SF Tea Brunei

SF Tea Brunei Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SF Tea Brunei, Medical and health, Setia Alam, Shah Alam.

Kehadiran Syawal sering dijadikan sebagai pesta makanan dan kita p**a sedaya upaya memenuhi jemputan rumah terbuka yang ...
14/04/2024

Kehadiran Syawal sering dijadikan sebagai pesta makanan dan kita p**a sedaya upaya memenuhi jemputan rumah terbuka yang pastinya menyajikan beraneka hidangan berat mahupun ringan.

Tidak mustahil ada yang merungut berat badan semakin bertambah selepas raya, namun pasti agak s**ar menolak godaan makanan enak terutama yang menjadi kegemaran.

Ibarat memenuhi kehendak selera selepas sebulan berpuasa, ketika inilah anda mungkin mengalami kes**aran mengamalkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan apabila disajikan juadah yang ‘menggoda’.

Segala makanan yang pada dasarnya nampak ringan boleh memudaratkan jika diambil berlebihan. Apatah lagi bermacam-macam juadah disediakan di rumah terbuka menyebabkan anda terleka dalam menjaga pengambilan makanan.

Jadi, bagaimana cara kembali kepada gaya hidup sihat selepas sering ‘terbabas’ ketika lebaran? Berikut adalah panduan untuk anda melakukan perubahan:

Cara mudah kekal sihat selepas lebaran
Cara mudah kekal sihat selepas lebaran

1. Mulakan dengan usaha kecil

Jangan berputus asa sekiranya anda sering rasa terbeban untuk mengubah gaya hidup secara drastik. Mulakan dengan usaha kecil. Ubah tabiat buruk sedikit demi sedikit secara positif.

Sebagai contoh, pilihlah untuk minum air kosong berbanding air manis ketika makan tengah hari atau sepanjang hari. Kerap minum air kosong yang tiada kalori adalah cara yang bagus menyingkirkan toksin daripada badan kita.

Jika kita mempunyai tabiat s**a mengunyah, pilihlah snek yang lebih sihat seperti buah-buahan atau kekacang tanpa garam atau gula. Usaha kecil yang tidak membebankan seperti ini mampu mengajar kita mengenai perubahan gaya hidup sihat. Ia mudah untuk dicapai.
2. Buat senarai, fikir secara mendalam

Sebenarnya, menyenaraikan kemahuan dan sebab sama ada baik atau buruk, hanya memerlukan tempoh yang pendek. Kaji secara mendalam punca bagi sebab berkenaan.

Jika anda menyatakan ‘tiada masa’ sebagai salah satu sebab, mungkin ini berpunca daripada persepsi bahawa senaman mengambil masa.

Tanda perubahan positif pada pemikiran bermula dengan senaman kecil selama lima minit setiap hari. Usah biarkan alasan menghalang anda daripada mencapai sasaran hidup sihat.
3. Pemeriksaan kesihatan dan tahap kolesterol secara berterusan

Perkara ini sering diambil mudah sehingga terlambat dicegah. Tidak semua orang gemar ke hospital dan memilih untuk tidak ambil peduli terhadap keadaan kesihatan masing-masing.

Sikap ini berisiko tinggi dan mengundang penyesalan di kemudian hari. Cegahlah sebelum parah. Lakukannya sekarang sebelum terlambat.

Periksa tahap kolesterol anda untuk memastikan ia berada dalam julat sihat, terutama selepas musim perayaan ini.
4. Kekal cergas

Sekiranya anda cepat letih dan badan terasa berat, itu tandanya anda patut bersenam. Keazaman dan konsisten adalah kunci kepada penurunan berat badan dan kecergasan.

Namun begitu, bersenam bukan hanya untuk menurunkan berat badan dan mendapat bentuk tubuh yang menarik, tetapi penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan menguatkan tubuh.

Tidak perlu bersenam secara intensif beberapa jam setiap hari yang memerlukan anda mengangkat berat dan aktiviti kardio yang ekstrem sebaliknya berjalan pantas atau berjoging selama 30 minit setiap hari sudah cukup untuk kekal cergas.

Pastikan anda sentiasa berdisiplin dalam mengekalkan kecergasan walaupun dengan senaman ringan. Selain itu, terdapat juga video senaman kecergasan 15 minit dalam talian yang boleh anda ikuti.

Menjadikan senaman sebagai rutin mengikut kesesuaian membolehkan anda mencapai kecergasan yang diinginkan. Pada masa sama, tubuh anda juga menghasilkan akan hormon yang baik dan membuatkan anda kembali bertenaga serta aktif.
5. Kawal pengambilan kalori dan kolesterol

Kurangkan pengambilan kalori dengan mengawal jumlah makanan. Ini termasuk mengurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak yang boleh menaikkan berat badan.

Tubuh anda memerlukan makanan berkhasiat melalui sayur-sayuran dan bijirin. Apabila anda menyediakan atau mengambil makanan, amalkan teori Suku-Suku-Separuh.

Sayur-sayuran mestilah diisi separuh pinggan kerana mengandungi serat dan vitamin. Ia juga membantu penghadaman dan meningkatkan metabolisme. Suku pinggan diisi dengan karbohidrat dan suku lagi untuk protein.

Anda juga patut tahu bahawa kolesterol tidak mengenal bentuk tubuh. Anda mungkin nampak atau berasa sihat tetapi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Kolesterol wujud dalam diet seharian kita. Usah ambil risiko dan cegahlah sebelum terlambat.
6. Cabar diri sendiri!

Hidup akan jadi membosankan jika asyik melakukan perkara yang sama. Pelbagaikan aktiviti sihat dengan terbabit dalam acara larian, lumba basikal atau cabaran menurunkan berat badan.

Anda akan lebih bersemangat apabila bertemu orang lain yang mempunyai objektif sama. Kejayaan mengatasi dan menamatkan cabaran adalah satu perasaan yang meningkatkan keyakinan diri.

Sukar untuk meningkatkan motivasi diri sendiri apabila anda melakukan perubahan secara sendirian. Oleh itu, ajaklah teman atau ahli keluarga untuk bersama anda lakukan perubahan ini. Kongsi diet sihat dan rutin kesihatan bersama mereka sebagai tanda kasih sayang.

Amalan menjaga kesihatan seharusnya menjadi misi utama dalam hidup. Usah berlengah lagi, bertindaklah sekarang demi kesihatan anda sendiri.
7. Minum SF Tea (tea herba semulajadi untuk kesihatan

Cara ini paling mudah kerana anda hanya perlu minum teh ini sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Cuma yang susahnya ialah istiqomah atau konsisten meminumnya setiap hari.

Adalah dinasihatkan untuk anda membuat jadual harian dan menanda setiap kali selepas minum.

InSyaaAllah asbab dari ilhtiar kita, kita boleh kekal sihat selepas lebaran😊

11/03/2024
TIP KESIHATAN HARI INITidur nyenyak 'seperti bayi'Tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan kesihatan anda.Tidur yang...
18/11/2023

TIP KESIHATAN HARI INI
Tidur nyenyak 'seperti bayi'

Tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan kesihatan anda.

Tidur yang mencukupi juga memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Jika anda s**ar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, amalkan tip berikut:

➡️ Tetapkan dan kekalkan jadual waktu tidur
➡️ Perhatikan makan dan minum anda seperti waktu makan sebelum tidur dan pengambilan kafein
➡️ Cipta ritual waktu tidur
➡️ Hadkan tidur waktu petang
➡️ Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda
Dan jangan lupa konsisten amalkan SF Tea ni sekali pagi sekali malam in syaa allah, dengan asbabnya dapat membantu selesaikan masalah kerap bangun malam untuk kencing.

Tidur lena dan berkualiti bermaksud kesihatan makin cergas in syaa allah.

Jom sihat bersama😊

Alhamdulillah, baru minum 5 sachet, paras gula aku dah turun dari 12.8 sekarang lepas SF tea 6.3 syukur - Puan Rina, Gad...
17/09/2023

Alhamdulillah, baru minum 5 sachet, paras gula aku dah turun dari 12.8 sekarang lepas SF tea 6.3 syukur - Puan Rina, Gadong
1 kotak ada 30 sachet, 1 sachet boleh buat teh 1 jug, kemudian bagi kepada dua bahagian untuk di minum sekali pagi sekali malam.
Biskita minum Teh dua kali sehari sahaja, paras gula makin rendah, tak pahit pun, siap rasa strawberi lagi. Lulus MOH dan free COD ke seluruh Brunei.
Mujarab untuk:
- kadar gula
- kolestrol
- tekanan darah
- jantung sihat
- saraf
- lenguh
- kebas.
Tekan "WHATSAPP" di bawah untuk text aku dan dapatkan teh promosi sekarang
Instok Brunei, barang sampai baru bayar, free deli

Rawatan Secara Alami

Cara turun kencing manis: Makan makanan tinggi probiotikProbiotik merupakan sejenis bakteria baik yang memberikan pelbag...
06/09/2023

Cara turun kencing manis: Makan makanan tinggi probiotik

Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Ini termasuklah memperbaiki pengawalan gula darah.

Kajian juga telah menunjukkan, terdapat perubahan yang ketara pada paras gula darah mereka yang mengambil makanan probiotik dalam masa 8 minggu.

Antara makanan yang kaya dengan probiotik ialah seperti tempe, yogurt dan juga kimchi.

Cara turun kencing manis: Ambil makanan yang rendah indeks glisemik (GI)Indeks glisemik (GI) mengukur seberapa cepat kar...
06/09/2023

Cara turun kencing manis: Ambil makanan yang rendah indeks glisemik (GI)

Indeks glisemik (GI) mengukur seberapa cepat karbohidrat terurai sewaktu proses penghadaman dan seberapa pantas badan anda menyerapnya.

Ini secara langsung akan mempengaruhi kadar penyerapan gula darah anda.

Nilai GI terbahagi kepada kump**an rendah, sederhana dan tinggi, dengan ditentukan pada skala 0 hingga 100.

Makanan yang rendah nilai GI mempunyai skala 55 atau kurang.

Antara jenis makanan dengan nilai GI rendah ialah seperti oat, kekacang, barli dan juga bijirin penuh.

Cara turun kencing manis: Banyakkan minum airMinum air yang mencukupi setiap hari boleh membantu anda mengekalkan paras ...
06/09/2023

Cara turun kencing manis: Banyakkan minum air

Minum air yang mencukupi setiap hari boleh membantu anda mengekalkan paras gula darah dalam julat yang sihat.

Selain mencegah dehidrasi, ia juga boleh membantu buah pinggang untuk menyingkirkan sebarang gula berlebihan melalui air kencing.

Satu kajian pemerhatian menunjukkan bahawa, mereka yang minum lebih banyak air mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat paras gula darah tinggi.

Minum air merupakan antara cara turun kencing manis paling mudah untuk diamalkan.

Cara turun kencing manis: BersenamBersenam dengan kerap bukan sahaja boleh membantu mengekalkan berat badan ideal, tetap...
06/09/2023

Cara turun kencing manis: Bersenam

Bersenam dengan kerap bukan sahaja boleh membantu mengekalkan berat badan ideal, tetapi juga boleh meningkatkan sensitiviti insulin.

Sekiranya sensitiviti insulin meningkat, maka ia boleh memproses gula dalam darah dengan lebih baik dan berkesan.

Selain itu juga, senaman membantu otot anda untuk menggunakan gula darah sebagai sumber tenaga dan kontraksi otot.

Antara senaman yang sesuai untuk pesakit diabetes ialah seperti berjalan laju, angkat berat, menari, berbasikal, berlari, berenang dan juga mendaki gunung.

Cara turun kencing manis: Makan makanan yang kaya kromium dan magnesiumKromium terlibat dalam proses metabolisme karbohi...
06/09/2023

Cara turun kencing manis: Makan makanan yang kaya kromium dan magnesium

Kromium terlibat dalam proses metabolisme karbohidrat dan juga lemak. Ia mungkin meningkatkan tindakan insulin, sekali gus membantu pengawalan gula darah.

Magnesium p**a telah terbukti memberikan kesan positif kepada paras gula darah.

Malah, diet yang kaya magnesium telah dikaitkan dengan pengurangan risiko diabetes dengan ketara.

Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan kromium dan magnesium ialah kekacang, sayur-sayuran, daging, bijirin penuh, buah-buahan, ikan tuna, coklat gelap, pisang dan juga avokado.

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SF Tea Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share