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share