10/04/2025
HUBUGKAIT JIN RIHUL AKHMAR DAN MANUSIA
Sebagai seorang khalifah , kita perlu ada kesedaran tentang hubungkait Jin Rihul Akhmar dan Manusia . Manusia tidak luput dari melakukan kesilapan.Setiap dari kita mesti melalui ujian dan kesulitan dalam hidup, seperti kesakitan,penderitaan,kegagalan,atau kehilangan.Tetapi apakah hubungkaitnya manusia dengan Rihul Akhmar ? di sini akan diterangkan secara ringkas serba sedikit tentang Rihul Akhmar .
APA ITU RIHUL AKHMAR ?
Rihul Akhmar merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai Jin dalam gumpalan “ANGIN MERAH“ (Roh Merah) atau juga dikenal sebagai “Angin Akhmar “ Ia merujuk kepada angin yang mempunyai kekuatan alam yang luar biasa dan berbahaya sehingga boleh membawa kepada kebinaasan seperti kerosakan Jasad dan kerohanian pada tubuh manusia.
Ia juga merupakan sebahagian dari takdir Tuhan kepada manusia untuk menghukum seseorang yang melanggar perintah,melakukan kezaliman dan kerosakkan di muka bumi bagi tujuan sebuah peringatan dari Tuhan.
Dari sudut pandangan lain pula,Rihul Akhmar boleh dianggap sebagai salah satu bentuk ujian dari Tuhan untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian tersebut .Sama ada berupa gangguan fizikal,mental, atau spiritual untuk menguji keimanan seseorang .
Allah berfirman dalam Al-Qur'an:
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji lagi?
Sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (QS. Al-Ankabut: 2-3)
MENGAPA RIHUL AKHAMAR BERLAKU KEPADA MANUSIA ?
Rihul akhmar berlaku kepada manusia disebabkan oleh sikap atau perangai diri seseorang manusia itu sendiri.Kebanyakkan daripada kita lupa untuk memahami dan menjaga kepentingan keharmonian rohani serta jasad.Terutamanya dari segi kesihatan Mental,fizikal,hal-hal rumahtangga, pekerjaan seharian dan sebagainya .
Sekiranya kita tidak peka dengan keadaan tersebut,Apa yang akan berlaku,maka,di situlah hadirnya Jin Rihul Akhmar secara diam-diam dan perlahan-lahan menceroboh dan merusup masuk ke dalam tubuh, lalu mengganggu dan menutup semua sistem cakra manusia yang merupakan sistem utama iaitu pusat tenaga bagi tubuh manusia.
Secara tidak langsung ia boleh menyebabkan kerosakan dan mutasinya kerohanian seseorang.
Akibatnya,kegagalan proses penyembuhan (healing) menjadi tidak lancar dan menjadi semakin perlahan serta memudaratkan lagi pada diri seseorang.Contohnya,seseorang itu akan mengalami kesakitan pada tahap paling berbahaya,kehilangan tenaga secara mendadak,keletihan yang melampau dan sistem antibodi yang tidak stabil serta tidak dapat berfungsi dengan baik.Maka di situlah berlakunya pelbagai penyakit fizikal seperti penyakit :
@ Mental atau gila ( kemurungan) akibat daripada sistem hormon
terganggu iaitu emosi yang tidak stabil dan overthinking berlebihan .
@ Stroke (angin akhmar) iaitu saluran darah tersumbat maka oksigen tidak dapat disampaikan ke otak dengan baik dan mengakibatkan lumpuh kerana terdapatnya gangguan pada fungsi tubuh yang lain
@ Penyakit Auto immune iaitu sistem immune yang mempunyai sel-sel dan tisu tubuh menyerang sesama sendiri
@ HIV/AIDS iaitu penyakit yang menyerang sistem kekebalan tubuh dan boleh menyebabkan kematian .
@ Kanser seperti kanser otak , paru-paru, hati, buah pinggang , usus , payudara dan lain-lain ia akibat dari pertumbuhan sel-sel yang tidak sihat , dan tidak normal yang telah melarat ke seluruh tubuh .
Tubuh manusia secara fitrahnya telah dibekalkan dengan sistem biologi tersendiri untuk menentukan DNA dan genetik serta kumpulan darah tertentu.Selain itu,terdapatnya bahagian-bahagian penting seperti urat-urat saraf,organ-organ,sel-sel,dan sebagainya yang menunjukkan betapa pentingnya penjagaan dalaman dan luaran kerohanian diri seseorang manusia.
Ini kerana kerohanian merupakan tunggak utama kepada jasad . Perkaitan antara kerohanian dan jasad tidak boleh di pisahkan.Tanpa kerohanian sudah tentulah manusia tidak dapat hidup dan tidak dapat bergerak bebas,Manusia hidup kerana dibekalkan oleh Tuhan dengan set kerohanian yang lengkap pada tubuh manusia.Ia merupakan sesuatu tenaga ghaib yang disalurkan bagi mengatur,membina dan mengurus kepelbagaian keperluan asas di dalam kehidupan seharian kita .
Selain itu,perlu dititikberatkan juga fikiran dan perasaan seharusnya dijaga rapi supaya ia selari,seia dan sekata agar ia dapat membina individu yang melahirkan tingkahlaku yang menzahirkan aura positif, manusia yang bijaksana,cerdas,berkualiti dan memiliki frekuensi yang amat tinggi.
PROSES PENYEMBUHAN
Proses penyembuhan diri adalah perjalanan yang holistik dan melibatkan banyak aspek,termasuk fizikal,mental,emosi dan juga sosial. Ia juga memerlukan masa,tenaga,kesabaran dan sokongan untuk kembali kepada keadaan yang lebih sihat .
Seterusnya kita seharusnya lebih bijak mengurus kerohanian kita dengan meningkatkan kegiatan yang lebih bermanfaat dan berfaedah seperti mendekatkan diri kepada Tuhan dengan muhasabah diri, mengikuti kelas bimbingan dan keagamaan , melakukan perubahan diri degan mengawal segala tindakan seperti mengawal fikiran dan emosi, tidak menzalimi diri sendiri dan orang lain,melakukan senaman dan beriadah serta tidak membenci sesama manusia lain.Ini akan dapat meningkatkan lagi tahap kerohanian diri seseorang agar menjadi lebih bermakna dan mencapai kesejahteraan hidup yang lebih harmoni .
KESIMPULAN
Kesimpulannya di sini,bahawasanya Rihul Akhmar (Angin Akhmar) tidak akan berlaku pada diri seseorang,jika sekiranya manusia di bumi ini hidup dengan mentaati perintah Tuhan dan meninggalkan laranganNya . Selain itu kita seharusnya menjadi Raja yang bijak memerintah dengan mengurus kerajaan dirinya sendiri bagi mengekalkan keharmonian diantara kerohanian dan jasad,agar mereka dapat membina kehidupan yang lebih baik dan bertaraf tinggi demi menuju ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup yang sejati .
Jadi,Jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan pelbagai masalah kesihatan.Dapatkan rawatan pemulihan segera,dan baiki diri ke arah kesejahteraan diri Rohani dan Jasmani serta nasihat dan bimbingan dari perawat berhampiran anda dengan segera .
Hubungi :
Pusat Rawatan Al-Ahad
Norihan Abd Aziz
011-33147781