11/01/2026
Hari ni kita nak cerita mengenai otot. Otot ni bukan perbincangan yang hanya sesuai utk athlete atau utk ahli sukan sahaja tp ia ada satu topik yang perlu menjadi perbincangan untuk semua peringkat umur. Sebagai seorang physiotherapist, setiap fakta dan perincian otot itu harus sentiasa menjadi tanda tanya, ruang untuk explore dan dibincangkan selalu.
Saya ada sepasang ibubapa yang mempunyai background sport science. Jadi perbincangan saya mengenai anak mereka selalunya sangat menarik dan teruja kerana mereka memahami bila saya sebut mengenai property otot. Jadi mereka lebih faham setiap pilihan aktiviti utk anak mereka.
Dalam apa bahagian terapi pun dalam fisioterapi, perkara yang kami perlu lihat dan beri perhatian adalah otot. Ini termasuk untuk anak2 special needs. Kerana cerita otot dan pergerakan ini adalah asas dalam perkembangan dan pergerakan manusia.
Jadi tempoh hari saya explain kepada ibu dan ayah. Saya sangat tekankan mengenai position dalam therapy approach saya. Kenapa? Kerana otot kita ni dia ada system dia. Dia akan activate hanya dalam posisi dia sahaja. Bila angle position dia lari, mula lah dia akan carik bantuan atau guna kan otot2 lain utk berfungsi. Kami panggil ini sebagai adaptation. Menggunakan otot2 lain, kecil atau besar utk menjalankan sesuatu pergerakan contohnya berjalan. Bila otot primer tak boleh berfungsi dengan baik, pelbagai otot sampingan terpaksa digunakan. Dan oleh kerana fungsi asalnya berbeza, pergerakan itu berlaku dalam keadaan kekok. Dan menyebabkan ia penat dan tidak dapat jalankan fungsi asal dia dengan baik. Dan pergerakan itu sendiri juga jadi kekok kerana otot yang sepatutnya itu tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jadi saya memilih untuk meletakkan anak2 terapi saya dalam posisi yang betul, melatih mereka dalam posisi2 ini supaya saya dapat activate otot yang sepatutnya. Dan sebab tu setiap posture dan pergerakan dalam perkembangan bayi itu sangat penting dan berharga, kerana setiap fasa perkembangan itu, activate otot, menyediakan otot untuk fasa seterusnya. Intervensi awal perkembangan fizikal anak itu sangat penting. Seawal baru lahir. Bila ada risiko, walaupun hanya 10% perlu diberi perhatian dan intervensi perlu dimulakan. Itulah EIP yang sebenar. Kita manage risiko.
Semoga bermanfaat
Sharfiza Abdul Aziz
Tender Touch Paediatric Rehab