06/12/2025
👁️ Fakta Penting: Mengenali Astigmatisme & Presbiopia
Jom kenali dua keadaan penglihatan yang biasa dialami:
1️⃣ Astigmatisme
Apa itu: Keadaan penglihatan yang kabur atau herot bagi semua jarak penglihatan.
Punca: Berlaku kerana bentuk permukaan depan mata (kornea) adalah tidak sekata.
Tahukah Anda? Astigmatisme bukan penyakit, tetapi keadaan penglihatan biasa. Hampir kesemua orang mengalaminya pada peringkat tertentu.
Rawatan: Kebanyakan peringkat astigmatisme dapat dibetulkan dengan kanta yang disyorkan dan ditentukan oleh doktor.
2️⃣ Presbiopia
Apa itu: Keadaan penglihatan di mana kanta hablur mata tidak lagi dapat ditentukan (menjadi kurang fleksibel), menyebabkan kesukaran untuk melihat objek yang dekat.
Punca: Ini adalah proses biasa semasa meningkat tua.
Rawatan: Untuk mengatasi keadaan ini, doktor optometri akan mencadangkan penggunaan:
Cermin mata untuk membaca
Kanta dwifokus
Kanta trifokus
Kanta sentuh