Rahsia Kekal Tenang Sepanjang Hari

Rahsia Kekal Tenang Sepanjang Hari Nak kami kongsikan tips tips rahsia kekal tenang sepanjang hari.Jangan lupa follow kami rapat ye..

7 KELEBIHAN DAN KEHEBATAN TARONG


✅ TINGKATKAN TENAGA
✅ KURANGKAN LETIH
DAN LESU
✅TIDUR LEBIH LAMA DAN PUAS
✅TINGKATKAN FOKUS
✅TINGKATKAN KEKUATAN BADAN
✅TINGKATKAN FLEKSIBILITI
✅TINGKAT KESEIMBANGAN BADAN

10 TIPS MELAWAN ‘ANXIETY’ SECARA ASASNYA :1. Mendekatkan diri dengan Tuhan dan perbanyakkan istighfar dan selawat.2. Tol...
04/08/2022

10 TIPS MELAWAN ‘ANXIETY’ SECARA ASASNYA :

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan dan perbanyakkan istighfar dan selawat.

2. Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.

3. Betulkan mindset dengan selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “Aku sihat dan tidak takut.”

4. Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.

5. Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang ‘perkara’ itu .

6. Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Sebagai contoh pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.

7. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut kerana sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami dan anda boleh dapatkan nasihat mereka.

8. Amalkan makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

9. Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takuti seperti takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin dan tukar mindset.

10. Sokongan moral mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety Sentiasalah beri mereka dorongan untuk pulih.

Buat Amal Untuk Habuan Dunia. Allah Memang Akan Bagi, Tetapi...Zaman sekarang, apabila seseorang mendapat jualan menceca...
18/07/2022

Buat Amal Untuk Habuan Dunia. Allah Memang Akan Bagi, Tetapi...

Zaman sekarang, apabila seseorang mendapat jualan mencecah juta-juta, orang mula akan bertanya apa amalannya. Sedangkan usaha keras untuk mendapat hasil sebanyak itu bukan kepalang.

Semakin parah, apabila diajar dalam seminar, amalan tertentu untuk tarik sales. Bukan sedikit, bahkan makin berlambak orang yang mengajar bisnes, diajar dulu tentang amalan murah rezeki. Sedangkan kita pun tahu rezeki itu bukan duit semata-mata.

Ada yang guna hadis sahih, ada yang salah faham hadis sahih, ada yang guna hadis tidak sahih, ada juga ajaran mengarut.

Contoh ajaran mengarut, apabila sale jatuh, telefon segera ibu ayah supaya ibu ayah merestui urusan dan mendoakan kita. Ajaran dari alam mana datang pun tidak tahu.

Jadi diajar, kita minta ibu ayah doakan kita supaya kita dapat habuan dunia semata-mata. Bukannya ketika ibadah kita kurang, amal makin menurun, barulah minta ibu ayah doakan kita.

Setiap amal yang kita buat mestilah ikhlas untuk Allah. Apabila ikhlas untuk Allah tidak terdetik di hati yang kita buat amal itu supaya sale makin naik. Cuma apabila kita beramal untuk habuan dunia, seolah-olah Allah dan Akhirat bukan lagi tujuan utama.

Kita tidak boleh sorok apa yang ada di dalam benak hati yang dalam dari Allah. Tidak perlu untuk berdalih dengan Allah, Allah tahu segalanya.

Apa yang kita buat dan niatkan itu Allah boleh berikan. Kita buat amal sedekah supaya bisnes kencang, Allah boleh bagi segera. Memang Allah berkuasa untuk memberikan apa yang kita inginkan.

Tetapi...

Kita teliti ayat ini. Baca terjemahannya ayat demi ayat.

مَّن كَانَ یُرِیدُ ٱلۡعَاجِلَةَ عَجَّلۡنَا لَهُۥ فِیهَا مَا نَشَاۤءُ لِمَن نُّرِیدُ ثُمَّ جَعَلۡنَا لَهُۥ جَهَنَّمَ یَصۡلَىٰهَا مَذۡمُومࣰا مَّدۡحُورࣰا ﴿ ١٨ ﴾

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (18)

Surah al-Isra' ayat 18

Secara peribadi saya juga tersentak dan tersentap membaca ayat ini.

Beranikah kita untuk beramal selain daripada ikhlas kepada Allah?

Astaghfirullah...

Kita mesti ubah kali ini. Jangan lagi kaitkan apa yang kita amal dengan apa yang kita dapat. Rezeki yang kita dapat itu adalah kurniaan dari Allah sama ada atas usaha keras kita menggunakan daya usaha badan dan fikiran atau daripada kurniaan rezeki dari Allah yang Maha Kaya.

Apa yang kita amal seperti solat, puasa, sedekah adalah murni hanya untuk Allah. Bukan untuk sale naik, bukan untuk beli kereta mewah, bukan untuk beli rumah besar.

Kita amal untuk Allah sahaja. Atas faktor taat perintah-Nya dan patuh suruhan Rasulullah Sollallahu 'Alayhi wa Sallam dengan mengharapkan kebaikan di akhirat. Allah 'Azza wa Jalla menyambung ayat ini;

وَمَنۡ أَرَادَ ٱلۡـَٔاخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعۡیَهَا وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ سَعۡیُهُم مَّشۡكُورࣰا ﴿ ١٩ ﴾

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (19)

Surah al-Isra' ayat 19

Kita nilai sendiri apa dalam hati kita. Adakah benar kita buat amal itu 'solid' ikhlas kerana Allah atau ada juga terlintas mahukan habuan dunia?

Saifuddin Yusof
Kita baiki sama-sama

Address

Jalan Pulau Angsa U10/18
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Kekal Tenang Sepanjang Hari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rahsia Kekal Tenang Sepanjang Hari:

Share