Rahsia Kulit Berseri Anggun Menawan

Rahsia Kulit Berseri Anggun Menawan Memberikan info2 kecantikan dan kesihatan kulit supaya kekal berseri dan sihat.😍

SABUN PEMUTIH PALING PADU ABAD INI ABIS YANG GELAP BOLEH NAMPAK CERAH BERSERI“Dalam 5 hari kulit gelap berganti cerah ca...
05/04/2023

SABUN PEMUTIH PALING PADU ABAD INI ABIS YANG GELAP BOLEH NAMPAK CERAH BERSERI
“Dalam 5 hari kulit gelap berganti cerah cantik putih” - Puan Adriana
“Dekat 2minggu dah, seronok tengok wajah mak dah cerah gebu. Anak2 buah mak pon tegur nampak cerah jugak” - Encik Azizul
“Kulit saya memang dah cerah, cuma bila saya tukar sabun tongkol biasa kepada sabun malaikat. Kesan dia serius makin cerah kulit saya” - Cik Sorfina
“Baru 2 hari guna, semalam kawan tegur kenapa muka makin putih. Nampak lain je” - Puan Hani
Memang sesuai sangat bagi siapa yg ada masalah kulit kusam, kulit gelap dan yang ada masalah sunburn. Nak guna pon mudah, bilas muka atau badan dengan air. Kemudian gosok sabun hingga berbuih lepas tu gosok dibahagian yg dikehendaki.
Sabun malaikat nie selamat digunakan dan Sabun Malaikat nie juga tidak mempunyai sebarang bahan terlarang seperti merkuri.
Sekarang tengah ada offer beli 2 dapat 4 hadiah misteri tapi tu cuma untuk 100 orang yg terawal je, cukup quota offer nie akan tertutup dengan automatik. Kalau terlambat tak dapat grab offer nie.
Klik “SEND MESSAGE” untuk grab offer beli 2 dapat 4 hadiah misteri

Selamat bersahur ya semua, Subuh jangan lupa ya? hehe
04/04/2023

Selamat bersahur ya semua, Subuh jangan lupa ya? hehe

04/04/2023
RAHSIA PENJAGAAN KULIT SEMASA RAMADHANHai assalamualaikum akak2 kesekalian, sis ada masa free sikit nie. Jadi sis nak sh...
04/04/2023

RAHSIA PENJAGAAN KULIT SEMASA RAMADHAN
Hai assalamualaikum akak2 kesekalian, sis ada masa free sikit nie. Jadi sis nak share sikit pasal rahsia penjagaan kulit di Bulan Ramadhan nie.
Apa rahsianya tu sis?
Nak tahu ke?
Konfem nak tahu?
Hehe
Walaupun menjaga kesihatan kulit harus menjadi amalan sepanjang tahun, amat penting untuk akak memahami cara menghidrat dan menjaga kulit semasa bulan Ramadan.
Bagaimanakah puasa mempengaruhi tahap penghidratan kulit akak2?
Dua pakar kulit dan kecantikan berkongsi petua berikut untuk diamalkan sementara kita masih berada di awal Ramadan, bagi memperoleh kulit cantik berseri semasa sambutan Aidilfitri nanti.
✅ Kitaran tidur
Mengubah kitaran tidur atau kurang tidur boleh menyebabkan peningkatan paras kortisol, yang boleh menyebabkan kemunculan dengan keadaan kulit radang seperti jerawat atau rosacea.
Jika wajah akak dinaiki jerawat pada masa ini, sis cadangkan menambah dua peratus bahan BHA pada rutin penjagaan kulit sis.
Perubahan pada kitaran tidur sis juga akan menyebabkan lingkaran hitam dan bengkak di bawah mata. Krim mata yang mengandungi vitamin K dan kafein boleh membantu dengan kegelapan, dan yang mengandungi asid hyaluronik atau gliserin boleh memberikan kesan yang menggebu.
✅ Kekal hidrasi
Jangan ambil ringan pengambilan lapan gelas air sehari. Walaupun ramai menganggap pelembap adalah satu-satunya pilihan untuk penghidratan kulit, Hage (Manal El Hage, pakar kecantikan Dr. Kayle Aesthetic Clinic) menjelaskan, terdapat perbezaan antara bahan pelembap dan penghidratan.
Bahan-bahan penghidratan hanya menambah penghidratan - air- ke dalam kulit, manakala bahan pelembap memastikan penghidratan disimpan dalam kulit dengan menghalang penyejatan air daripada kulit akak2.
✅ Pilih makanan sesuai
Berbuka puasa dan sahur sentiasa menjadi masa yang menggembirakan, tetapi sebaiknya elakkan makan keterlaluan ketika berbuka puasa Ramadan setiap hari. Elakkan hidangan berminyak, makanan segera dan gula halus.
Dengan menambahkan protein, sayur-sayuran segar dan kekacang pada iftar, akak2 akan membekalkan kulit akak dengan asid lemak dan antioksidan; semuanya adalah bahan utama untuk membantu kulit mengekalkan yang sihat.
Itu sahaja la 3 tips untuk menjaga kulit kita masa Bulan Ramadhan. Semoga semasa lebaran nanti kulit kita cantik berseri dari orang lain. Hehe. Okey la, bye2 semua jangan lupa LIKE, Share kepada orang lain semoga yg lain turut mendapat manfaat dari tips nie. Assalamualaikum.

TERINGIN TAK NAK CANTIK MACAM ARTIS KOREA? CUBA TRY TIPS NIEHai assalamualaikum akak2 cantik semua, mcm mana puasa hari ...
04/04/2023

TERINGIN TAK NAK CANTIK MACAM ARTIS KOREA? CUBA TRY TIPS NIE
Hai assalamualaikum akak2 cantik semua, mcm mana puasa hari nie? Okey ke tu? Hehe. Opkos lah ok kan. Hari nie sis buat karangan dalam kereta je sementara tunggu ofis sis bukak..hehe
Hah pasal tajuk kt atas tu, akak2 teringin tak nk ada kulit cantik macam artis korea? Mesti la nak, bukan akak2 je adik2 yg remaja tu pon mestilah nak. Dulu sis pernah pergi ke Pulau Jeju, Korea yg sis nampak orang Korea nie kurang makan benda2 bergoreng
Tour guide sis pon ada mention sebab tu diorg kulit muka cantik dan diorang nie rajin pakai Sun Block.
“Tapi orang Korea buat bedah plastik tu yg cantik”. Negara Korea Selatan memang sangat sinonim dan pop**ar dengan pembedahan plastik. Ini adalah satu kenyataan dan kebenaran yang tidak lagi dapat disangkal.
Menurut International Medical Travel Journal, negara republik itu menduduki tempat kelima paling tinggi dalam statistik bidang pelaksanaan pembedahan plastik di dunia ini.
Menurut kajian yang sama, dilaporkan bahawa 5.4% orang daripada jumlah penduduk di sana merupakan pakar bedah plastik. Ternyata, ia angka yang agak tinggi tentangnya.
Pun begitu, itu tidak bermakna semua industri hiburan mereka terlibat dalam prosedur kosmetik ini kerana ada juga yang hanya mengamalkan rutin penjagaan kulit muka.
Menurut Pakar Kulit Charlotte Cho yang juga merupakan Pengasas SokoGlam, ada rahsia umum yang perlu kita semua tahu dalam usaha mendapatkan kulit seperti orang Korea.
RAHSIA PENJAGAAN KULIT MEREKA :-
✅ Cuci muka lebih daripada sekali sehari

Langkah pertama yang paling penting dalam rutin penjagaan kulit wajah adalah dengan cuci muka dan akak harus ingat ia tidak cukup jika hanya dilakukan sekali sehari sahaja.
Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali sehari dalam usaha untuk membersihkan segala kotoran seperti minyak, bakteria atau sisa alat solek daripada kulit wajah akak.
✅ Toner
Cecair toner yang dibuat dan dijual di sana majoritinya tidak dihasilkan daripada bahan dengan asas alkohol lantas menjadikannya sangat ideal untuk disapukan pada kulit muka.
Penyapuan toner ini sangat penting untuk menyingkirkan sel kulit mati, menghidratkan kembali kulit muka di samping mengekalkan keseimbangan tahap pH wajah akak itu.
✅ Skrub muka untuk buang kulit mati

Agar kulit wajah akak kekal lembut dan licin, sel-sel kulit mati dari muka akak itu harus dihapuskan dan dibuang dengan teknik skrub. Ia juga perlu dilakukan dengan agak kerap.
Teknik skrub ini perlu dilakukan dengan penggunaan alat untuk skrub yang betul dan tepat pada bahagian kulit muka yang amat memerlukan seperti pada p**i dan hidung.
Pun begitu, jangan p**a terlalu kerap dan kuat menyental kulit mati kerana ia juga mungkin boleh meningkatkan risiko keradangan dan kecederaan pada wajah.
Hah cukup tak 3 nie? Tips nie ada 7 tau, tips nie tour guide sis yg cerita dekat sis masa sis pergi melancong di Pulau Jeju, Korea.
Sapa nak tips lagi tulis dekat ruang komen “Saya Nak Part 2”. Kalau ada sis share lg 4. Okey? Bye2 uolls. Selamat menjalani ibadah puasa. Hehe Assalamualaikum

Jalan2 bazaar weyhhh..nak cari apa ya? Sis rambang mata p**ak tengok kuih raya tu
03/04/2023

Jalan2 bazaar weyhhh..nak cari apa ya? Sis rambang mata p**ak tengok kuih raya tu

😱😱 Manfaat Aloe Vera Pada Kulit Yang Disembunyikan 😱😱Hai dan assalamualaikum kepada semua viewer page sis nie. Hari nie ...
03/04/2023

😱😱 Manfaat Aloe Vera Pada Kulit Yang Disembunyikan 😱😱

Hai dan assalamualaikum kepada semua viewer page sis nie. Hari nie dah 11 Ramadhan lg berapa hari lagi je nk raya. Persiapan raya dah standby belum?
Dengar2 ada berlaku rusuhan di satu butik di Shah Alam sebab ada promo baju raya RM1.
Sis tengok kt social media pon takut. Ish2 dah lah! Hari nie sis nk share manfaat aloe vera nie sebabnya baik tau untuk kulit.
Hah~~menarik tau lagi2 kita sebagai org pompuan nie memang jaga betul pasal kulit kita. Tapi bajet lak sendat nk beli mahal2 soo kita gunakan apa yg ada. Hehe
OK…
Apa kebaikan Aloe vera nie sampai disembunyikan nie..hehe
Akak2 tentu sudah tidak asing dengan aloe vera, atau lidah buaya, dengan segala khasiatnya yang luar biasa untuk wajah dan kulit. Bahkan, lidah buaya mungkin menjadi salah satu tanaman herbal yang paling banyak digunakan untuk kondisi kulit topikal.
Aloe vera memang dikenal luas karena manfaat kecantikannya. Tanaman ini bekerja sangat baik untuk kesehatan kulit dan wajah, juga dan sering dijadikan sebagai bahan utama dalam banyak produk kecantikan.
Aloe vera juga dikenal karena kekuatan menyembuh dan banyak digunakan sebagai ubat untuk luka. Akak2 mungkin juga sudah pernah menggunakan lidah buaya sebelum nie untuk mengatasi kulit terbakar, luka kecil, atau lecet.
Jadi nie antara manfaat Aloe vera pada kulit
☑ Melegakan Kulit dari sunburn
sifatnya yang melembapkan secara alami, dan kemudian menyembuhkan, penelitian telah menunjukkan bahwa lidah buaya dapat membantu menyembuhkan luka bakar tahap pertama dan kedua pada kulit.
☑ Membantu memudarkan bintik hitam
Manfaat aloe vera untuk wajah dan kulit yang kedua iaitu untuk memudarkan bintik hitam. Bintik-bintik gelap pada kulit, yang juga dikenal sebagai hiperpigmentasi, dapat meninggalkan kesan. Baik dari pancaran sinar matahari, jerawat, atau hanya proses penuaan normal, semua bintik hitam biasanya memiliki satu kesamaan, yaitu susah untuk diatasi.
Namun, bahan yang disebut aloesin, yang ditemukan di pokok aloe vera, dapat membantu memudarkan kesan tompok hitam ini. Menurut sebuah kajian, ketika diterapkan empat kali sehari selama 15 hari, aloesin terbukti efektif dalam mengubati hiperpigmentasi akibat sinar UV dan pasca-jerawat.
☑ Mencegah tanda penuaan
Manfaat aloe vera untuk wajah dan kulit yang ketiga iaitu untuk mencegah tanda penuaan. Kulit yang lembab adalah kulit yang bahagia dan sehat, dan seperti yang kita ketahui, kelembapan yang cukup juga membantu mencegah tanda-tanda penuaan yang terlihat, seperti garis-garis halus dan kedutan.
Selain kemampuannya untuk membantu mengisi dan mempertahankan kelembapan di kulit, aloe vera juga merangsang penghasilan asam hialuronat dan serat kolagen dan elastin di kulit, yang mana semuanya diperlukan untuk menjaga kulit tetap terhidrasi, tegang, dan anjal. Menerapkan aloe vera secara topikal telah terbukti membantu mengembalikan keanjalan kulit dan mengurangi munculnya garis-garis halus.
Banyak lagi manfaat aloe vera nie tapi sis tak larat la nk taip panjang2 takut tak dibaca lak nanti.
Tapi apa yg disembunyikan pasal Aloe vera nie, hehe. Akak nak tahu apa yg disembunyikan? Apalagi kalau bukan pokoknya. Kalau ramai yg tahu manfaat pokok nie. Akak2 yg ada bela tu konfem kne sorokkan nanti kena serbu org nak sikit..hehe.
Tapi kalau ada request lagi untuk manfaat aloe vera nie akak2 boleh roger2 sis taip je “Part 2” kt Komen.
Kalau ramai yg request sis bg lagi. Sampai sini lah bebelan sis pasal aloe vera. Sampai berjumpa lagi. Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya.

Hai Assalamualaikum, hari pertama page nie dibuka. Akak2 yg baca post nie ingat tau yg hari ini adalahhari Ahad 2 April ...
02/04/2023

Hai Assalamualaikum, hari pertama page nie dibuka. Akak2 yg baca post nie ingat tau yg hari ini adalahhari Ahad 2 April 2023 page ini dibuka.

akak2 nak tau tak satu benda yg kadang2 kita pon tak sangka khasiatnya. Hahhhh.. cuba skrol bawah lagi

Saya nk citer pasal kacang badam yg pop**ar dengan kuih raya namanya almond london..Almond tu kacang badam la. Banyak tau khasiat kacang nie untuk kulit

Badam bukan sahaja untuk dijadikan hidangan, ternyata ianya juga bermanfat untuk kecantikan. Kacang badam mempunyai antioksida yang tinggi serta vitamin E yang sangat baik untuk kulit. Tidak hanya itu, badam berkesan dalam mengangkat sel kulit mati, lingkaran gelap bawah mata malah dapat mengurangkan kelemumur.

1. Body Scrub

Badam boleh digunakan sebagai skrub segera untuk membersihkan kawasan tubuh secara menyeluruh. Skrub badan juga berfungsi memberikan kesan semula jadi vitamin dan kilauan pada kulit.

Bahan yang diperlukan adalah:

1/3 cawan kacang badam
2 sudu makan madu
1 sudu makan minyak zaitun
Cara penyediaan:

Haluskan kacang badam hingga lumat. Campurkan madu dan minyak zaitun, gaul kesemua bahan dan sapukan pada badan dan gosok secara perlahan. Bilas sehingga bersih.

2. Face Scrub

Jika anda mengalami wajah kering ataupun kulit kusam, anda boleh cuba skrub yang dibuat dari badam ini. Tak hanya mengangkat sel kulit mati, ianya juga mampu mencegah jerawat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1/3 cawan badam
4 sudu makan oats
2 sudu makan madu
2 sudu jus lemon @ yogurt
Cara penyediaan:

Haluskan badam sehingga lumat. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati, sapukan pada wajah, tunggu kurang lebih 10-15 minit. Bilas hingga bersih.

3. Eye Mask

Masalah lingkaran gelap bawah mata sering kali menggangu penampilan. Disebabkan itu, khasiat badam dikatakan mampu menyelesaikan masalah anda. Cukup dengan mengenakan ‘topeng’ di kawasan mata secara rutin, dipercayai dapat mengurangkan kesan hitam pada mata anda.

Bahan yang diperlukan adalah:

2 sudu makan minyak badam
1 sudu makan gula pasir
Cara penyediaan:

Campurkan minyak badam dengan gula pasir, aduk rata dan sapukan pada bahagian bawah mata anda, urut perlahan. Selepas itu bilas hingga bersih.

4. Hair Mask

Badam tidak hanya baik untuk kulit dan wajah, ianya juga berkhasiat untuk kulit kepala. Hair mask yang diperbuat daripada badam juga mampu merawat kulit kepala agar lebih sihat malah mengurangkan masalah rambut kelemumur.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:

1 cawan kacang badam
1/2 cawan yogurt
1 butir putih telur
Cara membuat:

Kisar kacang badam sehingga halus. Tambah yogurt dan putih telur ke dalam badam yang sudah dikisar. Kacau hingga semua bahan bercampur, oleskan pada rambut, biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan bersih.

itu lah antara kegunaan kacang badamdan sedikit tips untuk gunakan kacang badam pada kulit. Ok la penat la taip, Next time sis bg lagi tips ok?

Selamat menjalani ibadah puasa & Selamat Hari Raya..hehe

Assalamualaikum

Address

No. 3, Seria 88 Business Centre
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Kulit Berseri Anggun Menawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram