Pondok Bekam

Pondok Bekam Terus kerumah anda Aturkan temujaji. sedia untuk bekam. terima kasih.

syarat sebelum bekam tidak boleh lepas makan dan tidak boleh lepas buat kerja berat atau letih.

Assalamualaikum.. RINGKAS & PADAT! ๐Ÿ“ขSihat cara sunnah? BEKAM DARAH pilihan terbaik! Buang toksin, tambah tenaga, kuatkan...
20/04/2025

Assalamualaikum..

RINGKAS & PADAT! ๐Ÿ“ข

Sihat cara sunnah? BEKAM DARAH pilihan terbaik! Buang toksin, tambah tenaga, kuatkan imun, legakan sakit. Amalan Nabi SAW! โค๏ธ

Assalamualaikum. Semalam bekam sahabat yang mengadu sakit kepala. Biasanya ada 2 titik utama dekat kepala. Ada juga titi...
01/08/2022

Assalamualaikum.

Semalam bekam sahabat yang mengadu sakit kepala.

Biasanya ada 2 titik utama dekat kepala. Ada juga titik-titik lain yang bersesuaian dengan sakit dialami.

InsyaAllah dengan keberkatan amalan sunnah Allah bagi kesembuhan dan kesihatan. Aminn

Alhamdulillah, siap sesi bekam untuk sahabat kami.Kebiasaan selepas bekam akan timbul kesan bekam sejurus selepas sesi b...
04/07/2022

Alhamdulillah, siap sesi bekam untuk sahabat kami.

Kebiasaan selepas bekam akan timbul kesan bekam sejurus selepas sesi bekam dan kesan seperti kesan lebam ini akan beransur surut dan hilang dalam masa 3-4 hari. InsyaAllah.

Sekadar perkongsian maklum balas dari sahabat bekam kami, katanya selepas sesi bekam darah selesai, penglihatan matanya menjadi lebih terang atau cerah mata, dan rasa badan begitu selesa dan kembali bersemangat. Alhamdulillah.

Terima kasih.

Assalamualaikum Apa yang guru kami ajarkan beberapa titik bekam berlandaskan dalil-dalil hadis.Selebihnya berdasarkan ka...
09/03/2022

Assalamualaikum

Apa yang guru kami ajarkan beberapa titik bekam berlandaskan dalil-dalil hadis.
Selebihnya berdasarkan kajian para ahli dalam bidang ini.
Wallahuaklam.

Dari Anas radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

ุงู„ุฃุฎุฏุนูŠู†ุŒ ูˆุงู„ูƒุงู‡ู„ ููŠ ุซู„ุงุซุง ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุงุฎุชุฌู…

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah berbekam pada tiga tempat (pada tubuhnya), yakni pada Al-Akhda'iin dan Al-Kaahil" (Sunan Abi Dawud, no. 3860)

Al-Akhda'iin adalah kedua urat leher (kanan dan kiri leher), manakala Al-Kaahil adalah bahagian belakang badannya di antara dua bahu (di bahagian belakang badan bawah sedikit dari leher).

Adalah menjadi kemestian bagi kami di pondok bekam, bagi setiap sesi bekam titik ini dikira asas.

Alhamdulillah

AWAS..!! Bekam pesakit darah tinggi. Darah cair tak berhenti mengalir.Kami pondok bekam melalui berbagai pengalaman sela...
14/12/2020

AWAS..!! Bekam pesakit darah tinggi. Darah cair tak berhenti mengalir.

Kami pondok bekam melalui berbagai pengalaman selama 7-8 tahun dalam merawat semua pelanggan kami.

Salah satu dari banyak pengalaman kami ialah pesakit darah tinggi sederhana yang mengambil ubat cair darah atau sebagainya meminta untuk dibekam untuk dengan niat bekam sunnah.

Bila bekam, nampak beza dari kebiasaan kerana darah keluar cair dan lambat kering. Kesan ini tidaklah bahaya kerana lambat sedikit darah akan kering juga, tetapi perlu diambil perhatian bila merawat pesakit sebegini.

Sekian.

Malam nanti ada temu janji bekam untuk 4 orang terus secara langsung. Sedikit  perkongsian berkenaan bekam angin.  Bekam...
12/12/2020

Malam nanti ada temu janji bekam untuk 4 orang terus secara langsung.

Sedikit perkongsian berkenaan bekam angin.
Bekam angin boleh dilakukan tanpa menggunakan jarum dan tidak mengeluarkan darah tetapi kesannya adalah sederhana. kesan fizikal bekam angin akan nampak secara jelas pada cawan bekam tetapi tidak terlalu ketara berbanding dengan bekam darah.

Bekam darah akan mengeluarkan peluh atau angin dalam keadaan yang banyak sehingga nampak jelas dan ketara pada cawan bekam seperti gambar di bawah. Angin yang terkumpul pada cawan bekam seolah peluh hampir menitis menandakan badan banyak angin.

Insyaallah selepas bekam, angin dalam badan akan terkawal dan berkurang Alhamdulillah. Begitu lah banyak nya maklum balas yang kami Pondok Bekam terima.

Terima kasih

Alhamdulillah perkembangan semalam bekam santai satu badan ulangan salah satu daripada pelanggan kami. Semasa pertama ka...
12/12/2020

Alhamdulillah perkembangan semalam bekam santai satu badan ulangan salah satu daripada pelanggan kami. Semasa pertama kali pelanggan ini berbekam ada rasa mual seolah mabuk kereta semasa sesi bekam. Kami mengikut pengalaman mengarahkan pelanggan ini untuk rehat beberapa seketika sebelum meneruskam sesi bekam semula.

Rasa lemah badan semasa bekam banyak terjadi kepada mereka yang pertama kali berbekam. Paling biasa kami akan buka semua bekas bekam dan rasa tersebut akan hilang sendiri. Paling teruk pelanggan akan pengsan dan muntah.

Pelanggan sempat membuka laptop semasa sesi bekam. Santai dan tiada lagi rasa lemah badan semasa bekam.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.. Selesai rawatan bekam kepala untuk pelanggan kami Pondok Bekam. Untuk pengetahuan, Bekam kepala mempunya...
01/09/2020

Alhamdulillah..
Selesai rawatan bekam kepala untuk pelanggan kami Pondok Bekam.

Untuk pengetahuan,
Bekam kepala mempunyai beberapa khasiat. Antaranya :
-Melegakan sakit kepala atau migrain,
-Rawatan strok jika dilakukan secara ulangan,
-Mengeluarkan darah kotor yang banyak kerana kebiasaan darah akan keluar banyak melalui kepala,
-Ada sesetengah jurubekam menggunakan teknik bekam kepala untuk singkirkan sihir dlm badan.

Sekian.

Assalamualaikum..  Diantara kesan-kesan yang berlainan nampak selepas bekam. Kesan seperti kesan lebam ini berbeza bagi ...
26/08/2020

Assalamualaikum.. Diantara kesan-kesan yang berlainan nampak selepas bekam. Kesan seperti kesan lebam ini berbeza bagi setiap pesakit.

Tetapi corak lebam begini kerap atau berkemungkinan besar terjadi kepada pesakit yang merokok.

Walaupun tiada kepastian apa punca dan kesan daripada lebam ini tetapi pasti kesan daripada rokok sesuatu yang tidak baik.

Assalamualaikum.. Semalam dan harini masing-masing sesi ulangan bekam untuk pelanggan biasa kami di pondok bekam. Shah A...
23/08/2020

Assalamualaikum..

Semalam dan harini masing-masing sesi ulangan bekam untuk pelanggan biasa kami di pondok bekam. Shah Alam.

Alhamdulillah..
Untuk penerangan kami menggunakan dettol spray seperti dalam gambar untuk mencuci alatan bekam kami setiap kali sebelum dan selepas bekam. Kemudian kami akan cuci sempurna bekas bekam dengan rendaman air peluntur serta nyahkuman menggunakan alat sterilizer cahaya ultra ungu.

InsyaAllah langkah kebersihan kami terjamin..

Assalamualaikum.. Sememangnya menjadi amalan kami pondok bekam untuk membaca ayat-ayat Manzil ini sebagai pelindung diri...
13/07/2020

Assalamualaikum..
Sememangnya menjadi amalan kami pondok bekam untuk membaca ayat-ayat Manzil ini sebagai pelindung diri ahli bekam. Selalunya Manzil akan dibaca sesudah tamat sesi bekam.

Digalakkan juga untuk pesakit sama membaca manzil ini semasa sesi bekam dijalankan.

Inilah amalan yang diajarkan guru kami, amalan pelindung diri sebagai jurubekam.

Insya-allah dengan keberkatan bacaan ayat-ayat suci al-quran dari kitab Manzil ini sama-sama kita semua dikurniakan kesihatan yang baik. amin...

Alhamdulillah Pagi tadi baru selesai bekam seorang pelanggan kami di Shah Alam.Kami ingin kongsikan di sini Bagaimana de...
04/07/2020

Alhamdulillah Pagi tadi baru selesai bekam seorang pelanggan kami di Shah Alam.

Kami ingin kongsikan di sini Bagaimana dengan rawatan ulangan dapat mengurangkan dan menyembuhkan sakit Insya Allah.

Pada rawatan bulan lepas rupa darah mempunyai selaput putih di bahagian atas dan alhamdulillah untuk bekam pada bulan ini selaput putih nampak hilang atau hampir-hampir hilang.

Ini juga yang selalu kami beritahu kepada pelanggan-pelanggan kami insya-Allah sakit akan sembuh dengan ulangan bekam dan tiada jaminan sembuh dengan hanya sekali bekam sahaja.

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pondok Bekam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram