26/04/2023
APA ITU URUTAN?
Urutan adalah satu sistem sentuhan, usapan, menekan dan menguli bahagian bahagian badan yang tertentu untuk melegakan kesakitan, merehatkan, merangsang yang menyenangkan pada kulit dan memberi manfaat kepada tisu lembut (otot, tendon dan ligamen).
KELEBIHAN URUTAN
Selain Urutan dapat merembeskan hormon endorphin yang membuatkan kita tenang dan gembira, urutan mempunyai banyak lagi kelebihan.
Tidak hairanlah ramai yang mencari tukang urut untuk diurut badan yang keletihan, kepenatan dan rasa tegang setelah seharian bekerja.
MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Urut Badan adalah cara yang sangat bagus untuk melancarkan aliran darah dalam badan.
Urut badan akan meningkatkan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen ke dalam jaringan, organ juga membantu menghilangkan racun dari tubuh.
MEMPERBAIKI POSTUR
Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur badan anda.
Urut badan akan membantu melatih otot otot tulang untuk berada dalam kedudukan yang betul.
Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot badan juga menjadikan postur anda lebih baik.
BANTU MENYEMBUHKAN KESAKITAN
Melalui Urut badan ianya dapat menyembuhkan luka lebih cepat serta membantu meningkatkan ruang gerak bagi otot otot.
Maka, tulang otot anda akan lebih relaks dan selesa melakukan pelbagai gerakan.
Jika dilakukan oleh tukang urut yang professional dan terlatih akan mampu menghasilkan urutan yang dapat mengurangkan rasa sakit kerana migraine, sakit tulang (arthritis) dan sebagainya.
Urut badan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah dan membantu mencegah dari rasa sakit pada sistem saraf serta meningkatkan kepadatan tulang tulang anda.
MENGURANGKAN PERASAAN GELISAH DAN TERTEKAN
Keadaan hati yang tenang sangat mempengaruhi kesihatan dan hal ini boleh anda peroleh melalui Urut Badan.
Ketika depresi atau tertekan, perasaan gelisah dan serabut itu sering diatasi dengan pengambilan ubat.
Namun, Urut Badan boleh menjadi alternatif dan sangat efektif bagi sesetengah individu.
Urutan ini akan mendorong pernafasan menjadi lebih teratur dan tenang.
Keadaan yang tenang akan menjauhkan anda daripada pelbagai fikiran negatif dan ketakutan.
TIDUR JADI LEBIH NYENYAK
Untuk anda yang s**ar tidur atau tidur kurang nyenyak sebaiknya cuba Urut Badan kerana ia sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur anda.
Ianya membantu membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih tenang dan mengurangkan tekanan sehingga membantukan anda rasa mengantuk.
Ini adalah kerana ketika melakukan urutan, secara tak langsung ia akan menghasilkan hormon tenang.
MEREMAJAKAN BADAN
Jika tekanan kerja yang terlalu kuat, masalah peribadi atau beberapa bahagian badan yang terasa sakit, selain berehat, Urut Badan juga dapat membantu malah turut membantu meremajakan badan anda.
Ketika bangun dari tidur, badan anda akan terasa lebih bertenaga.
Urut badan yang biasanya menggunakan aromaterapi, minyak essential dan losyen turut membantu menyegarkan fikiran anda.
MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN TUBUH
Bukan hanya dari vitamin atau suplement sahaja malah anda boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh melalui Urut Badan.
Urutan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik dan membuat daya ketahanan tubuh menjadi lebih kuat.
JOM URUT BADAN.
URUTAN TUBUH BADAN SAFF rumah ke rumah pada harga RM150 sahaja. ( Lelaki sahaja)
*mengikut lokasi
Jika berminat hari ni, boleh bagitahu ye untuk booking masa.
URUTAN BADAN SAFF sangat sesuai untuk yang lemah badan, Super stress, sakit sendi, sakit belakang, lemah kelelakian, mudah penat, sakit kepala dll.
InshaAllah dengan izin, kembali segar, kuat dan bersemangat.
wa.me/601113080318
wa.me/601113080318