SAJI

SAJI Selamatkan Keluarga Malaysia dari arak dan judi Daftar sebagai aktivist SAJI
https://form.jotform.com/asyraf.mapim/borang-pendaftaran-aktivis-saji

KEMAMAN – Akhlak pelajar di daerah ini semakin parah apabila segelintir mereka disyaki turut terlibat dengan gejala minu...
31/12/2021

KEMAMAN – Akhlak pelajar di daerah ini semakin parah apabila segelintir mereka disyaki turut terlibat dengan gejala minum arak dengan penemuan botol dan tin minuman keras itu di beberapa lokasi panas tempat mereka melepak ketika ponteng sekolah.
Sinar Harian difahamkan port ponteng itu mula dikesan turut menjadi lokasi untuk remaja minum minuman haram itu sejak beberapa bulan lalu. Susulan itu, bagi membendung masalah keruntuhan akhlak remaja terbabit yang berkait rapat dengan gejala ponteng sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga mengadakan Operasi Bersepadu Basmi Ponteng 2011 sehingga 17 pelajarnya yang cuba mengelak daripada mengikuti aktiviti kokurikulum berjaya dicekup semalam.
Cubaan pelajar terbabit yang memanjat pagar untuk keluar daripada kawasan sekolah gagal, apabila kelibat mereka dikesan jawatankuasa gerak gempur basmi ponteng yang ketika itu sedang melakukan rondaan sehingga mereka panik dan bertindak melarikan diri ke dalam bas sekolah berdekatan. Bagaimanapun, tindakan itu umpama ‘tikus masuk perangkap’ sekali gus memudahkan kerja jawatankuasa gerak gempur ponteng itu kerana dari awal bas itu diletakkan di situ sebagai persediaan mengangkut pelajar yang ditangkap sempena operasi bersepadu tersebut.
Selain sekolah, operasi bersepadu itu turut membabitkan penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Geliga, Pondok Polis Kuala Kemaman, Rela Kemaman, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kemaman dan 14 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sekitar termasuk JKKK Geliga Baru dan JKKK Rumah Murah Geliga.
Setiausaha PIBG merangkap Kaunselor SMK Geliga, Jamal Sidek berkata, ujian urin yang dilakukan ke atas pelajar terbabit melibatkan pelajar Tingkatan Satu seramai enam orang, Tingkatan Dua (lima) dan Tingkatan Tiga (enam) itu mendapati semua negatif dadah. Menurutnya, pelajar yang ditangkap bertindak memanjat pagar di belakang sekolah kira-kira jam 1.40 tengah hari ketika pelajar lain sibuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zuhur sebelum memulakan aktiviti kokurikulum.
“Setiap Selasa semua pelajar ini diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum yang akan tamat antara jam 4.30 dan 5 petang. “Jadi, bagi mereka tidak ingin mengikuti aktiviti kokurikulum ini mereka akan ponteng, sebab itulah kes ponteng pada setiap Selasa di sekolah ini agak tinggi berbanding hari biasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, gejala ponteng aktiviti kokurikulum dipandang serius kerana markah bagi aktiviti itu akan dikira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) nanti apabila pelajar tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Kehadiran dalam kegiatan kokurikulum adalah sangat penting. Jadi, ibu bapa jangan salahkan sekolah jika markah kokurikulum anak rendah. “Sebaliknya ibu bapa perlu pastikan anak mereka wajib hadir aktiviti kokurikulum ini setiap minggu,” katanya.

Ada kedai jual arak kepada pelajar
Mengulas mengenai gejala minum arak dalam kalangan pelajar di port ponteng, Jamal berkata, kes itu masih lagi disiasat. “Pada masa sama, kita difahamkan terdapat kedai tertentu yang tanpa rasa bersalah menjual arak kepada pelajar pada Jumaat di belakang kedai. Difahamkan kedai terbabit terletak di Fikri. Jadi kita minta pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan pelajar yang terdiri daripada remaja Islam tidak terus hanyut.
“Dalam menangani masalah ini, kita minta ibu bapa turut memainkan peranan dengan memastikan anak mereka tidak terlibat dengan masalah ponteng yang seterusnya boleh mengakibatkan mereka terjebak dengan banyak gejala negatif lain termasuk minum arak, hisap dadah dan hidu gam,” katanya.
Sementara itu, semua pelajar yang ditangkap itu kemudian diarahkan menunaikan solat Zuhur sebelum mengikuti aktiviti kokurikulum. Jamal berkata, semua pelajar itu akan diberikan kaunseling dan tegasnya operasi bersepadu itu akan diadakan secara berterusan.

Minta pantau kedai jual arak
Pihak berkuasa diminta mengambil langkah segera memantau kedai arak yang dipercayai bebas menjual arak murah sehingga memudahkan pelajar Melayu Islam untuk membeli minuman haram berkenaan. Ketua Operasi Bersepadu Basmi Ponteng SMK Geliga merangkap Setiausaha JKKK Kampung Geliga Baru, Zurkanain Zubir berkata, premis perniagaan menjual arak itu perlu dipantau untuk memastikan ia memiliki lesen dan perlu diberi amaran agar tidak menjual minuman keras kepada orang Islam terutama pelajar.
“Selain memantau kedai jual arak, pihak berkuasa juga perlu memantau kedai menjual rokok yang masih tidak mematuhi arahan dengan menjual rokok mengikut batang kepada remaja di bawah 18 tahun. “Tindakan pemilik kedai yang menjual rokok mengikut batang itu dan bukan secara sekotak membolehkan lebih ramai pelajar mampu untuk membeli rokok,” katanya.

Dipetik dari artikel Sinar Harian

Kesan buruk alkohol kepada kehidupanBad effects of alcohol to our life
31/12/2021

Kesan buruk alkohol kepada kehidupan
Bad effects of alcohol to our life

Kempen Tolak Arak & Judi di Masjid Muhsinin Taman Danau Desa Kuala Lumpur pada 11 Dec 2021
13/12/2021

Kempen Tolak Arak & Judi di Masjid Muhsinin Taman Danau Desa Kuala Lumpur pada 11 Dec 2021

Consumer Association Penang (CAP) menghimpun keratan akhbar tempatan sejak tahun 1995 berkenaan masalah dan impak negati...
13/12/2021

Consumer Association Penang (CAP) menghimpun keratan akhbar tempatan sejak tahun 1995 berkenaan masalah dan impak negatif minuman beralkohol kepada masyarakat di Malaysia (vol 2)

Consumer Association Penang (CAP) menghimpun keratan akhbar tempatan sejak tahun 1995 berkenaan masalah dan impak negati...
10/12/2021

Consumer Association Penang (CAP) menghimpun keratan akhbar tempatan sejak tahun 1995 berkenaan masalah dan impak negatif minuman beralkohol kepada masyarakat di Malaysia (vol 1)

Kempen SAJI turut mendapat liputan akhbar bahasa Cina.
08/12/2021

Kempen SAJI turut mendapat liputan akhbar bahasa Cina.

Kenyataan Media 28hb November 2021KEMPEN ANTI ARAK DAN JUDI DAERAH KERIAN DILANCARKami pada hari ini , dengan ini mengis...
29/11/2021

Kenyataan Media
28hb November 2021

KEMPEN ANTI ARAK DAN JUDI DAERAH KERIAN DILANCAR

Kami pada hari ini , dengan ini mengistiharkan Kempen Selamatkan Keluarga Malaysia dari Arak dan Judi ( SAJI ) di Daerah Kerian Perak.

Kami mendapati gejala judi dan arak ujud di Daerah Kerian yang perlu ditangani dengan bersungguh supaya Daerah ini bersih dari arak dan judi.

Kami tidak menerima alasan bahawa industri arak dan judi menyumbang kepada ekonomi negara.

Berita mengatakan pelaburan arak dan judi akan menjadi muram dan akan terjejas dinegara ini seolah menunjukkan industri tersebut perlu dikekalkan.

Mereka beralasan ramai akan terjejas pekerjaan . Namun ini tidak dapat diterima kerana terlalu banyak industri yang jauh lebih membina kesejahteraan rakyat boleh ditawarkan sebagai pelaburan alternatif.

Kami menyeru kerajaan melakukan semakan dasar dan mendidik rakyat untuk menolak arak dan jadi.

Kami melahirkan kekesalan ternyata masih ramai orang Melayu Islam yang terlibat dengan arak dan judi.

Kami mengharapkan penduduk daerah Kerian memantau gejala arak dan judi supaya dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa berdasarkan undang-undang yang ada.

Kami menyeru semua pihak dikalangan pemimpin masyarakat ,Ngo dan pendidik berperanan untuk membenteras gejala arak dan judi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Pengerusi SAJI Kebangsaan

29/11/2021

28 November 2021, MAPIM melancarkan kempen tolak arak dan judi di Daerah Kerian, Perak.

Address

Pejabat Presiden MAPIM, Tingkat 3, Space U8
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAJI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram