06/01/2023
"Tahniah, anak dah pandai mengamuk!" π
Terpinga-pinga mak ayah bila saya ucap tahniah selepas mereka mengadu anak tiba-tiba mula pandai mengamuk. π
Baring lantai.
Menjerit sekuat hati.
Sikit-sikit menangis tak ada sebab.
Umur 2 tahun 6 bulan baru reti mengamuk, sebelum ini tak kisah langsung apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.
Pakai baju apa, tak kisah.
Makan apa, tak kisah.
Main apa, tak kisah.
Belikan apa, tak kisah.
Bermaksud, perkembangan emosi dan sosial tidak berkembang lagi. Apabila anak sudah "pandai" mengamuk, bermaksud perkembangan emosi dan sosial anak baru masuk ke tahap yang baru.
Kiranya, anak dah masuk level yang lain. Amukan anak akan datang sekali dengan skil lain,
1. Anak mula berminat nak ambil tahu hal sekeliling.
2. Anak mula ada banyak emosi.
3. "Bonding" bersama mak ayah semakin banyak.
4. Anak mula berminat nak berdikari sendiri.
Sebab itu saya ucap tahniah, bermaksud berjayalah teknik terapi yang kami lakukan kepada anak. "Prognosis" yang bagus buat anak, sambil-sambil itu sempat saya kongsikan cara-cara untuk menghadapi fasa mengamuk anak.
Normal, "fasa mengamuk" anak akan bermula semasa anak umur 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun. Ada kanak-kanak yang mula awal.
Mengikut teori perkembangan psikososial daripada Erik Erikson, waktu ini anak dalam fasa Autonomi vs Ragu-Ragu/Malu.
1. Anak mahukan autonomi terhadap diri mereka sendiri. πͺ
2. Anak mahu pilih makanan, mainan dan pakaian sendiri. π½π
3. Anak sudah ada pelbagai emosi-emosi lain. π‘
4. Anak mula fokus dengan persekitaran. π
5. Anak nak berdikari pakai baju seluar sendiri, makan sendiri dll.
Eloklah mak ayah gunakan fasa ini dengan baik, sebab sekiranya betul tindakan kita anak akan mudah sangat berdikari sendiri. Nak bantu anak bebas diaper juga memang mudah jika anak nampak berminat. π
Begitulah, sekiranya kita tahu fasa-fasa perkembangan anak pasti mudah kita nak faham anak. β€οΈβ€οΈβ€οΈ
Ada mak ayah lain yang ada anak sedang fasa mengamuk?
Nak saya kongsi cara atasi fasa mengamuk anak?
Komen "YA" πββοΈ
Semoga bermanfaat, tahniah jika anak dah "move to another level". πππ
*Tinggal 1 HARI untuk promosi penilaian perkembangan anak RM100. Harga asal RM180. Rujuk komen untuk info lanjut β¬οΈ
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang.