12/06/2017
AWQAF HOLDINGS BHD
(Post-AGM, 10th June 2017 message)
Bismillah ir Rahman ir Rahim
· Pada 10 Jun, 2017, Mesyuarat Agong Tahunan Awqaf Holdings Bhd (Awqaf) selesai diadakan di The Everly Hotel, Putrajaya, diikuti satu majlis taklimat dan dialog terbuka mengenai Waqaf Korporat dan pencapaian Awqaf sejak ditubuhkan pada akhir 2014.
· Semua Ahli Awqaf amat bersyukur dan akan selama-lamanya terhutang budi kepada YAB Dato Haji Muhammad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, juga kepada seluruh Ahli MAINS apabila MAINS secara rasminya mengiktiraf Awqaf sebagai Mutawalli berdasarkan konsep “Waqaf Korporat” pada 25 Jun 2015.
· Sejak pengiktirafan tersebut Awqaf telah segera bertindak membina asas penubuhannya. Pada 24 Mac, 2015 Awqaf telah mengikat satu perjanjian membeli tanah komersil di pusat bandar Putrajaya daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd. Projek pertama Awqaf, iaitu Persada Awqaf, merupakan satu langkah permulaan dalam usaha melabur menggunakan kaedah Waqaf Korporat dengan tujuan menghimpun hartanah bernilai tinggi. Matlamat akhir Awqaf ialah melindungi dan menyelamatkan hak milk harta bernilai tinggi di kota-kota utama untuk kepentingan jangka panjang bangsa, negara dan umat, mengelakkan semuanya daripada terlepas kepada milik asing.
· Alhamdulillah, pada 28 September 2016, Multaqa Majlis Perundingan Islam (MPI) yang dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Zahid Hamidi yang bersidang di PICC, Putrajaya menerima usul Kluster Ekonomi MPI supaya institusi Waqaf Korporat dijadikan agenda utama menerapkan ciri-ciri Rabbaniyah dan istikhlaf ke dalam sistem ekonomi negara. MPI turut menyarankan supaya Waqaf Korporat segera dilaksanakan untuk mengimbangi ketidakadilan ekonomi yang melampau memihak kepada golongan kaya dan korporat swasta, rata-rata mengkesampingkan golongan majoriti yang miskin dan berpendapatan rendah.
· Pengiktirafan ini disusuli p**a oleh pengiktirafan antarabangsa terhadap konsep Waqaf Korporat apabila Awqaf diundang menyertai Muktamar Waqaf Islam anjuran Pemegang Amanah Masjid Haram di Makkah pada 20 Oktober 2016. Muktamar yang turut dihadiri mantan Menteri Waqaf Arab Saudi, Timbalan Menteri Waqaf Turki, Menteri-menteri Waqaf Jordan dan Sudan secara tidak langsung turut mengiktiraf Waqaf Korporat model Malaysia sebagai salah satu inisiatif berkesan mengaplikasikan waqaf ke dalam sektor bisnes dan korporat untuk melindungi kepentingan jangka panjang ekonomi umat.
· Awqaf amat bersyukur kerana, sehingga akhir Mei 2017, berjaya menerima RM3.5 juta sebagai waqaf yang disumbang sebagai Yuran Ahli Awqaf oleh hampir 300 orang Ahli yang mewaqafkan yuran masing-masing. Jumlah Waqaf Yuran ini menjadi harta waqaf yang akan kekal selama-lamanya in perpetuity.
· Sumbangan Waqaf ini dijadikan modal asas atau seed capital untuk Awqaf melabur, dan projek pertama pelaburan Awqaf ialah membangunkan Persada Awqaf, iaitu sebuah harta komersil bernilai tinggi (GDV bernilai RM370 juta), di Presint 3, di Pusat Bandar (CBD) Putrajaya.
· Keuntungan yang dijangka sekitar RM60 juta hasil daripada pelaburan ini, insya Allah, akan dijadikan modal Awqaf untuk pelaburan dalam projek-projek hartanah selanjutnya, selain 30 peratus daripadanya akan diagihkan untuk membiayai projek amal kebajikan Awqaf, termasuk Program ZuriatCARE.
(Untuk medapat maklumat lanjut mengenai Awqaf; menjadi Ahli Awqaf dan maklumat mengenai Projek Persada Awqaf serta Program ZuriatCARE, sila akses awqaf.my atau www.awqaf.com.my. Semua urusan dengan Awqaf, termasuk untuk menjadi Ahli Awqaf boleh diuruskan atas talian menerusi alamat website di atas).
· Menerusi kenyataan dan message ini, saya selaku Pengerusi Awqaf dan bagi pihak seluruh pejuang Waqaf dan Waqaf Korporat khasnya memohon sokongan dan kerjasama daripada semua agensi, institusi, NGO Islam, GLC-GLC serta warga korporat swasta dan umat Islam amnya supaya bersama menyumbang, berwaqaf dan beribadah menerusi harta kekayaan dan wang ringgit dalam satu gagasan untuk melindungi dan menyelamatkan harta umat, memperkasa ekonomi umat Islam di Malaysia khasnya.
· Bersamalah kita gemblengkan sumber ekonomi umat melalui institusi Waqaf Korporat menerusi Awqaf, mengikut salah satu kaedah berikut:-
1. Menjadi Ahli Awqaf dengan mewaqafkan Yuran Ahli, atas kadar serendah RM150 untuk seorang. Yuran Ahli untuk yang lebih berada ialah RM1,000, RM10,000, RM100,000, juga RM500,000 dan RM1 juta bagi yang berhajat mewaqafkan kadar yang lebih tinggi.
2. Masyarakat besar Muslim Malaysia diseru menyumbang waqaf tunai seikhlasnya kepada Awqaf untuk Awqaf gunakan sebagai modal pelaburannya untuk menjayakan matlamat Awqaf. Sumbanga Waqaf daripada masyarakat dapat mengurangkan jumlah yang Awqaf perlu pinjam daripada pihak Bank, sekali gus mengurangkan beban kewangan dan menjanjikan p**angan dan keuntungan lebih besar untuk dilabur semula, selain menambah program amal kebajikan masa depan.
3. Melabur dalam Projek komersil Persada Awqaf dengan membeli premis komersil, tertakluk kepada peluang yang masih ada, kerana Awqaf telah menerima beberapa tunjuk minat rasmi daripada pembeli, termasuk daripada Agensi dan GLC untuk membeli 2 Blok dan sebahagian besar premis retail/pejabat.
4. Sebagai sebuah institusi Waqaf Korporat yang baharu ditubuhkan, Awqaf juga mengalu-alukan tenaga sukarela daripada golongan profesional, korporat berpengalaman, termasuk entrepreneur Muslim, menyumbang khidmat bakti, terutama dalam usaha menjayakan strategi pembangunan hartanah komersil seperti Persada Awqaf di Putrajaya.
“WAQAF KORPORAT – PENYELAMAT HARTA BANGSA DAN UMAT”
Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Pengerusi, Awqaf Holdings Bhd
11 Jun 2017
Email: ali.bizjihad@yahoo.com