
21/05/2022
Kehamilan Lewat Usia
Jika anda merancang untuk hamil pada lewat usia menjangkau 50 tahun, anda perlu pastikan tubuh anda betul betul bersedia dan sihat.
Walaupun tidak mustahil untuk hamil secara semulajadi, tetapi ia adalah sangat jarang berlaku. Wanita sebenarnya dilahirkan dengan jumlah telur di ovari yang secukupnya sejak dilahirkan.
Semakin lanjut usia, jumlah telur semakin berkurangan dan ada kebarangkalian telur tersebut alami abnomaliti. Perkhidmatan bantuan kesuburan mungkin di perlukan termasuk menggunakan telur yang didermakan.
Selain itu, risiko yang ada juga bukan sekadar pada bayi malah pada ibu itu sendiri. Oleh itu sangat penting untuk ibu ibu untuk mendapatkan pemeriksaan pra kehamilan, makan makanan seimbang, kekal aktif dan dapatkan konsultasi doktor pakar mengenai perancangan kehamilan.