15/06/2024
Slipped Disc?
Ramai pesakit yang mengalami masalah ini. Masalah ini menyebabkan pesakit mengalami sakit belakang yang kronik. Kronik bermaksud simptom sakit yang dialami dalam tempoh masa yang lama.
Pesakit mungkin telah menjalani rawatan konservatif seperti:
1. Ubat, contohnya ubat tahan sakit, ubat relaks otot, ubat saraf, dan ubat radang.
2. Fisioterapi seperti regangan, urutan, dan juga menggunakan beberapa jenis modulasi fisio untuk mengurangkan kesakitan.
3. Pendakap atau ‘brace’ tulang belakang.
Namun, adakalanya kesakitan yang dialami masih berterusan dan intensiti kesakitan masih kuat atau sama walaupun telah menjalani rawatan konservatif.
Apabila pesakit pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, doktor akan mengesyorkan rawatan seterusnya iaitu pembedahan. Ini menyebabkan ramai pesakit yang takut dan ‘lari’ kerana tidak mahu menjalani pembedahan. Alasan yang diberikan pesakit adalah kerana mereka sudah tua dan menghidap banyak penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka gentar atau cuak dengan risiko dan komplikasi pembedahan, lebih-lebih lagi komplikasi saraf yang boleh menyebabkan kelumpuhan.
Sebagai seorang doktor, sudah tentu penerangan teliti dan mendalam akan diberikan mengenai rawatan pembedahan termasuklah risiko dan komplikasi. Namun, pesakit masih menolak untuk memilih jalan ini kerana jika boleh, mereka hendak mendapatkan cara rawatan lain yang setidaknya mengurangkan kesakitan mereka dahulu tanpa pembedahan. Apabila mereka berpuas hati bahawa sudah tidak ada cara lain lagi, barulah mereka memilih untuk pembedahan.
Sebab itulah mereka datang kepada saya sebagai pandangan kedua untuk rawatan selain pembedahan. Saya akan menyatakan memang ada caranya iaitu secara prosedur suntikan pada bahagian tulang belakang iaitu Radiofrequency Ablation.
Apa itu Radiofrequency Ablation?
Merupakan rawatan ‘pain relief’ iaitu merawat simptom sakit pada tulang belakang dan kekebasan pada saraf belakang dan kaki. Rawatan ini merupakan prosedur suntikan dan bukannya sejenis pembedahan. Rawatan ini juga boleh dilakukan secara rawat harian sahaja.
Rawatan ini sangat mudah dan cepat. Komplikasi dan risikonya juga tersangat rendah. Tiada ‘downtime’ atau tempoh pulih daripada kesan suntikan kerana ianya bukan pembedahan…bermaksud pesakit boleh berjalan dan terus pulang ke rumah.
Jika ada pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui panggilan atau WhatsApp, atau lebih baik kita boleh jumpa di klinik kerana penerangannya akan lebih jelas lagi.
Terima kasih.
Dr (Mr) Farid Fikri Bin Shukri
Pakar Tulang Dan Sakit Belakang Anda
wa.me/60182618454