Dr Yang’s Surgical Clinic

Dr Yang’s Surgical Clinic Sharing and educating public regarding surgical related problems and diseases.

PART 1肛门出血🩸Pendarahan Semasa Pembuangan Najis1) 什么会造成肛门出血呢?     Apakah penyebab-penyebab pendarahan semasa pembuangan na...
20/06/2025

PART 1

肛门出血🩸
Pendarahan Semasa Pembuangan Najis

1) 什么会造成肛门出血呢?
Apakah penyebab-penyebab pendarahan semasa pembuangan najis?
80% 肛门出血是因为痔疮或者是肛裂。
80% pendarahan semasa pembuangan najis adalah disebabkan oleh buasir ataupun pelukaan di dubur.

2) 那么肛门出血就不必担心囖!
Dengan itu, pendarahan semasa pembuangan najis adalah simtom yang tidak perlu diberi perhatian.
不是! 肛门出血也可以是因为肠癌而造成的。
TIDAK. Pendarahan semasa pembuangan najis boleh disebabkan oleh BARAH usus!

肛门出血是个很普遍的症状, 可是它必须经过肠镜的检查!
Pendarahan semasa pembuangan najis adalah simtom yang biasanya berlaku. Tetapi simtom ini harus dan digalakkan menjalani pememeriksaan kolonoskopi!

我想和大家分享一个小故事。有一位老夫大约70多岁,一直以来都有肛门出血的症状。他一直以来都以为那是痔苍的症状。可是最近他觉得肛门有点肿痛,因此来了我的诊所就医。当我问完了病史,我发现原来过去的一年,他也消瘦了许多,胃口也减少了好多。检查之后...
19/03/2023

我想和大家分享一个小故事。

有一位老夫大约70多岁,一直以来都有肛门出血的症状。他一直以来都以为那是痔苍的症状。可是最近他觉得肛门有点肿痛,因此来了我的诊所就医。

当我问完了病史,我发现原来过去的一年,他也消瘦了许多,胃口也减少了好多。检查之后,我发现他所谓的痔苍是肿瘤,而且那可怕的肿瘤已经开始造成了肠胃堵塞。我马上为他做了CT 扫描,那也确定了我临床检查结论。

我立刻和他讨论了就医的方法。我也即可为他做肿瘤切处手术。因为如果大肠堵塞的太久,大肠爆裂的机率会比较大,所以我即刻为了他动手术。

** 肛门出血🩸有可能是大肠癌的症状
** 不是每个肛门出血是痔苍

Seorang lelaki yang berusia sekitar 70-an bersama isteri datang ke klinik saya mengadu pendarahan semasa membuang air be...
18/03/2023

Seorang lelaki yang berusia sekitar 70-an bersama isteri datang ke klinik saya mengadu pendarahan semasa membuang air besar.
Beliau tidak pernah mempedulikan masalah tersebut dan menganggapkan tanda tersebut sebagai tanda-tanda menghadapi masalah buasir (hemorrhoid). Tetapi baru-baru ini, beliau mengalami masalah kesakitan dan bengkak pada bahagian duburnya di mana beliau mengubati tanda-tanda tersebut sebagai buasir.
Disebabkan masalah tersebut masih kekal walaupun setelah seminggu mengubatinya. Beliau pun datang ke klinik saya untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah buasirnya.
Selepas memeriksa keadaan beliau, tanda-tanda beliau bukan masalah buasir tetapi beliau menghadapi masalah kanser pada duburnya. Malangnya kanser tersebut telah menyumbatkan ususnya dan menyebabkan beliau menhadapi msalah kurang selera permakanan.
Disebabkan penyumbatan usus merupakan masalah kecemasan surgikal.
Pembedahan telah dilakukan serta-merta untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut.

“BUKAN SEMUA PENDARAHAN SEMASA PEMBUANGAN AIR BESAR ADALAH MASALAH BUASIR”

- - Sempena Bulan Kesedaran Kanser Usus Besar 🏥

28/09/2022

Adakah ANDA 🫵🏻 berisiko untuk
KANSER PAYU DARA?

Angin Pasang (Hernia) Bahagian 21. Bolehkah bayi atau budak menghadapi masalah angin pasang?   Masalah angin pasang bole...
31/05/2022

Angin Pasang (Hernia) Bahagian 2

1. Bolehkah bayi atau budak menghadapi masalah angin pasang?
Masalah angin pasang boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak terutamanya bayi yang dilahirkan pramatang. Angin pasang yang dikenalpasti pada kanak-kanak memerlukan pembedahan dalam masa yang singkat kerana angin pasang pada kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi di mana usus tersumbat di pembukaan angin pasang.

2. Adakah angin pasang boleh dirawat secara mengambil ubat sahaja?
Tidak boleh. Ini kerana angin pasang adalah disebabkan kelemahan pada dinding abdomen terutamanya pada bahagian parut atau kelangkang. Kelemahan pada dinding abdomen hanya boleh diperkuatkan melalui kaedah pembedahan.

3. Bolehkan angin pasang diurut ?
Tidak digalakkan kerana kandungan di dalam angin pasang boleh disebabkan usus yang mudah dicederakan semasa menjalani urutan.

4. Apakah kaedah pembedahan untuk angin pasang pada bahagian kelangkang (inguinal region)?
Pembedahan untuk angin pasang pada bahagian kelangkang(inguinal region) boleh dilakukan secara tradisi (open techniques) ataupun secara laparoskopi ( minimally invasive surgery).

5. Apakah risiko pembedahan angin pasang?
Terdapat risiko jangkitan kuman pada bahagian parut pembedahan.

6. Adakah TRUSS berguna untuk angin pasang pada bahagian kelangkang?
TRUSS merupakan seluar dalam yang khas untuk melindungi pembukaan yang lemah pada bahagian kelangkang. Ia biasanya digunakan untuk pesakit yang tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.

Angin Pasang (Hernia) Bahagian 11. Apakah itu angin pasang?   Angin pasang merupakan keadaan di mana kandungan dalam bad...
30/05/2022

Angin Pasang (Hernia) Bahagian 1

1. Apakah itu angin pasang?
Angin pasang merupakan keadaan di mana kandungan dalam badan membenjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada.

2. Di manakah biasanya berlaku angin pasang?
Angin pasang boleh berlaku di bahagian kelangkang (inguinal), di sekitar pusat (umbilicus), ataupun di kawasan parut pembedahan yang lampau ( previous surgical wound).

3. Apakah kandungan angin pasang?
Kandungan angin pasang biasanya terdiri daripada usus kecil, usus besar, ataupun tisu lemak perut(omentum).

4. Lelaki atau perempuan yang biasa menghadapi masalah angin pasang?
Lelaki adalah 25 kali ganda lebih kerap menghadapi masalah angin pasang daripada kaum wanita. Angin pasang biasanya berlaku di bahagian kelangkang.

5. Apakah penyebab-penyebab angin pasang?
Kegemukan, mengangkat benda berat, meneran semasa membuang air besar atau kecil, batuk yang kronik, cecair di dalam abdomen.

6. Apakah gejala-gejala angin pasang?
Gejala angin pasang yang kerap dijumpai adalah bonjolan di bahagian kelangkang semasa batuk ataupun berdiri dan bonjolan tersebut surut bila berbaring atau menolak masuk dengan tangan. Jikalau bonjolan tersebut tidak dapat ditolak dan menyebabkan kesakitan yang teruk, ia merupakan tanda-tanda yang buruk dan memerlukan pembedahan serta-merta.

Address

3, Persiaran Anggerik Eria
Shah Alam
40460

Telephone

+60351259999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Yang’s Surgical Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category