Klinik Kesihatan BUKIT NAGA

Klinik Kesihatan BUKIT NAGA Klinik beroperasi isnin hingga jumaat dari pukul 8.00am hingga 5.00pm. Sabtu,Ahad dan cuti umum tutup

08/08/2025

Bayangkan anak anda seorang pahlawan kecil.
Dulu dia dah diberi perisai. Tapi sekarang, serangan makin kuat.

Musuh datang dari pelbagai arah.
Jadi perlu beri satu perisai tambahan.
Agar dia lebih bersedia. Agar dia tak rebah bila virus datang tanpa amaran.

Ya, virus campak (measles) sedang merebak.
Ada kanak-kanak masuk ICU, ada yang sawan, ada yang tak sempat diselamatkan.

Dan kali ini, satu dos tambahan diberikan..
Bukan sebab vaksin sebelum ini tak cukup.
Tapi sebab sekarang, ancaman sedang meningkat

“Tiba-tiba dapat panggilan dari klinik…”
“Jururawat minta datang ke klinik”

Mereka akan beritahu kes campak naik hampir dua kali ganda. Tahun lepas, ada 3 kematian kanak-kanak. Mereka tak sempat dilindungi.
Mereka tak pernah divaksin.

📌 Itulah vaksin MR melindungi dari Measles (Campak) dan Rubella.

“Tapi saya risau kesan vaksin…”

Jangan risau.
Vaksin ini sama seperti yang anak pernah terima sebelum ini.Kalau sebelum ini tiada apa-apa yang buruk berlaku,
InshaAllah kali ini pun begitu.

Hanya sedikit demam ringan, mungkin lesu sebentar. Tapi perlindungannya cukup besar.

📌 Sasaran:
Anak-anak 6 hingga 59 bulan, lahir 1 Ogos 2020 – 31 Januari 2025

Kita cuma nak satu benda
“Anak aku selamat. Aku dah buat apa yang aku mampu.”

📍Vaksin ini percuma,

📲 Buat janji temu di MySejahtera atau terus walk-in ke klinik kesihatan.

Kerana kali ini, kita tak tunggu virus datang lagi, Kita lindungi tambahan.

08/08/2025

MEASLES – Bukan Sekadar Ruam

“Kami sekeluarga dah kena campak, anak yang tak vaksin tu tak kena.”

Saudara… bila dengar sahaja ayat ini, kita sudah tahu campak yang dimaksudkan mungkin bukan measles, tapi demam lain.

Measles bukan main-main.
Ia bukan ruam biasa.
Ia bukan chicken pox gejalanya jauh berbeza.
Kenapa measles dianggap dasyat?

Inilah ciri-ciri demam measles:
• Demam tinggi mendadak.
• Batuk, selsema, mata merah
• Tompok putih kecil di dalam mulut
• Ruam merah yang bermula di muka, turun ke badan.

Measles bukan chicken pox. Ia jauh lebih ganas kerana satu kes boleh menjangkiti sehingga 90% orang yang belum divaksin di sekelilingnya.

Bila wabak berlaku, semakin banyak kanak kanak jatuh sakit, semakin tinggi risiko komplikasi seperti radang paru-paru, radang otak, dan kematian. Ini mimpi ngeri kesihatan awam.

Nak pastikan kes measles?

Bukan main teka. Bukan main agak agak. Bukan semua demam dengan ruam itu Measles. Kes perlu disahkan dengan ujian makmal (IgM & RT-qPCR) sebelum diklasifikasi sebagai measles.

Selepas pengesahan, kerja kesihatan awam bermula:
• Siasatan punca jangkitan.
• Kenal pasti dan pantau semua kontak rapat.
• Anggota kesihatan turun ke rumah untuk Active Case Detection mencari individu bergejala lain di komuniti. 1 taman perumahan kena cari. Nak tahu kot ada kanak kanak yang bergejala tapi parent tak bawa ke klinik.

Berita baiknya, penyakit ini boleh dicegah.
Vaksin MMR memberi perlindungan utama, dan dos tambahan membantu mengukuhkan imuniti komuniti.

Dengan perlindungan vaksin yang mencukupi, kita boleh mengurangkan kes, mencegah komplikasi, dan menyelamatkan nyawa.

Dan kalau ada yang masih belum tahu kempen MR SIA (Measles-Rubella Supplementary Immunisation Activity) akan bermula 4 Ogos 2025 di seluruh Malaysia.

Sasaran kempen ini adalah semua kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 59 bulan (4 tahun 11 bulan), iaitu yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.

Dos tambahan ini diberi walaupun anak sudah pernah menerima vaksin MMR sebelum ini, kerana ia bertujuan meningkatkan perlindungan imuniti komuniti dan menghentikan penularan measles & rubella yang semakin meningkat.

Jangan tunggu sehingga wabak besar berlaku di kawasan anda pastikan anak anda hadir untuk imunisasi tambahan ini demi melindungi mereka dan seluruh komuniti.

08/08/2025

Mereka bukan sekadar jururawat.
Mereka ibu kepada ramai anak yang bukan milik mereka.

Mereka panggilan yang kita angkat dengan tergesa, tapi suara mereka sentiasa tenang…

“Anak puan lahir tahun bila ya? Dah ambil vaksin tambahan belum?”

Dalam sibuk kita bekerja, mereka masih ingat anak kita. Dalam ratusan nama di buku log,
mereka tak pernah lupa satu pun yang belum dilindungi.

Mulai 4 Ogos 2025,

Jururawat kesihatan akan menyinsing lengan sekali lagi,menemui anak-anak kecil berumur 6 bulan hingga 4 tahun 11 bulan,lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025, untuk berikan vaksin tambahan campak dan rubella.

Dan kalau mak tanya,

“Kenapa perlu cucuk lagi? Bukan dah ambil masa kecil dulu?”

Jawapannya mudah,

Kerana perlindungan yang dulu mungkin dah menipis. Dos tambahan ini penting untuk pastikan anak kita kekal kebal dari penyakit yang boleh jadi bahaya.

Sistem imun kanak-kanak belum cukup kuat.
Vaksin tambahan ini ibarat perisai kedua untuk kuatkan semula, lindungi semula, cegah semula.

Mereka tak harap ucapan terima kasih.
Cukuplah anak itu datang, senyum, dan pulang semula dengan selamat.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESAKIT KLINIK KESIHATAN BUKIT NAGA..
05/08/2025

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESAKIT KLINIK KESIHATAN BUKIT NAGA..

24/07/2025

Tren kes demam campak (Measles) di Malaysia kini semakin meningkat. Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan menyebabkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak. Bagi melindungi mereka, Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan Pengukuhan Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles dan Rubella bagi perlindungan tambahan untuk demam campak di seluruh negara mulai 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025.

Program ini menyasarkan kanak-kanak berumur 6 hingga 59 bulan (kanak-kanak yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025).

Imunisasi ini diberi secara percuma di fasiliti klinik kesihatan KKM dan juga program jangkau luar di komuniti anda. Jangan tunggu sehingga anak anda dijangkiti.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi klinik kesihatan KKM berdekatan.



KEMPEN IMUNISASI TAMBAHAN MEASLES DAN RUBELLA (MRSIA) KEBANGSAAN.
24/07/2025

KEMPEN IMUNISASI TAMBAHAN MEASLES DAN RUBELLA (MRSIA) KEBANGSAAN.

KAMI DI KLINIK KESIHATAN BUKIT NAGA AMAT BERBESAR HATI DAN BERSYUKUR MENERIMA PENGHARGAAN SEBEGINI DARIPADA PESAKIT KAMI...
31/05/2025

KAMI DI KLINIK KESIHATAN BUKIT NAGA AMAT BERBESAR HATI DAN BERSYUKUR MENERIMA PENGHARGAAN SEBEGINI DARIPADA PESAKIT KAMI

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA DR. RASINA DAN DR. NIK HANI ATAS DEDIKASI, KEIHKLASAN DAN LAYAN PENUH EMPATI YANG DIBERIKAN KEPADA PESAKIT.

“Treating with heart makes all the difference.”




💊 Selamat Hari Farmasi Sedunia 2024.💐 Terima kasih kepada seluruh ahli farmasi.Ahli farmasi termasuk ahli farmasi komuni...
25/09/2024

💊 Selamat Hari Farmasi Sedunia 2024.
💐 Terima kasih kepada seluruh ahli farmasi.
Ahli farmasi termasuk ahli farmasi komuniti adalah petugas barisan hadapan negara dan telah memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar.
💊 Ingat ubat, ingat ahli farmasi 🫰🏻

💊 Selamat Hari Farmasi Sedunia 2024.

💐 Terima kasih kepada seluruh ahli farmasi.

Ahli farmasi termasuk ahli farmasi komuniti adalah petugas barisan hadapan negara dan telah memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar.

💊 Ingat ubat, ingat ahli farmasi 🫰🏻

Seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema...
31/08/2024

Seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka. Semoga sambutan tahun ini dapat menyemai nilai-nilai MADANI dalam jiwa warga KKM dan rakyat Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67!
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia


Seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka. Semoga sambutan tahun ini dapat menyemai nilai-nilai MADANI dalam jiwa warga KKM dan rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67!

Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia



20/05/2024

SUKACITA DIMAKLUMKAN TALIAN TELEFON KLINIK KESIHATAN BUKIT NAGA SUDAH DAPAT DIGUNAKAN-

☎️ PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR : 03-5166 9158

☎️ PERKHIDMATAN IBU DAN ANAK : 03-5167 9159

✅SECARA AUTOMATIK NOMBOR TELEFON SEBELUM NI 03-51618006 DAN 011-56554024 TIDAK DIGUNAKAN.

SEKIAN TERIMA KASIH

15/04/2024

Address

Jalan Klinik, Seksyen 32, Bukit Naga
Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60351611685

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan BUKIT NAGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram