14/04/2022
Zero Gadjet!
Untuk makluman anda,kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun memerlukan aktiviti praktikal yang memerlukan interaksi sosial dan fizikal bersama penjaga/ ibu bapa. Ini penting untuk membentuk skil asas seperti;
- Bahasa dan pertuturan
- Motor ( Pergerakan)
- Sosial- Emosi
- Pemikiran dan tingkahlaku
Sebelum usia 2 tahun, kebanyakan skill asas yang di perlukan untuk mentafsirkan bahan digital di dalam gadget masih belum berkembang sepenuhnya.
Sedikit sebanyak, ia akan menganggu proses daya ingatan, fokus serta perkembangan kanak kanak.
Untuk itu, pada peringkat ini, pendedahan digital pada peringkat ini adalah TIDAK DIGALAKKAN sama sekali, dan manfaat pendedahan dunia digital pada peringkat ini adalah sangat terhad.