Sabun Ajaib Buang Angin & Lenguh Sendi

Sabun Ajaib Buang Angin & Lenguh Sendi Petua Warisan Nekma

11/03/2024
1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit aga...
21/08/2023

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita..

Kredit Nur Amall Syalabyla ll

Petua Warisan Untuk Mengurangkan DengkurTumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumla...
15/08/2023

Petua Warisan Untuk Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

8 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHATMinum Air Secukupnya1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang to...
06/08/2023

8 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT
Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan
Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.
Tidur Berkualiti

6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.
Terapi Aromaterapi

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.
Penjagaan Kulit

8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

Penawar ResdungPetua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebel...
31/07/2023

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

31/07/2023
APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?Angin dalam badan merupakan keadaan biasa yang menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan di...
18/07/2023

APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?
Angin dalam badan merupakan keadaan biasa yang menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan di perut dan abdomen anda. Puncanya adalah pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru itu menyebabkan kesakitan. Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari. Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung. Rasa sakit dan perut kembung boleh menyebabkan ketidakselesaan. Kunci bagi mengurangkan masalah angin ini adalah dengan mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan dalam usus. Gas dihasilkan semasa proses penghadaman. Apabila anda makan makanan tertentu seperti gula dan karbohidrat mengambil masa untuk dipecahkan oleh perut atau usus kecil. Jadi, ia cenderung untuk tidak habis dicerna pada saat ia masuk ke dalam usus besar. Usus besar adalah perumah bagi berjuta-juta bakteria yang baik, yang dengan sukacitanya menjalankan tugas memecahkan gula, tepung dan serat dalam makanan yang tidak dicerna. Masalahnya, melalui proses tersebut, hasilnya adalah jumlah gas yang banyak. Sekiranya anda tidak dapat melepaskan gas tersebut melalui buang angin atau sendawa, ia akan terperangkap di dalam perut dan menyebabkan kesakitan serta kembung perut.
APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?

Terdapat 2 sumber terjadinya angin:
1- MENELAN UDARA
2- APABILA BAKTERIA DALAM USUS BESAR MENGHADAM/MEMPROSES MAKANAN
Apabila kita makan dan minum, kita akan menelan udara secara tidak sengaja. Perbuatan mengunyah gula-gula getah juga membenarkan banyak angin masuk kedalam badan. Sekiranya angin ni tak keluar melalui sendawa, ia akan masuk ke usus dan menyebabkan kembung atau masalah angin. Karbohidrat merupakan makanan yang susah dihadam. Sekiranya badan kita tak mempunyai cukup enzim untuk menghadam karbohidrat ketika ia melalui usus kecil, makanan yang tidak dapat dihadam tadi akan meneruskan perjalanan ke usus besar dalam keadaan yang masih belum dihadam sepenuhnya. Disinilah bakteria terpaksa bekerja untuk memecahkan karbohidrat tadi dan melepaskan gas nitrogen, karbon dioksida, dan metana yang seharusnya disingkir keluar dari badan. Tak semua makanan berangin. Selalunya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yang mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti brokoli, kubis dan bawang. Makanan yang tinggi dengan serat seperti beras perang dan ‘baked beans’ juga boleh menyumbang kepada masalah angin. Juga, tak semua orang juga mendapat kesan yang sama bagi semua makanan. Harus cuba dulu dan tengok samada ianya sesuai dengan badan sendiri atau tidak. Antara punca angin yang lain adalah seperti minum minuman bergas atau berkarbonat, perubahan dalam diet.

Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang ter...
18/07/2023

Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur.

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabun Ajaib Buang Angin & Lenguh Sendi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram