10/08/2023
Vitamin C untuk masalah "angin" GERD?
---------------------------------------
"Macam mana nak ceria balik dan jadikan pemikiran positif?"
Itu soalan paling biasa ditanya...
Jawapan saya tetap sama lepas bertahun-tahun saya tengok beratus kes GERD yang ada anxiety ni.
Pulihkan kerosakan perut lah tuan-puan.
Sebab tu saya share mengenai pemakanan rosakkan perut.
Pantang bukan setakat "makan seimbang". Banyak makanan sihat sebenarnya yang banyak trigger GERD ni. Orang kena GERD tau hakikat ni. Lebih 90% hormon serotonin yang jadikan kita ceria gembira ni di LAPISAN PENCERNAAN.
Bila lapisan perut ni rosak dan jadi angin, kita jadi stress sebab serotonin terjejas.
Kenapa saya percaya sangat vitamin C ni berkesan untuk GERD?
Vitamin C ni sangat berpotensi memulihkan kerosakan dan masalah angin kerana:
1) Vitamin C mencepatkan pemulihan pencernaan akibat leaky gut. Expert kata, kekurangnan vitC ni antara punca sebabkan leaky gut (skurvi zaman moden).
2) Vitamin C tambahkan oksigen dalam badan beratus kali ganda. Orang stres macam GERD salur darah kat sendi, hujung kaki tangan kurang oksigen.
3) Vitamin C jana tenaga bateri badan (mitokondria). Badan rasa bertenaga dan bersemangat!
4) Vitamin C kurangkan stres dalaman (radikal) dan stabilkan sistem imun. GERD teruk sampai jadi sensitif tu akibat sistem imun lah terlebih aktif.
Badan jadi sensitif semua tempat dan mudah radang.
5) Vitamin C kurangkan juga sensitif kerana ia menstabilkan bahan saraf histamin berlebihan histamin..yang naikkkan asid refluks..sebabkan badan sensitif.
Bila vitamin C dah pulihkan perut, hormon ceria gembira akan pulih. Itu lah hormon serotonin.
Doktor psikiatri bagi ubat ni pada penderita depression supaya hormon serotonin ni tinggi dalam badan. Tapi ada kesan sampingan juga jika tinggi sangat.
Jadi nak pulih perut bagus ambil vitamin C.
Pilih vitamin C tanpa gula, tanpa pewarna dan tiada filler yang bahaya.
Jangan tunggu dan biarkan perut berpenyakit tu melarat..nanti mudaratnya..saya taknak cerita lah dan risaukan tuan-puan. Cegah sebelum padah