
14/04/2024
Kehadiran Syawal sering dijadikan sebagai pesta makanan dan kita p**a sedaya upaya memenuhi jemputan rumah terbuka yang pastinya menyajikan beraneka hidangan berat mahupun ringan.
Tidak mustahil ada yang merungut berat badan semakin bertambah selepas raya, namun pasti agak s**ar menolak godaan makanan enak terutama yang menjadi kegemaran.
Ibarat memenuhi kehendak selera selepas sebulan berpuasa, ketika inilah anda mungkin mengalami kes**aran mengamalkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan apabila disajikan juadah yang ‘menggoda’.
Segala makanan yang pada dasarnya nampak ringan boleh memudaratkan jika diambil berlebihan. Apatah lagi bermacam-macam juadah disediakan di rumah terbuka menyebabkan anda terleka dalam menjaga pengambilan makanan.
Jadi, bagaimana cara kembali kepada gaya hidup sihat selepas sering ‘terbabas’ ketika lebaran? Berikut adalah panduan untuk anda melakukan perubahan:
Cara mudah kekal sihat selepas lebaran
Cara mudah kekal sihat selepas lebaran
1. Mulakan dengan usaha kecil
Jangan berputus asa sekiranya anda sering rasa terbeban untuk mengubah gaya hidup secara drastik. Mulakan dengan usaha kecil. Ubah tabiat buruk sedikit demi sedikit secara positif.
Sebagai contoh, pilihlah untuk minum air kosong berbanding air manis ketika makan tengah hari atau sepanjang hari. Kerap minum air kosong yang tiada kalori adalah cara yang bagus menyingkirkan toksin daripada badan kita.
Jika kita mempunyai tabiat s**a mengunyah, pilihlah snek yang lebih sihat seperti buah-buahan atau kekacang tanpa garam atau gula. Usaha kecil yang tidak membebankan seperti ini mampu mengajar kita mengenai perubahan gaya hidup sihat. Ia mudah untuk dicapai.
2. Buat senarai, fikir secara mendalam
Sebenarnya, menyenaraikan kemahuan dan sebab sama ada baik atau buruk, hanya memerlukan tempoh yang pendek. Kaji secara mendalam punca bagi sebab berkenaan.
Jika anda menyatakan ‘tiada masa’ sebagai salah satu sebab, mungkin ini berpunca daripada persepsi bahawa senaman mengambil masa.
Tanda perubahan positif pada pemikiran bermula dengan senaman kecil selama lima minit setiap hari. Usah biarkan alasan menghalang anda daripada mencapai sasaran hidup sihat.
3. Pemeriksaan kesihatan dan tahap kolesterol secara berterusan
Perkara ini sering diambil mudah sehingga terlambat dicegah. Tidak semua orang gemar ke hospital dan memilih untuk tidak ambil peduli terhadap keadaan kesihatan masing-masing.
Sikap ini berisiko tinggi dan mengundang penyesalan di kemudian hari. Cegahlah sebelum parah. Lakukannya sekarang sebelum terlambat.
Periksa tahap kolesterol anda untuk memastikan ia berada dalam julat sihat, terutama selepas musim perayaan ini.
4. Kekal cergas
Sekiranya anda cepat letih dan badan terasa berat, itu tandanya anda patut bersenam. Keazaman dan konsisten adalah kunci kepada penurunan berat badan dan kecergasan.
Namun begitu, bersenam bukan hanya untuk menurunkan berat badan dan mendapat bentuk tubuh yang menarik, tetapi penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan menguatkan tubuh.
Tidak perlu bersenam secara intensif beberapa jam setiap hari yang memerlukan anda mengangkat berat dan aktiviti kardio yang ekstrem sebaliknya berjalan pantas atau berjoging selama 30 minit setiap hari sudah cukup untuk kekal cergas.
Pastikan anda sentiasa berdisiplin dalam mengekalkan kecergasan walaupun dengan senaman ringan. Selain itu, terdapat juga video senaman kecergasan 15 minit dalam talian yang boleh anda ikuti.
Menjadikan senaman sebagai rutin mengikut kesesuaian membolehkan anda mencapai kecergasan yang diinginkan. Pada masa sama, tubuh anda juga menghasilkan akan hormon yang baik dan membuatkan anda kembali bertenaga serta aktif.
5. Kawal pengambilan kalori dan kolesterol
Kurangkan pengambilan kalori dengan mengawal jumlah makanan. Ini termasuk mengurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak yang boleh menaikkan berat badan.
Tubuh anda memerlukan makanan berkhasiat melalui sayur-sayuran dan bijirin. Apabila anda menyediakan atau mengambil makanan, amalkan teori Suku-Suku-Separuh.
Sayur-sayuran mestilah diisi separuh pinggan kerana mengandungi serat dan vitamin. Ia juga membantu penghadaman dan meningkatkan metabolisme. Suku pinggan diisi dengan karbohidrat dan suku lagi untuk protein.
Anda juga patut tahu bahawa kolesterol tidak mengenal bentuk tubuh. Anda mungkin nampak atau berasa sihat tetapi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Kolesterol wujud dalam diet seharian kita. Usah ambil risiko dan cegahlah sebelum terlambat.
6. Cabar diri sendiri!
Hidup akan jadi membosankan jika asyik melakukan perkara yang sama. Pelbagaikan aktiviti sihat dengan terbabit dalam acara larian, lumba basikal atau cabaran menurunkan berat badan.
Anda akan lebih bersemangat apabila bertemu orang lain yang mempunyai objektif sama. Kejayaan mengatasi dan menamatkan cabaran adalah satu perasaan yang meningkatkan keyakinan diri.
Sukar untuk meningkatkan motivasi diri sendiri apabila anda melakukan perubahan secara sendirian. Oleh itu, ajaklah teman atau ahli keluarga untuk bersama anda lakukan perubahan ini. Kongsi diet sihat dan rutin kesihatan bersama mereka sebagai tanda kasih sayang.
Amalan menjaga kesihatan seharusnya menjadi misi utama dalam hidup. Usah berlengah lagi, bertindaklah sekarang demi kesihatan anda sendiri.
7. Minum SF Tea (tea herba semulajadi untuk kesihatan
Cara ini paling mudah kerana anda hanya perlu minum teh ini sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
Cuma yang susahnya ialah istiqomah atau konsisten meminumnya setiap hari.
Adalah dinasihatkan untuk anda membuat jadual harian dan menanda setiap kali selepas minum.
InSyaaAllah asbab dari ilhtiar kita, kita boleh kekal sihat selepas lebaran😊