03/07/2025
PEMBENTANGAN PRODUK FASTDETECT DRUG OF ABUSE TEST BERSAMA KETUA PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN – 1 JULAI 2025
United Interim Sdn. Bhd. telah menerima jemputan rasmi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Ibu Pejabat AADK, untuk mengadakan sesi pembentangan produk FastDetect Drug of Abuse Test.
Pembentangan ini dijadualkan berlangsung pada 1 Julai 2025 (Selasa), jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Bougainvillea, Aras 5, Blok A, Ibu Pejabat AADK, Kajang.
Sesi ini akan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi AADK, termasuk YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); YBrs. Tuan Azmi bin Mustada, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan; serta YBrs. Dr. Nazira binti Sadiron yang mewakili Cawangan Dasar Penguatkuasaan dan Keselamatan.
Semoga sesi ini menjadi platform untuk memperkukuh usaha bersama antara United Interim Sdn. Bhd. dan pihak penguat kuasa AADK dalam membanteras penyalahgunaan dadah di Malaysia melalui inovasi teknologi terkini.
Pihak kami amat menghargai jemputan serta kepercayaan yang diberikan oleh pihak AADK dalam sesi pertemuan ini.