Pro Rizqy Consultancy

Pro Rizqy Consultancy Dialysis Consultant

Menutup tugasan tahun 2023 dengan melengkapkan pembaharuan lesen operasi pusat dialisis client. Renewal setiap 2 tahun.....
30/12/2023

Menutup tugasan tahun 2023 dengan melengkapkan pembaharuan lesen operasi pusat dialisis client. Renewal setiap 2 tahun.. submit nye 6 bulan sebelum tamat tempohnya. Kalau lewat hantar kena penalti sekali ganda fi renewal.

CKAPS, KKM Blok E Putrajaya ini la tempat ulangalik 6 bulan tu penuhi query dan macam-macam request. Kita follow dan patuh saja la. Alhamdulillah selesai.

01/12/2023
21/11/2023

Are you inspired to become a dialysis nurse?

NEW INTAKE for the 𝐏𝐨𝐬𝐭 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐜 𝐇𝐞𝐦𝐨𝐝𝐢𝐚𝐥𝐲𝐬𝐢𝐬 𝐍𝐮𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞 starting in JANUARY 2024! Your fulfilling nursing career starts here!

Course Details:
📚 6-Month Course
📚 Full-Time (at the NKF Training Centre in Petaling Jaya)
📚 Nurses should have at least 2years clinical experience (after graduating) before taking Post Basic Haemodialysis Nursing Programme.

If you're passionate about patient care and ready to specialize in dialysis care, this course is the gateway to your goal. It's designed to develop the skills, knowledge, and attitude of registered staff nurses, making them an integral part of a safe, effective dialysis care team.

For more information and sign up, visit our website or contact us today.
𝐍𝐊𝐅 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Tel : 03-79602301
Email : training@nkf.org.my
Link: https://tinyurl.com/2e9a6vrj

21/11/2023
PELAN ADVOKASI MENGURANGKAN GULA - KKMPelbagai inisiatif telah dirancang di bawah Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi ...
06/11/2023

PELAN ADVOKASI MENGURANGKAN GULA - KKM

Pelbagai inisiatif telah dirancang di bawah Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi memastikan mesej berkaitan gula dan kesannya terhadap kesihatan dapat disebarkan secara meluas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha berkata pelan itu, yang turut merangkumi 'Kempen Kurangkan Gula' bermatlamat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang pengambilan gula berlebihan dan dapat mengawal pengambilannya secara harian.

"Pelan ini juga merangkumi kempen kurangkan gula kepada pengusaha gerai minuman di medan selera di seluruh Putrajaya.
Saya difahamkan, semua pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya telah bersetuju melaksanakan penggunaan satu sudu teh gula sahaja bagi setiap minuman yang dipesan," katanya dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 peringkat Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Datuk Zainal Alhakab Seman.
Dr Zaliha berkata terdapat beberapa pengusaha minuman yang telah lama memulakan inisiatif pengurangan gula dalam minuman.

"Dalam hal ini, penghargaan dan pujian saya tujukan kepada pengusaha minuman di Medan Selera Presint 16 serta yang lain iaitu medan selera di Presint 8, Presint 9, Presint 11, Laman Perdana Presint 1, Laman Duta Presint 15 dan Trak Makanan Putrajaya yang menyahut cabaran dalam melaksanakan aktiviti mengurangkan gula di premis mereka. Saya berharap usaha yang sama dapat diteruskan di tempat lain. Pihak negeri juga diharapkan dapat menyebarkan pelaksanaan pengurangan gula ini di peringkat negeri masing-masing dengan memberi fokus kepada pengusaha minuman di gerai dan medan selera dengan kerjasama majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan masing-masing," katanya.

Dr Zaliha berkata pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti peningkatan berat badan dan obesiti, diabetes, karies gigi dan risiko penyakit tidak berjangkit yang lain.

Katanya, obesiti berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara tenaga atau kalori yang diambil melalui makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

"Kebanyakan daripada kita tidak sedar makanan dan minuman tinggi gula yang diambil antara penyumbang utama kepada pertambahan berat badan, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan gula hendaklah kurang daripada 10 peratus berbanding jumlah keperluan kalori harian individu.”

"Jika keperluan individu sebanyak 1,500 kalori sehari, maka individu tersebut tidak boleh mengambil melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil dalam kuih-muih serta makanan dan minuman lain," katanya.

Dia berkata rakyat Malaysia perlu peka dengan makanan dan minuman yang diambil terutamanya yang telah siap dimasak atau siap dibungkus kerana kebanyakan minuman manis mengandungi kadar gula yang tinggi termasuk minuman berkarbonat, kordial atau sirap serta minuman manis dibancuh seperti teh dan kopi.

Dr Zaliha berkata banyak kajian membuktikan perkaitan antara pengambilan gula secara berlebihan dengan kejadian pelbagai jenis penyakit.

Menurutnya peningkatan jumlah pesakit memberi beban yang besar kepada ekonomi dan kewangan negara, dengan kos untuk merawat penyakit diabetes sahaja mencecah RM4.38 bilion setahun pada 2017 berbanding RM2.04 bilion pada 2011, dan secara langsung turut memberi kesan kepada tahap produktiviti tenaga pekerja negara.

sumber : Bernama

Thanks to Mr L.N. Harish, CEO of Magna Meditech, one of a leading biomedical and healthcare services solution in Malaysi...
02/09/2023

Thanks to Mr L.N. Harish, CEO of Magna Meditech, one of a leading biomedical and healthcare services solution in Malaysia for having us in a fruitful discussion at his office.

We hope the establishment of his newly setup dialysis chain operation can come into reality in the near future.

Mengurus projek memerlukan perancangan rapi melibatkan tugas berpasukan. Agihan kerja dan tugasan yang dilaksanakan deng...
11/07/2023

Mengurus projek memerlukan perancangan rapi melibatkan tugas berpasukan. Agihan kerja dan tugasan yang dilaksanakan dengan efektif oleh ahli pasukan membantu kejayaan pelaksanaan sesuatu projek.

Setiap kali kami secure deal setup dialysis centre dari client maka bermulalah proses pengurusan projek bagi kami. Oleh kerana banyak proses yang terlibat dalam setiap projek maka pengurusan masa utk setiap proses adalah sangat penting.

Orang kata masa adalah emas, kami kata masa adalah duit 🤑.

Sebagai perunding tugas kami tidak terhad hanya pada setup new centre sahaja.  Ada client yang mahukan jalan pantas memi...
10/06/2023

Sebagai perunding tugas kami tidak terhad hanya pada setup new centre sahaja. Ada client yang mahukan jalan pantas memiliki pusat dialisis dengan membeli yang sedia ada beroperasi. Tugas kami adalah mencari pihak penjual dan berunding dengan kedua-dua pihak berkaitan harga dan syarat-syarat pembelian.

Walaupun rundingan mengambil masa untuk dua-dua pihak mencapai persetujuan namun yang penting adalah proses rundingan itu dijalankan dengan adil dan betul.

Konsepnya “ willing buyer, willing seller “

Berundinglah dengan adil dan betul sehingga dua-dua pihak sama-sama berpuas hati dengan hasil rundingan. Tiada manfaat jika berbalah berpanjangan hingga menyukarkan keputusan, akhirnya dua-dua pihak juga yang rugi masa, tenaga dan wang ringgit.

Konsultan lagi la rugi tak dapat bayaran 🫨

Cara lain bagi menubuh pusat hemodialisis selain menggunakan entiti bisnes adalah melalui penglibatan NGO/NGI. Ada NGO (...
25/05/2023

Cara lain bagi menubuh pusat hemodialisis selain menggunakan entiti bisnes adalah melalui penglibatan NGO/NGI.

Ada NGO (non-gov organisation) / NGI (non-gov institution) yang menjadikan operasi sebuah pusat hemodialisis sebagai salah satu aktiviti pertubuhan mereka. Fokus aktiviti tersebut adalah untuk tujuan kerja-kerja amal bagi menjaga kebajikan ahli yang sakit selain orang awam yang menghadapi kesukaran mendapatkan tempat rawatan di fasiliti swasta.

Pertubuhan berpeluang membantu dengan memberi rawatan percuma kepada pesakit dari kalangan ahli pertubuhan itu sendiri dan kepada golongan yang tidak mendapat apa-apa bantuan biaya kos rawatan dan ubat berkaitan.

Untuk melaksanakan aktiviti ini NGO/NGI perlu ada model kewangan mereka tersendiri yang kukuh bagi memastikan kekuatan dana untuk menjalankan operasi rawatan harian agar sentiasa mencukupi. Selain mengumpul dana dari yuran ahli, mengumpulkan sumbangan dari satu-satu projek yang dilancarkan oleh pertubuhan itu juga adalah dibenarkan.

Biasanya dengan mengadakan majlis makan malam amal pertubuhan dengan menjemput syarikat-syarikat korporat untuk menaja slot meja makan. Lebih menarik jika belanja tajaan itu nanti akan melayakkan penyumbang mendapat pengecualian cukai dari LHDNM.

KURSUS ASAS DIALYSIS ASSISTANT(16-18 Mei 2023) Batch ke-3Menjayakan kursus peningkatan kerjaya bagi seorang Pembantu Dia...
20/05/2023

KURSUS ASAS DIALYSIS ASSISTANT
(16-18 Mei 2023) Batch ke-3

Menjayakan kursus peningkatan kerjaya bagi seorang Pembantu Dialysis (Dialysis Assistant) minggu lepas di Qudrat Training Centre. Dikalangan peserta yang hadir ada yang dah pun berpengalaman 20-30 tahun tapi sayangnya tiada sijil untuk diiktiraf kelayakan pengalaman mereka. Sebab utama adalah sebelum ini tiada kursus dengan pengiktirafan seumpamanya diadakan. Ada peserta yang masih baru 1.5 tahun pengalaman pun majikan hantar untuk mencari pengiktirafan kerjaya dari awal.

Peserta intake ke-3 kali ini lebih ramai dari sebelumnya, penuh bilik training. Masing-masing usaha untuk sijil SKM Tahap 1 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, satu pengiktirafan kerjaya yang diperakui oleh kerajaan.

Ada yang claim levi HRDC syarikat dan ada juga yang sanggup bayar sendiri. Tamat kursus 3 hari ini ada tempoh 3 bulan lagi untuk peserta complete assignment masing2 sebelum on job interview dilakukan.

Moga ini menjadi amal jariah ilmu dari kami, bermanfaat untuk diri peserta dan perjalanan kehidupan masing-masing seterusnya nanti.

Semakin bertambah peserta setiap kali intake. Atas permintaan ramai, kursus asas DA open intake-4 (July), intake-5 (Sept...
09/05/2023

Semakin bertambah peserta setiap kali intake. Atas permintaan ramai, kursus asas DA open intake-4 (July), intake-5 (Sept) & intake-6 (Nov) 2023 👇

Usaha gigih dan berterusan sejak 2021, akhirnya membuahkan hasil. Rasmi telah dibuka untuk beroperasi, khidmat tempat ra...
04/05/2023

Usaha gigih dan berterusan sejak 2021, akhirnya membuahkan hasil. Rasmi telah dibuka untuk beroperasi, khidmat tempat rawatan untuk pesakit buah pinggang sekitar Kemaman, Terengganu.

Tahniah Muhammad Sabran Akram, your journey just begin 👏.

Talk about new hemodialysis centre setup & licensing process.
30/03/2023

Talk about new hemodialysis centre setup & licensing process.

Ada certified trainer HRDC sejak 2016. Fokus topik pengurusan dalam hemodialisis. Kali ini dapat jemputan untuk share ba...
20/03/2023

Ada certified trainer HRDC sejak 2016. Fokus topik pengurusan dalam hemodialisis. Kali ini dapat jemputan untuk share bab SOP perlesenan centre sedang beroperasi.

Ada permintaan cerita sikit bab nak setup centre baru so kita run-test peserta rasai sendiri cabaran kerjaya sebagai konsultan buat center.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pro Rizqy Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pro Rizqy Consultancy:

Share