11/07/2025
CUCI USUS, DETOX ?
Biasa dengar tak ada orang kata "kalau tak buang hari-hari, toksik tu serap balik buat kita gemuk, otak lembab, darah berasid"
Sorry, itu gimik juta-juta!
Bukan orang kita je percaya, mat saleh pun ramai terpedaya.
Jadi ramailah:
- telan fiber sampai cirit
- makan buah sampai cirit
- minum kopi pelbagai warna sampai cirit
- telan garam pun sampai cirit
Cirit bukan tandanya Detoks.
Itu reaksi badan, bukan fungsi sihat!
🍌 Contoh: Pisang.
Ya, ia melawaskan tapi bukan sebab serat semata. Ia trigger serotonin & histamin → perut bergerak cepat → buang air.
Bagi yang usus lembab, ia bantu.
Tapi yang sensitif? Silap-silap terus cirit!
Sembelit bukan sebab “banyak tahi terkumpul”💩.
Bukan juga sebab tak cukup kopi, air, garam atau fiber.
Masalah sebenar?
👉 Usus yang dah rosak!
👉 Saraf autonomi dalam usus
terganggu!
Minum air bergelen pun takkan baiki usus kalau sumber masalah iaitu gula, gluten, processed food, toksin sekeliling masih masuk setiap hari.
đź’ˇDetoks sebenar?
Bukan cuci usus, tapi kurangkan beban toksin harian:
âś… Jaga pemakanan
âś… Elak junkfood &
junkcosmetic
âś… Baiki fungsi usus & saraf
autonomi
Jus detoks tak boleh bersihkan Makanan proses dalam perut tu kalau dah reput 20 tahun pun belum habis.
Real food berkali2 lebih baik dari detox pill.
Usus bersih datang dari makanan sihat. Insya'Allah.
Sembelit tak selesai walau dah cirit 7 hari 7 malam, kalau usus masih merintih sakit kat dalam.
Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan