19/04/2025
CONFINEMENT LADI ∆∆
= Kalau saya bersalin tak sama dengan tarikh booking macam mana?
= Cl akan datang ikut tarikh pelanggan =bersalin. Untuk yang bersalin normal 1-3 hari selepas discharge dan 7 hari selepas discharge bagi yang bersalin secara caesar supaya luka caesar kering untuk buat semua rawatan.
=CL akan datang hari ke berapa selepas bersalin?
=Kebiasaan rawatan akan bermula seawal sehari selepas pelanggan bersalin ( normal ) dan 7 hari selepas bersalin ( bedah ).
=Bergantung pada jadual CL kami, permintaan untuk memulakan perkhidmatan awal/lewat, boleh di bincangkan.
=CL ada cuti tak?
=CL kami akan cuti pada setiap hari Ahad bagi kawasan Kuala lumpur, Selangor, N. Sembilan & Pahang manakala bagi kawasan Terengganu, CL akan cuti pada setiap hari Jumaat / jika berlaku kecemasan.
=CL cuti tak pada cuti umum / hari raya?
=CL hanya cuti pada Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha.
=Harga pakej termasuk caj pengangkutan ke?
=Harga pakej belum termasuk caj pengangkutan & caj pengangkutan berbeza mengikut tempat.
=Bagi pelanggan yang menempah Pakej B, caj pengangkutan adalah percuma.
=Berapa bayaran deposit untuk booking?
=Bayaran deposit adalah sebanyak 50% daripada total pakej.
=Bila perlu buat bayaran penuh?
=Bayaran penuh perlu dibuat pada hari pertama rawatan.
=Boleh cancel booking tak?
=pelanggan tidak dibenarkan untuk membatalkan pakej.
=Bayaran tempahan 50% akan dipulangkan sekiranya berlaku keguguran, kematian atau ibu ditahan di hospital terlalu lama.
=Jika pakej dibatalkan selain sebab di atas, deposit tidak akan dipulangkan.
=Boleh ke saya kurangkan hari pakej?
=Tidak boleh kerana kami telah kosongkan tarikh untuk pelanggan & tidak terima booking lain untuk tarikh tersebuT
=Param, pilis, herba perlu disediakan sendiri ke?
=Bahan rawatan akan disediakan oleh CL.
=Bengkung disediakan ke?
=Bahan masak perlu disediakan sendiri ke?
=Semua bahan masak perlu disediakan oleh pelanggan & CL akan masak di rumah pelanggan.
=Barang apa yang saya perlu sediakan?
=Minyak panas/minyak berangin (untuk sapu sebelum pakai stokin & bengkung).
=Tempat yang sesuai untuk berurut.
=Keperluan mandian: Baldi, periuk.
=Keperluan bayi: Ubat cuci pusat, minyak telon.
=Portable stove untuk bakar tungku .
( Bagi pelanggan menggunakan dapur jenis elektrik )
=Bahan masak apa yang perlu saya sediakan?
= CL akan masak ikut bahan yang disediakan oleh pelanggan. Jika perlu kan contoh menu/ list barang sebagai reference boleh request pada admin.
=Sekiranya anak warded, rawatan diteruskan ke?
=Boleh postponed, tetapi jika bayi warded lebih dari 3 hari, rawatan akan diteruskan untuk ibu sahaja kecuali jika ibu warded bersama bayi.
=Kalau Caesar boleh buat rawatan ke ?
=Boleh. Rawatan akan bermula 7 hari selepas supaya luka caesar dah okay untuk buat semua rawatan dan CL tidak akan sentuh bahagian luka caesar.
=Kalau saya kena ulang alik ke klinik untuk check kuning macam mana?
= Boleh susun masa dengan CL untuk datang sebelum atau selepas selesai urusan klinik. ( Bergantung pada jadual CL ).
= Boleh ke saya nak bayar secara ansuran pakej?
=Hanya balance bayaran sahaja yang boleh dibayar secara ansuran hingga hari pertama rawatan, untuk deposit perlu buat bayaran penuh 50% booking.
=cL yang datang mengikut CL yang available pada waktu pelanggan bersalin.
=Boleh ke kalau saya nak tukar tempat berpantang?
=Boleh jika masih dalam kawasan yg kami cover dan perlu inform sekurangnya sebulan sbelum due
=Boleh ke nak tambah hari pakej berpantang?
=Bergantung pada kekosongan, jika ada slot kosong pelanggan boleh tambah hari berpantang.