Kenali Kencing Manis

  • Home
  • Kenali Kencing Manis

Kenali Kencing Manis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kenali Kencing Manis, Medical and health, .

18/11/2020

3 tanda awal kencing manis.
1. Mata makin rabun.
2. Lemah tenaga batin.
3. Berat badan makin naik.

Buah Kulim - Merawat Kencing ManisTidak ramai kenal pokok kulim. Namun jika disebut Kulim, Kedah ramai yang tahu kewujud...
17/11/2020

Buah Kulim - Merawat Kencing Manis

Tidak ramai kenal pokok kulim. Namun jika disebut Kulim, Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah sampai ke sana. Di Pasir Putih, Kelantan p**a ada nama tempat Gong Kulim. Di Tanah Merah p**a ada nama Kampung Kulim.

Pokok kulim semakin s**ar ditemui, kecuali di dalam hutan tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi dan batang nya boleh dijadikan balak.

Buah kulim juga dipanggil bawang hutan. Buah kulim biasanya berbuah sama dengan musim durian.

Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya.

Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan.

Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.

Buah kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga kesihatan.

Antara khasiat buah kulim ialah merawat atau mengawal:
- Kencing manis.
- Buasir berdarah.
- Masalah buah pinggang.
- Penyakit darah tinggi.
- Penyakit resdong.
- Penyakit gout.
- Membuang kolesterol.
- Menghilangkan rasa berat, badan menjadi ringan dan bertenaga.
- Membuang toksin dari dalam badan.

Cara Amalan Untuk Rawatan Kencing Manis

Rebus dan minum airnya, minum 2 kali sehari pada waktu pagi & malam.
Sukatan air rebusan p**a
1 biji = untuk 2 hari minum

Di samping itu permakanan harian kita harus lah di jaga.

Semoga bermanfaat

Kacang Botol - Mengawal Kadar Gula Dalam Darah Ada orang panggil dia ni kacang kelisa. Ada gak kata kacang botol.Sedap b...
17/11/2020

Kacang Botol - Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Ada orang panggil dia ni kacang kelisa. Ada gak kata kacang botol.

Sedap buat ulam. Cicahlah dengan apa apa pun memang menyelerakan.

Bukan setakat buat ulam je, boleh jugak buat kerabu, digoreng dan macam macam lagilah. Memang sedap.

Bila kita s**a makan kita nak jugak tau khasiatnya kan. Jom kita kongsi khasiatnya.

1. Melegakan sakit kepala/migrain

Dr Farrah MD ada mengatakan kacang botol mengandungi kandungan trytophan yang berfungsi mengurangkan simptom sakit kepala atau migrain.

Ia juga dapat mengurangkan masalah tidur dan loya yang sering dialami oleh pesakit migrain.

2. Mengawal kadar gula dalam darah/kencing manis

Kacang botol kaya dengan sumber kalsium yang amat baik untuk mengopitimakan metabolisme glukos dan mencegah diabetes.

Lagi bagus apabila diambil bersama vitamin D kerana kedua-duanya mempunyai kesan langsung terhadap sel pankreas yang berfungsi mengawal perembesan insulin dan kadar gula dalam darah.

3. Meningkatkan daya ketahanan badan

Kacang botol amat kaya dengan vitamin A dan vitamin C.

Kedua-dua jenis vitamin ini amat membantu meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang daripada jangkitan penyakit.

4. Sumber folat yang baik

Kacang botol juga kaya dengan folat/B9. Ia merupakan salah satu makanan tambah darah yang baik untuk diamalkan.

100 gram kacang botol mengandungi 11% dari kadar saranan harian keperluan folat.

Pengambilan kekacang seperti kacang botol ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai kandungan folat dan asid folik yang membantu mengurangkan risiko anemia ketika hamil.

5. Awet muda

Disebabkan kacang botol ini ada kandungan vitamin A dan Vitamin C yang tinggi, ia mampu melambatkan proses penuaan.

Kandungan antioksidan yang tinggi ini membantu melindungi membran sel daripada radikal bebas yang boleh menyerang sistem organ sekaligus melambatkan penuaan.

6. Tinggi serat

Kacang botol memiliki kandungan serat yang tinggi untuk membantu sistem penghadaman serta mengurangkan berat badan.

Ia mengandungi vitamin C yang mencukupi; 100 g membekalkan 18.3 mg atau 31% vitamin C dari kadar saranan harian. Ia amat sesuai bagi mereka yang berdiet.
Selain kacang botol, daunnya juga berkhasiat.

1. Merawat sawan

Ada pengamal perubatan tradisional mengatakan daun kacang botol boleh merawat bayi yang terkena sawan.

Ramas 7 helai daun kacang botol dalam sebaldi air. Mandikan bayi dengan air tersebut sebagai bilasan terakhir. Mandian selepas asar sebelum waktu maghrib. Amalkan selama seminggu.

2. Meredakan demam campak

Rebus daun kacang botol. Sapukan air rebusan yang suam ke seluruh badan pesakit bagi melegakan demam.

3. Merawat bisul/bengkak bawah mata

Tumbuk daun kacang botol hingga lumat. Sapukan daun kacang botol pada bahagian bengkak dan bisul.

4. Melegakan ulser

Daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser atau keradangan.

5. Melegakan lelah/asma

Sapukan pucuk kacang botol yang digumpal lumat bersama sedikit air pada bahagian dada serta belakang kanak-kanak yang mengidap penyakit lelah atau semput.

Inilah sebahagian kebaikan kacang botol. Mungkin banyak lagi khasiatnya yang lain. Jom kita kongsikan.

Sacha Inchi - Merawat Kencing ManisKhas untuk pesakit kencing manis, kanser dan pesakit kronik yang lain...Pernah dengar...
16/11/2020

Sacha Inchi - Merawat Kencing Manis

Khas untuk pesakit kencing manis, kanser dan pesakit kronik yang lain...

Pernah dengar tentang pokok omega (sacha inchi)? Daun sacha inchi ni boleh dijadikan teh

Untuk rawatan kencing manis mnum 1 hari 2x iaitu pada waktu pagi dan malam.. insyaAllah bacaan gula akan turun, jika terasa nak hypo cepat2 ambil gula sikit

Pokok sacha inchi juga membantu mencegah pertumbuhan sel² kanser dalam badan ..
Kalau ada kolestrol, darah tinggi atau ada masalah sembelit pun bagus amalkan

Info tambahan sacha inchi juga mengandungi minyak yang sangat bernilai.. Kaedah yang digunakan untuk hasilkan minyak ini adalah melalui kaedah perahan sejuk (cold press).
Harga minyak ini tersangat mahal kerana mempunyai kandungan omega 3,6,9 yang lebih tinggi berbanding omega dalam minyak ikan dan diiktiraf sebagai SUPERFOOD dan KING OF OMEGA oleh pertubuhan pemakanan sedunia.
Nisbah omega seperti berikut :-
• Omega 3(48%)
• Omega 6(35%)
• Omega 9(9%)

Semoga bermanfaat untuk sahabat2 yang dalam proses pemulihan kencing manis.

Ceri Kampung - Merawat Kencing Manis Buahnya kecik2 bila masak merah ranum. Buahnya yang masak rasanya manis.Biasa pokok...
15/11/2020

Ceri Kampung - Merawat Kencing Manis

Buahnya kecik2 bila masak merah ranum. Buahnya yang masak rasanya manis.

Biasa pokok ceri ni tumbuh meliar tapi sekarang ada yang tanam sebagai teduhan.

Sebenarnya daun ceri banyak khasiatnya. Terutama untuk turunkan kadar gula dalam darah atau kencing manis.

Daun ceri sangat berkhasiat untuk:

1. Menurunkan kencing manis

Ambil segenggam daun ceri, bersihkan. Rebus bersama 5 gelas air. Biarkan kering sehingga tinggal 2 gelas air. Minum setiap pagi dan malam.

Kandungan saponin, tannin dan flavonoid yang terdapat dalam daun ceri mampu menurunkan gula dalam darah.

2. Menyembuhkan luka atau kudis

Pesakit diabetes yang mengidap luka boleh ikhtiar dengan daun ceri. Ini kerana daun ceri membantu mempercepatkan luka sembuh.

Dengan mengambil minuman air rebusan daun ceri maka luka tersebut akan beransur-ansur mengering.

3. Mencegah kanser

Daun ceri mampu untuk mencegah kanser kerana mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah serta membunuh kanser yang ada di dalam tubuh.

Pesakit boleh mengambil daunnya yang masih muda dan dibuat sebagai minuman sihat.

4. Meredakan rasa sakit

Rasa sakit yang disebabkan berpunca dari keradangan akibat penyakit boleh diredakan dengan meminum air rebusan daun ceri. Daun ceri ini berfungsi hampir sama seperti ubat asid mefenamat yang mampu meredakan rasa sakit.

5. Menurunkan kadar kolesterol

Amalan meminum air rebusan daun ceri sekurang-kurangnya 1 kali sehari mampu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Disarankan minum segelas air daun ceri pada malam hari sebelum tidur.

Kandungan vitamin P yang tinggi, coumarin dan oxycoumarin, membantu menurunkan kolesterol, mengurangkan risiko pembekuan darah dan angina.

6. Menurunkan darah tinggi.

Daun ceri berfungsi menurunkan tekanan darah tinggi. Pengambilannya sama seperti kencing manis. Amalkan minum air rebusan daun ceri 2 kali sehari.

Daun ceri ini boleh juga dikeringkan untuk tahan lebih lama. Daun ceri yang dikeringkan direbus apabila hendak minum.

Selain itu daun ceri juga banyak digunakan untuk merawat masalah bengkak kaki, bengkak kelenjar prostat, merawat ulser, gastrik, mengurangkan demam dan sakit kepala.

Sumber IG

BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES? Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Heal...
15/11/2020

BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?
Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Menurut Dr Jean Philippe Drouin-Chartier, ketua bagi saintis yang terlibat dalam kajian ini memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes. Sebaiknya kita menggantinya dengan minuman yang lebih sihat seperti air putih, dan teh atau dan kopi tanpa gula.
Beberapa fakta yang perlu ketahui untuk kita selamat mengambil jus buah-buahan ini.
.
1. Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan ini tidak dipisahkan bersama dengan jusnya. Perbuatan mengasingkan serat dari jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
2. Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan. Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 tahun, American Academy of Pediatrics menyarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari. Sementara kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi 2-3 gelas dalam sehari.
3. Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan itu yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.
4. Tidak minum jus buah-buahan di waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut, sebagai contoh jus nenas yang mungkin akan menyebabkan rasa kembung perut.
5. Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu dalam dalam peti sejuk. Sebaiknya menghabiskan jus tersebut dalam masa 4 jam setelah disiapkan.
6. Beberapa jenis buah seperti mangga, alvokado, nangka, atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi. Seeloknya jus buah-buahan yang tinggi karbohidratnya tidak diambil bersama dengan makanan yang berat, contohnya makan tenghari.
Saya sendiri berpendapat bahawaa pengambilan jus buah-buahan tidak akan berbahaya jika diambil dengan sederhana dan tidak memisahkan jus dari seratnya. Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan terutama jus buah-buahan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi sudah tentu memberikan kemudaratan kepada peminumannya terutama pesakit diabetes.
Semoga bermanfaat.

Sumber IG Petua Dan Herba

Address


Telephone

+60103052021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenali Kencing Manis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram