Sukarelawan Hospital Shah Alam

  • Home
  • Sukarelawan Hospital Shah Alam

Sukarelawan Hospital Shah Alam sukarelawan hospital shah alam

Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Sukarelawan Hospital Shah Alam telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Per...
02/12/2025

Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Sukarelawan Hospital Shah Alam telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Hospital Shah pada 29 November 2025. Sambutan penuh meriah ini telah dihadiri lebih 300 orang dan 180 orang daripadanya adalah kanak-kanak yang terdiri daripada pesakit,adik beradik pesakit dan anak urusetia dan anak-anak tetamu jemputan. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Shah Alam, Dr. Ruzita Binti Othman.
Sambutan dengan penuh kemeriahan ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti permainan interaktif dan menyeronokkan daripada 6 Jabatan multidisiplin yang terlibat iaitu Jabatan Dietitik dan Sajian (Fruit Satay), Unit Kejururawatn (Face Painting), Jabatan Rekod Perubatan (Cupcake Decoration), Unit Cara Kerja, Jabatan Perubatan Rehabilitasi (Candy Booth), Jabatan Pergigian Kanak-Kanak (Fairy Tooth) dan Jabatan Pediatrik (Art & Craft). Turut memeriahkan suasana adalah Persembahan Khas daripada Pasukan, Anggerik Tari, Magic Show, Badut Belon, Aiskrin dan Photo Booth yang telah disediakan oleh para sukarelawan Hospital Shah Alam.
Pada kali ini Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Sukarelawan Hospital mendapat tajaan berbentuk wang tunai daripada Syarikat H Rohani Enterprise, Menteri Besar Incorperated Menteri Besar Incorporated (Mbi). Suk Selangor Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Permodalan Negeri Selangor Berhad dan barangan daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd Pharmaniaga Pharmaniaga Berhad dan SP Setia Foundation, S P Setia Persatuan Aafiyah dan Majlis Pewakilan Penduduk Zon 20 Pejabat Mpp Zon 20 , Shah Alam. Sahabat Hospital Negeri Selangor
Jabatan Kerja Sosial Perubatan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital, unit-unit dan jabatan multidisiplin yang mengambil bahagian dalam program kali ini serta rakan-rakan penaja serta para sukarelawan. Melalui program ini selain meraikan kanak-kanak dan hak dan suara mereka didengari, ianya juga mengajar kita bahawa kanak-kanak adalah aset paling bernilai untuk masa depan negara. Penglibatan komuniti setempat dengan pihak hospital melalui Sukarelawan harap dapat diteruskan dimasa akan datang.

04/10/2025
Pada 27 Februari 2025 telah berlangsung *Program Count Down Ramadahan Vol. 5 : Edaran Bubur Lambuk* oleh Sukarelawan Hos...
27/02/2025

Pada 27 Februari 2025 telah berlangsung *Program Count Down Ramadahan Vol. 5 : Edaran Bubur Lambuk* oleh Sukarelawan Hospital Shah Alam Selangor. Sebanyak 750 Bekas Bubur Lambuk & Kurma telah disediakan secara gotong royong oleh para sukarelawan hospital untuk diedarkan secara percuma kepada semua warga HSAS, pesakit dan pelawat. Turut hadir memberi sokongan dalam program ini adalah Timbalan Pengarah Perubatan ll,Dr.Fatimah Binti Abdullah dan Timbalan Pengarah Pengurusan,Puan Fara Wahida Binti Abdul Wahid.
Program ini juga hasil kerjasama Pelbagai NGO yang terdiri yang berdaftar sebagai Sukarelawan HSAS. Penyelarasan aktiviti ini adalah di bawah Jabatan Kerja Sosial Perubatan HSAS. Syabas dan Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Mesyuarat Sukarelawan bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan Bil 2/2024. Antara perkara dibentangkan adalah Takwin 2025....
14/12/2024

Mesyuarat Sukarelawan bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan Bil 2/2024. Antara perkara dibentangkan adalah Takwin 2025. Semoga sukarelawan semua terus bersemangat membantu para pesakit..welcome kepada ahli-ahli baru.

