14/03/2026
Pharmaniaga terus memainkan peranan dalam menyokong kesejahteraan komuniti melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat. Melalui kerjasama dengan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam, syarikat telah menyumbang 7 buah kerusi batu bagi menambah baik kemudahan di kawasan hospital.
Sumbangan ini diharapkan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pesakit, ahli keluarga serta pelawat yang berada di hospital, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk semua.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Pharmaniaga dalam menyokong institusi kesihatan sekali gus memberi nilai positif kepada komuniti.