20/09/2025
Selamat Menyambut Hari Alzheimer Sedunia 2025
Hari Alzheimer Sedunia disambut pada 21 September setiap tahun sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit Alzheimer.
Tahun ini, kempen global membawa mesej baharu melalui dan , yang mengajak kita semua untuk lebih berani bertanya, mendapatkan maklumat yang tepat, serta memahami dengan lebih mendalam tentang Alzheimer dan Demensia.
Laporan Alzheimer Sedunia mendedahkan fakta yang membimbangkan: 80% orang awam dan 65% profesional kesihatan masih percaya bahawa demensia adalah sebahagian normal daripada proses penuaan.
Inilah masanya untuk kita mengubah persepsi itu. Mari bersama-sama menormalisasikan sikap bertanya, menyemai kesedaran, serta memberi sokongan kepada lebih 55 juta individu di seluruh dunia yang hidup dengan Demensia. Namun, kesannya tidak terhenti pada pesakit sahaja. Setiap penghidap Alzheimer atau Demensia membawa bersama kisah seorang penjaga, ibu, ayah, anak, atau pasangan yang berkorban masa, tenaga, emosi dan kewangan demi menjaga insan tersayang. Tekanan ini sering memberi kesan kepada kesihatan mental, ekonomi keluarga, dan juga hubungan sosial.
Apabila masyarakat lebih memahami, stigma dapat dihapuskan, beban penjaga dapat dikurangkan, dan sistem sokongan dapat diperkukuh. Ini bukan sekadar isu kesihatan individu, tetapi isu sosial yang memberi kesan kepada produktiviti, ekonomi dan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan.
Pada masa yang sama, langkah pencegahan dan penjagaan awal sangat penting. Kesihatan otak boleh dipelihara melalui gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan pengambilan nutrien yang menyokong fungsi kognitif. Suplemen seperti Mindtropic, yang diformulasikan dengan nutrien minda seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, dan Bacopa Monnieri, Magnesium dan Selenium yang membantu menguatkan sambungan sel otak, mengekalkan daya ingatan, serta menstabilkan emosi. Langkah kecil ini memberi impak besar kepada kualiti hidup warga emas agar mereka dapat terus menikmati usia dengan lebih tenang, sihat dan bermakna.
๐ Semoga kesedaran ini menjadi langkah kecil tetapi bermakna untuk kita wujudkan masyarakat yang lebih prihatin, sihat minda dan tubuh, serta berdaya memahami.