1 April 2024-Program Meriahnya Raya Vol.4 merupakan acara penutup Ihya Ramadhan Sukarelawan Hospital Shah Alam. Pada har...
01/04/2024

1 April 2024-Program Meriahnya Raya Vol.4 merupakan acara penutup Ihya Ramadhan Sukarelawan Hospital Shah Alam. Pada hari ni seramai 35 orang pesakit di Wad Pediatrik HSAS telah menerima Bakul Biskut Raya dan duit Raya. Turut memeriahkan program adalah Timbalan Pengarah Perubatan 1. Dr Khairol Idham mewakili Pengarah,Timbalan Pengarah Perubatan 2,warga kerja Jabatan Kerja Sosial Perubatan Jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana penaja penuh program pada hari ini.Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan yang menjayakan program pada kali ini.

28 Mac 2024, Program Singgah Sahur Vol.4 telah diadakan diperkarangan Lobi Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam. Progra...
28/03/2024

28 Mac 2024, Program Singgah Sahur Vol.4 telah diadakan diperkarangan Lobi Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam. Program Sukarelawan ini telah diselaraskan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Sebanyak 200 pek makanan sahur diedarkan kepada petugas,pelawat dan pesakit yang sedang menunggu dan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma HSAS. Pek makanan hasil sumbangan Restoran Zai Sri Gemilang & Restoran Ebunda, Shah Alam.

Pada hari ini 23 Mac 2024 telah berlangsung Program Sukarelawan pemberian Bakul Makanan. Program ini telah diselaraskan ...
23/03/2024

Pada hari ini 23 Mac 2024 telah berlangsung Program Sukarelawan pemberian Bakul Makanan. Program ini telah diselaraskan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan bersama dengan Adventist Community Service. Sekalung penghargaan kepada pihak HOPE Malaysia dibawah project hope welfare association kerana sudi menyampaikan bakul makanan kepada 25 orang penerima yang terdiri daripada warga kerja Hospital Shah Alam dan pesakit yang memerlukan. Tahniah kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

Program Countdown Ramadhan Vol.4 telah berjaya di diadakan pada hari ini dengan kerjasama daripada NGO. Setinggi ucapan ...
11/03/2024

Program Countdown Ramadhan Vol.4 telah berjaya di diadakan pada hari ini dengan kerjasama daripada NGO. Setinggi ucapan terima kasih kepada seluruh team Sukarelawan Hospital Shah Alam .Hari ini berjaya mengedarkan 1200 bekas bubur lambuk kepada kakitangan,waris dan pesakit di lobi klinik pakar.Turut serta adalah rakan strategik iaitu Pelajar &Pensyarah Fakulti Ekonomi MSU,Sahabat Hospital Shah Alam, Persatuan Aafiyah,SP Setia Foundation.

20.1.2024 Syabas dan tahniah pada sukarelawan Hospital Shah Alam yang menerima pelantikan rasmi daripada Jabatan Kerja S...
20/01/2024

20.1.2024 Syabas dan tahniah pada sukarelawan Hospital Shah Alam yang menerima pelantikan rasmi daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan bagi sesi 2024-2025. Mereka terdiri daripada sukarelawan baru dan lama. Mereka selalu bersemangat membantu dan memberi khidmat bakti kepada pesakit/petugas. Bagi yang lain2 surat lantikan akan di pos ke alamat masing2.

Salam 1 Ramadhan, Alhamdulilah program Count Down Ramadhan Vol.3 telah selamat berlangsung dengan jayanya semalam 22/3/2...
23/03/2023

Salam 1 Ramadhan, Alhamdulilah program Count Down Ramadhan Vol.3 telah selamat berlangsung dengan jayanya semalam 22/3/2023 . Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat. Sebanyak 850 pax bubur lambuk berjaya diedarkan kepada pesakit,pelawat,jemaah surau dan kakitangan HSAS. Program ini adalah dengan kerjasama dengan Pelajar Fakulti Ekonomi MSU dan AJK Surau Hidayarulrahman HSAS. Jutaan terima kasih atas khidmat bakti semua menjayakan program ari ini.

Address

Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Shah Alam

40000

Telephone

+60355263000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukarelawan Hospital Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sukarelawan Hospital Shah Alam:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram