31/12/2025
📢 AWAS: PANGGILAN SENYAP DARIPADA NOMBOR TIDAK DIKENALI!
Pernah menerima “panggilan senyap” daripada nombor telefon yang tidak dikenali? Jangan abaikan tanda-tanda bahaya ini! Panggilan seperti ini mungkin merupakan taktik scammer untuk:
1️⃣ Mengenal pasti nombor aktif untuk penipuan.
2️⃣ Menyusun strategi untuk mencuri maklumat peribadi anda.
⚠️ Jangan mudah terpedaya – bertindak bijak dan lindungi diri anda!
*Lindungi Diri Anda – Amalkan Konsep 3S **
1️⃣ Soal: Semak kesahihan tawaran kerja sebelum bertindak.
2️⃣ Sekat: Jangan kongsi maklumat peribadi atau perbankan anda.
3️⃣ Sebar: Maklumkan kepada rakan-rakan dan pihak berkuasa untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa.
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
💡 Ingatlah: Jangan angkat panggilan daripada nombor yang mencurigakan. Langkah kecil anda boleh menyelamatkan anda, keluarga, dan rakan-rakan daripada menjadi mangsa seterusnya.