SoftCare Pharmacy

SoftCare Pharmacy *FARMASI SOFTCARE

02/04/2024
29/11/2023
08/08/2021

Concerns over waning immunity and SARS-CoV-2 variants have convinced some countries to deploy extra vaccine doses — but it’s not clear to scientists whether most people need them.

AKHIRNYA JUMPA JUGAK PRODUK HERBA TERPILIH YANG MAMPU MENGATASI MASALAH GO OUT YANG SELAMA INI HANYA BERGANTUNG DENGAN 0...
10/04/2021

AKHIRNYA JUMPA JUGAK PRODUK HERBA TERPILIH YANG MAMPU MENGATASI MASALAH GO OUT YANG SELAMA INI HANYA BERGANTUNG DENGAN 0VAT PENAHAN SAQIT DARI KLINIK/HOSPITAL."
Haji Rahim telah mengidap Go Out lebih 8 tahun berulang alik ke klinik dan keluar masuk wad di hospital merasa sangat tertekan kerana bukan sahaja tidak mampu mengawal Go Out yang dialami malah kerap menanggung kesakitan yang teramat sangat sehingga tidak boleh berjalan. Apa yang lebih membimbangkan Haji Rahim adalah Doktor dan Ahli Farmasi sering menasihatkan beliau agar tidak mengamalkan Ovat penahan Saqit secara berterusan kerana boleh menyebabkan Gas trik, pendarahan usus dan juga yang lebih manakutkan Haji Rahim boleh menyebabkan kerosakan ginjal kronik. Sehinggalah Haji Rahim bertemu dangan produk jenama JOINGARD ini walaupun hanya mengambil sebanyak 3 kali sahaja kapsul JOINGARD Go Out Haji Rahim sudah berkurangan dan Haji rahim terus mengamalkanya kerana sangat selesa dan berasa selamat dengan produk ini.

JOINGARD Sangat sesuai untuk individu golongan warga emas, mengalami saqit sendi, artritis, mengalami patah tulang, ahli sukan yang sangat aktif. Arahan penggunaan: Dewasa: 1 kapsul sekali sehari dengan segelas air selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Kandungan 60 Vegecaps. Dengan gabungan Turmeric Extract, Devil’s Claw Extract dan Boswellia Extramel Melon Fruit Concentrate sangat berkesan untuk Go Out.

[1] Mengurangkan saqit sendi
[2] Mengurangkan keradangan pada sendi / otot
[3] Meningkatkan mobiliti sendi
[4] Pengurangan kesaqitan dan kekejangan
[5] Selamat dan berkesan - produk berasaskan tumbuhan terpilih terbukti selamat dan tiada kesan sampingan yang merbahaya.

Oleh kerana permintaan yang sangat menggalakan TERHADAP PRODUK JOINGARD maka kami menawarkan secara percuma MINYAK AFIAT GOLD DENGAN SETIAP PEMBELIAN 2 BOTOL JOINGARD, TERHAD SEHINGGA HUJUNG BULAN APRIL 2021 INI SAHAJA. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI.

Anda boleh simpan no ini senang nak order nanti 0193310447 atau boleh terus wasap sekarang
Klik sini -> https://wa.me/60193310447
Klik sini -> https://wa.me/60193310447
Klik sini -> https://wa.me/60193310447

05/04/2021

UBAT NI ROSAKKAN BUAH PINGGANG KE DOKTOR? MAKAN SEUMUR HIDUP?

Hari ini saya berjumpa dengan pesakit follow up saya iaitu seorang perempuan warga emas berusia 66 tahun dengan latar belakang penyakit tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Pertama kali dia datang dan berjumpa untuk masalah kesihatannya adalah pada tahun 2019. Pada waktu tu tekanan beliau sangat tinggi. Panjang perbualan kami pada pertama kali sesi konsultasi. Dengan mengetahui sejarah keluarga (ayah ibu) beliau mempunyai penyakit kronik dan hyperkolesterolemia, saya lakukan ujian darah (full blood test termasuklah ujian darah merah (hemoglobin), buah pinggang, fungsi hati, kolesterol dan gula puasa serta ujian air kencing).

Keputusan selepas beberapa hari menunjukkan bacaan kolesterol beliau memang tinggi dan bacaan tekanan darah yang dipantau beberapa hari di rumah juga masih tinggi. Dia bersetuju untuk mula makan ubat.
1️⃣ Soalan pertama dia tanyakan ‘’Saya kena makan selamanya ke ubat ni doktor?’’ sambil dia tersenyum.

Jawapan saya “Tidak semestinya puan. Cuma kebanyakkan pesakit terpaksa makan ubat ini berterusan kerana masih terpaksa bergantung dengan ubat. (kerana tidak mampu mengamalkan gaya hidup sihat dan bebas dari stress kehidupan seharian)

Boleh jadi bila usia semakin lanjut nanti, dengan “life style” berubah, dah tak makan banyak misalnya fast food, dah tak stress, dengan rehat yang cukup, inshaAllah bacaan tekanan darah akan cepat kembali normal walaupun tanpa makan ubat.

Dah banyak kes kita jumpa dengan doktor sendiri yang menyarankan untuk berhenti makan ubat sementara dengan syarat perlu teruskan pemantauan tekanan darah di rumah. Saya juga ada pesakit yang dah tak makan ubat puan. (Kena tahu apa punca sebenar tekanan darah tinggi itu berlaku pada seseorang.)”

Sambungku lagi “Ada pesakit yang sendiri pandai-pandai berhenti ubat sebab dah nampak tekanan darah kembali normal, mereka terus tidak datang follow up dengan doktor. Kemudian hari bila datang ke klinik semula dengan tekanan darah yang mencanak tinggi atau ada yang datang seperti serangan jantung dan strok. Nah waktu itu kalau nak mula balik ubat darah tinggi mungkin sudah perlu tambahkan dos atau tambahan jenis ubat baru p**a.

Dan pastinya surat rujukan ke hospital kerana takut sudah ada komplikasi lain seperti heart attack, strok atau rosak buah pinggang. ‘’

2️⃣ Soalan kedua saya doktor “Orang cakap makan ubat ni nanti rosak buah pinggang, betul ke tu doktor?’’

Jawapan saya ‘’ Betul puan, kalau orang itu jenis makan tak ikut arahan atau overdose. Atau kalau dia makan ubat tetapi tiada bacaan darah sebagai baseline atau sebelum memulakan ubat.

Kerana ada ubat yang kita memang tidak boleh bagi jika pesakit itu sudah mengalami masalah buah pinggang sebelum mulakan ubat.

Puan, sangat jarang kita jumpa dan boleh katakan tidak akan menyebabkan buah pinggang kita rosak disebabkan oleh makan ubat ini. Percayalah. “

Tambahku lagi “Jika kita makan ubat untuk penyakit kronik ini, kita mesti pantau bacaan darah lebih kerap terutama pada awal ubat diperkenalkan untuk tubuh. Sebulan, kemudian tiga bulan atau enam bulan, jika semunya normal boleh datang setiap tahun sahaja.

Jangan p**a lepas dapat ubat kemudian dah tak mahu jumpa doktor. Itu sangat salah. Kerana jika ada gangguan pada buah pinggang para pengesanan awal, doktor akan kenal pasti puncanya dan boleh jadi doktor akan kurangkan dos atau hentikan ubat atau gantikan ubat lain yang lebih sesuai. Ini sangat penting. Selepas doktor berhentikan ubat, bacaan buah pinggang pesakit pasti kembali normal semula.

Saya tanya puan itu kembali “Yang merosakkan buah pinggang kita tahu tak sebenarnya apa puan?”

Pertama. Penyakit itu sendiri yang akan serang buah pinggang kita. Tekanan darah tinggi dan gula yang tidak terkawal pasti 99% akan menyebabkan komplikasi rosak buah pinggang pada masa akan datang. Malah lebih cepat untuk mendapatnya. Ada kajian hanya sekitar kurang 5 tahun sudah menunjukkan komplikasi teruk.

Kedua. Jika pesakit itu mengambil suplemen SAMPAH atau produk luar seperti teh herba, jamu atau jus yang tiada kelulusan dan keselamatan daripada KKM. Ini sangat merisaukan dan hampir pasti akan mengganggu fungsi buah pinggang dan juga fungsi hati.

Akan menjadi masalahnya bila pesakit itu makan ubat yang doktor bagi dengan dos betul, tapi pada masa yang sama dia juga mengamalkan makanan suplemen atau produk SAMPAH yang tidak selamat ini. Dan apabila berjumpa doktor saat temujanji, dan didapati bacaan darah semakin buruk, dia akan salahkan ubat doktor bagi dan menipu bahwa dia tak makan apa-apa produk luar apabila ditanya oleh doktor. “

(Doktor tak bodoh sebenarnya. Apa yang kami berikan, kami pasti tahu apa yang boleh terjadi kepada pesakit kami.)

(Kami diajar dan mengangkat sumpah sebelum menjadi doktor supaya jangan bahayakan keselamatan dan kesihatan pesakit.)
Panjang saya cerita kali ini, lebih kurang begitulah. Ianya berlaku pada tahun 2019. Dan hampir semua pesakit NCD saya yang bertanya soalan sama dan itu jugalah jawapan saya. ☺️

Alhamdulillah sejak bulan April 2020 tahun lalu, dia dah tak makan ubat antihipertensi sehinggalah sekarang. Amazing kan?? Hehe.

Saya berhentikan ubat dia waktu itu sebab tekanan di rumah menjadi sangat rendah dan berterusan sangat “cantik.” Selepas dia berhenti ubat juga, bacaan tekanan darah masih “cantik” mengalahkan tekanan darah saya p**a. 😅

‼️ Bagi warga emas yang dah tak stress dengan pekerjaan, boleh diet dengan bagus, tak merokok, bukan golongan berisiko tinggi maka boleh cuba berbincang dengan doktor anda.

‼️ Bagi pesakit yang masih dalam usia pertengahan umur 30-60 tahun, teruskan makan ubat walaupun tekanan darah sudah normal. Melainkan ianya sangat rendah dan doktor anda sendiri yang sarankan untuk berhenti.
————————————————————————

Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
Medical Mythbuster Malaysia

23/03/2021
13/03/2021

Snek Sihat, Lazat dan Berkhasiat sesuai menjadi hidangan seisi keluarga.

27/02/2021

Fast fact tentang vaksin C19. Kami juga menyediakan fast fact dalam bentuk video. Boleh tonton di link berikut: https://fb.watch/3TjTzju7Ig/

Address

NO 9-1, Jalan BULAN BZ U5/BZ BANDAR PINGGIRAN SUBANG
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SoftCare Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to SoftCare Pharmacy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram