Oh Lutut

Oh Lutut Merawat sakit lutut 5x Lebih Cepat!

17/03/2022
Apa itu Osteoarthritis (OA) Lutut?Osteoarthritis (OA) Lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi l...
08/02/2021

Apa itu Osteoarthritis (OA) Lutut?

Osteoarthritis (OA) Lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi lutut.

Ia berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan.

Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’.

Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan.

Apabila seseorang mengalami OA pada lutut, pergerakan lutut akan terbatas di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya.

Keadaan ini juga akan menyebabkan kesakitan dan mengehadkan aktiviti harian individu terbabit.

Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

Masalah OA pada lutut kebiasaannya terjadi pada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.

Ada juga yang mengalaminya pada usia yang lebih awal, lebih-lebih lagi jika mereka sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada lutut.

Nak tahu cara untuk merawat Osteoarthritis (OA) Lutut?

Klik link di bawah dan baca pada post kami yang seterusnya:
https://fb.watch/3wzUY7JmYZ/

08/02/2021

Bagaimana cara merawat Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Kurangkan berat badan.

2. Sentiasa melakukan senaman: Untuk meningkatkan mobiliti dan pergerakan serta menguatkan otot.

3. Ubat-ubatan: Ubat tahan sakit dan ubat anti radang seperti acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin), atau naproxen sodium (Aleve).

4. Rawatan suntikan steroid pada sendi lutut.

5. Memakai ‘knee guard’ atau ‘braces’ pada lutut terutamanya apabila melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan atau dalam keadaan yang lama. Ia berfungsi untuk memberikan sokongan pada sendi lutut.

6. Rawatan fisioterapi: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut. Senaman juga akan diajar bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

7. Pembedahan: Pembedahan yang dinamakan sebagai ‘total knee replacement’ akan dilakukan sebagai langkah rawatan terakhir.

P.S. Kami syorkan penggunaan Biobax Cool Theraphy pada anada sebelum keadaan sakit lutut anda ke tahap perlu rawatan fisioterapi dan lakukan pembedahan.

17/01/2021
25/12/2020
25/12/2020

Address

BLOCK D1 NO. 15-2F
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh Lutut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share