AIMS Chiropractic

AIMS Chiropractic We practice chiropractic care for patients who with problems related to the spine and nerves.

“Duduk lama, badan merana: Ramai yang tak sedar!”Dalam dunia sekarang, ramai di antara kita menghabiskan berjam-jam deng...
16/12/2025

“Duduk lama, badan merana: Ramai yang tak sedar!”

Dalam dunia sekarang, ramai di antara kita menghabiskan berjam-jam dengan duduk — sama ada bekerja di pejabat, memandu, atau berehat di rumah. Walaupun nampak macam tak bahaya, sebenarnya duduk terlalu lama adalah salah satu punca utama sakit belakang bawah (low back pain) dan masalah tulang belakang yang lain.

Kenapa duduk lama bahaya?
➡️ Otot dan sendi jadi tegang (tight)
➡️ Kurang peredaran darah ke tisu dan otot tulang belakang
➡️ Tekanan pada tulang belakang lumbar meningkat
➡️ Posture badan semakin memburuk tanpa sedar

Langkah mudah untuk melindungi tulang belakang anda:
✔️ Berehat setiap 30-45 minit – berdiri, buat regangan, atau berjalan.
✔️ Buat aktiviti regangan ringan selama 1–2 minit.
✔️ Keep your pelvis neutral bila duduk.
✔️ Gunakan kerusi dengan sokongan lumbar atau cuba meja sambil berdiri (sit-stand desk).
✔️ Kekal hidrasi badan, minum air secukupnya.

Kalau badan dah mula rasa sakit yang tak hilang, mencucuk, kebas atau tegang yang berlarutan — itu adalah petanda tulang belakang atau saraf anda mungkin dah irritated. AIMS Chiropractic sedia membantu anda

DM kami atau tekan link di bio untuk menempah temujanji anda sekarang!

30/11/2025

Sayangi tulang belakang anda❤️

Ramai orang fikir bila kiropraktor buat adjustment, tulang yang “terseliuh” atau “lari” tu akan “masuk tempat balik”.Tap...
11/11/2025

Ramai orang fikir bila kiropraktor buat adjustment, tulang yang “terseliuh” atau “lari” tu akan “masuk tempat balik”.

Tapi sebenarnya… bukan itu yang berlaku! 😅

🦴 1. Tulang sebenarnya tak “lari tempat” pun
Kecuali kalau ada kecederaan teruk seperti patah atau terkehel, tulang manusia tak mudah berganjak dari posisi asalnya. Kalau betul tulang anda keluar dari tempat asalnya, itu dah jadi kecemasan perubatan, bukan kes untuk rawatan kiropraktik.

🔄 2. Tujuan sebenar chiropractic adjustment
Matlamat utama ialah untuk memulihkan pergerakan normal pada sendi yang dah “stuck” atau kurang bergerak (hypomobile). Biasanya disebabkan oleh postur badan yang tidak betul, kecederaan, atau ketegangan otot yang berpanjangan.

⚡ 3. Kesan neurologi (saraf)
Adjustment bukan sekadar menggerakkan sendi, ia juga merangsang sistem saraf.
Tolakan cepat tu akan aktifkan reseptor pada sendi & otot, yang akan memberi signal kepada otot untuk relax dan mengurangkan kekejangan. Selain itu, ia akan mengubah signal sakit dan menyebabkan pesakit berasa lega selepas adjustment.

💨 4. Bunyi “pop” semasa adjustment
Bunyi tu bukan disebabkan olehtulang yang patah atau bergerak.
Ia dipanggil "joint cavitation", iaitu bunyi gelembung gas (nitrogen, oksigen, karbon dioksida) yang dilepaskan daripada cecair sinovial di dalam sendi apabila tekanan sendi berkurangan dengan cepat.Kebiasaannya kita akan mendengarnya apabila kita "crack" jari sendiri. Bunyi tu adalah normal namun tidak wajib pun untuk rawatan berkesan.

🕒 5. Perubahan cuma sementara (bukan kekal)

Adjustment tulang belakang boleh menyebabkan perubahan sementara pada kedudukan sendi (seperti yang ditunjukkan pada xray), tetapi tulang tidak kekal dalam kedudukan yang baharu selepas prosedur selesai. Pembetulan jangka panjang memerlukan satu siri adjustment yang digabungkan dengan rehabilitasi, senaman, dan perubahan postur dan gaya hidup yang betul.

👉🏻Secara ringkasnya, rawatan kiropraktik adalah mengenai meningkatkan fungsi sendi dan tulang serta mengurangkan keradangan saraf, dan bukannya secara fizikal atau kekal memindahkan tulang kembali ke tempat yang "betul" daripada yang "terkehel" dengan ketara.🌿

Tak semua sakit belakang bermaksud slip disc. Tapi kalau sakit tu berlarutan lebih 1-2 minggu, menjalar, atau rasa kebas...
31/10/2025

Tak semua sakit belakang bermaksud slip disc. Tapi kalau sakit tu berlarutan lebih 1-2 minggu, menjalar, atau rasa kebas di kaki atau tangan, jangan tunggu lama — jumpa chiropractor untuk pemeriksaan yang betul.

Di AIMS Chiropractic, kami bantu anda faham punca sebenar dan rawat dengan kaedah yang selamat & berkesan.

DM kami atau tekan link di bio untuk tempah temujanji anda sekarang!

🔔 Pelanggan Yang Dihormati📣 AIMS Chiropractic akan ditutup bermula 12 sehingga 17 September 2025 (Jumaat  - Rabu).Kami a...
11/09/2025

🔔 Pelanggan Yang Dihormati

📣 AIMS Chiropractic akan ditutup bermula 12 sehingga 17 September 2025 (Jumaat - Rabu).

Kami akan kembali beroperasi pada hari Khamis, 18 September 2025 (Khamis).

Mohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Terima kasih kerana memahami. Selamat bercuti!

💡 Kenapa kena datang banyak kali untuk rawatan kiropraktik?1️⃣ Masalah dah lama berlaku- Kebanyakan masalah tulang belak...
19/08/2025

💡 Kenapa kena datang banyak kali untuk rawatan kiropraktik?

1️⃣ Masalah dah lama berlaku
- Kebanyakan masalah tulang belakang & sendi tak berlaku sehari dua — ia dah terkumpul bertahun-tahun. Badan perlukan masa untuk ‘adjust’ semula ke posisi yang betul.

2️⃣ Otot & ligamen memerlukan masa untuk pulih
- Walaupun alignment atau posisi tulang dah betul, otot & ligamen di sekeliling masih lemah atau tegang. Rawatan berulang membantu melatih otot untuk menyokong tulang dengan betul.

3️⃣ Kesan rawatan adalah cumulative
- Rawatan kiropraktik bukan macam ubat tahan sakit yang terus hilangkan simptom. Setiap sesi membantu membina hasil daripada sesi sebelumnya, supaya perubahan lebih kekal.

4️⃣ Elak masalah berulang
- Rawatan berterusan bukan saja menghilangkan sakit, tapi memastikan masalah yang sama tidak datang semula dan badan kekal sihat.

Setiap badan berbeza. Ada orang yang dapat pulih dengan cepat, ada juga yang perlukan lebih masa. Kiropraktor akan sesuaikan pelan rawatan mengikut tahap pemulihan badan anda.

📞 Jom book sesi anda di AIMS Chiropractic, Denai Alam. DM kami atau tekan link di bio untuk book slot appointment atau pertanyaan.

🌀 KIROPRAKTIK – LEBIH DARI SEKADAR “BUNYI KRAKK”!Ramai ingat kiropraktik hanya untuk sakit belakang je… Tapi sebenarnya ...
24/07/2025

🌀 KIROPRAKTIK – LEBIH DARI SEKADAR “BUNYI KRAKK”!

Ramai ingat kiropraktik hanya untuk sakit belakang je… Tapi sebenarnya manfaatnya lebih luas dari tu! Rawatan kiropraktik bukan sekadar untuk menghilangkan kesakitan tapi membantu badan anda kembali optimum secara natural.

📞 Jom book sesi anda di AIMS Chiropractic, Denai Alam. DM kami atau tekan link di bio untuk book slot appointment atau pertanyaan.

Pernah rasa sakit leher, kebas tangan, lenguh bahu atau sakit belakang bila tengah kerja? Hati-hati! Itu mungkin tanda-t...
13/07/2025

Pernah rasa sakit leher, kebas tangan, lenguh bahu atau sakit belakang bila tengah kerja? Hati-hati! Itu mungkin tanda-tanda gangguan musculoskeletal berkaitan kerja atau Work-Related Musculoskeletal Disorder (WMSD).

WMSD mempengaruhi sistem muskuloskeletal, termasuk otot, tendon, ligamen, saraf, tulang dan saluran darah. Antara simptom WMSD ialah rasa sakit, bengkak, tegang, atau kebas di kawasan yang terjejas. Kalau dibiar, WMSD boleh jadi kronik dan mengganggu kerja serta kualiti hidup.

🔍 Rawatan kiropraktik membantu dengan:
✅ Betulkan postur badan
✅ Legakan tekanan pada saraf & sendi
✅ Kurangkan sakit otot & kejang
✅ Tingkatkan mobiliti dan prestasi kerja

📍 DM kami atau tekan link di bio untuk book appointment dengan AIMS Chiropractic dan dapatkan penilaian postur & tulang belakang secara professional.

Penjagaan kiropraktik bertindak sebagai pendekatan holistik dan tidak invasif untuk menangani pelbagai isu kesihatan, bu...
08/07/2025

Penjagaan kiropraktik bertindak sebagai pendekatan holistik dan tidak invasif untuk menangani pelbagai isu kesihatan, bukan hanya berkaitan sakit belakang sahaja. Ia menawarkan banyak faedah untuk individu yang mencari alternatif semula jadi kepada rawatan perubatan tradisional dalam pengurusan kesakitan, mengurangkan tekanan, meningkatkan sistem imun serta kesejahteraan keseluruhan.

Address

No 6-1, Jalan Elektron U16/H, Denai Alam Seksyen U16
Shah Alam
40160

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Friday 10:00 - 13:30
Saturday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIMS Chiropractic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to AIMS Chiropractic:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram