10/03/2026
Boarding vs Non-Boarding Medicine Chest Inspection
Dalam industri maritime hari ini, kadang-kadang kita mendengar tentang dua pendekatan untuk pemeriksaan medicine chest:
Boarding inspection dan non-boarding inspection.
Non-boarding inspection biasanya ditawarkan kerana kosnya lebih rendah dan prosesnya lebih cepat. Ada yang hanya melibatkan semakan inventory list, gambar ubat, atau dokumen yang dihantar dari kapal.
Namun, satu perkara penting yang perlu difahami oleh ship operators ialah:
Marine Department sebenarnya tidak membenarkan inspection dijalankan secara non-boarding untuk tujuan certification.
Ini kerana medicine chest compliance bukan sekadar memastikan senarai ubat mencukupi.
Pemeriksaan yang sebenar juga melibatkan perkara seperti:
• cara ubat disimpan
• label ubat yang jelas dan betul
• susunan ubat untuk kegunaan semasa kecemasan
• keadaan sebenar medical equipment
• pemantauan tarikh luput ubat
Semua aspek ini hanya boleh dinilai dengan pemeriksaan fizikal di atas kapal.
Atas sebab itu, boarding inspection masih merupakan kaedah yang sah dan lebih menyeluruh untuk memastikan tahap compliance sebenar.
Apabila inspection dilakukan secara on board, inspector dapat melihat keadaan sebenar medicine chest dan memastikan semua ubat serta peralatan disimpan dengan selamat, teratur dan mudah digunakan ketika kecemasan.
Selain itu, boarding inspection juga memberi nilai tambahan melalui interaksi secara terus dengan crew kapal.
Inspector boleh:
• memberi penerangan ringkas tentang penggunaan ubat tertentu
• berkongsi basic medical handling semasa kecemasan
• membuat sedikit assessment terhadap kefahaman crew
Interaksi ini membantu meningkatkan pengetahuan dan keyakinan crew untuk bertindak apabila berlaku kecemasan di laut.
Ideal Nauticare juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada ship owners yang tidak berkompromi dalam perkara ini, dan memilih untuk menjalankan inspection secara boarding demi memastikan keselamatan serta kebajikan crew mereka sentiasa terpelihara.
Dalam persekitaran operasi yang jauh dari kemudahan hospital, medical preparedness bukan sekadar compliance — ia adalah sebahagian daripada keselamatan kapal.
Inspection bukan hanya tentang inventory.
Ia tentang memastikan kapal benar-benar bersedia apabila kecemasan berlaku.
Ideal Nauticare Sdn Bhd
Maritime Medical Compliance & Medicine Chest Inspection