National Health & Morbidity Survey - NHMS

National Health & Morbidity Survey - NHMS Annual national health survey, coordinated by Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum adalah bertujuan untuk menyediakan data-data penting tentang status kesihatan masyarakat Malaysia. Data tersebut akan digunakan bagi merancang polisi berkenaan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Tinjauan ini meliputi kediaman-kediaman yang telah terpilih secara rawak di seluruh Malaysia. Kerjasama semua pihak untuk menjayakan tinjauan ini adalah amat dihargai.

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia!Setiap hari, anda semua bekerja keras menj...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia!

Setiap hari, anda semua bekerja keras menjaga kesihatan rakyat — dari doktor dan jururawat, sampai ke staf di klinik, makmal, pejabat dan di lapangan.

Tema tahun ini, “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, memberi fokus kepada pemerkasaan tenaga kerja yang berdaya tahan, berkemahiran tinggi, dan sejahtera bagi menghadapi cabaran masa hadapan, selaras dengan agenda pembangunan negara.

Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan komitmen yang anda berikan. Tanpa anda, sistem kesihatan negara tidak akan berjalan dengan baik.

Apa yang anda lakukan sangat bermakna — anda adalah kekuatan negara dan inspirasi kepada semua.

Daripada kami,
Publisiti & Media NHMS 2026

Bengkel Policy Brief dan Research Highlight sempena Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan W...
30/04/2026

Bengkel Policy Brief dan Research Highlight sempena Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas telah berlangsung bagi merangka dan membangunkan cadangan strategi serta polisi berdasarkan dapatan terkini NHMS 2025 bagi memperkukuh dasar berkaitan kesihatan warga emas di Malaysia.

🗓 Tarikh: 27 – 30 April 2026
📍 Tempat: Hotel Royale Chulan Seremban

Penceramah:
Dr. Nordin Saleh & Dr. Noor Ani Ahmad





Majlis Pelancaran Dapatan Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 : Kesihatan Warga Emas telah di...
29/04/2026

Majlis Pelancaran Dapatan Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 : Kesihatan Warga Emas telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 20 April 2025 (Isnin) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).





Taklimat Bersama Pegawai Perhubungan Negeri (LO) bagi National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2026: Kesihatan Ibu dan ...
24/04/2026

Taklimat Bersama Pegawai Perhubungan Negeri (LO) bagi National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2026: Kesihatan Ibu dan Anak telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah IKU.

Taklimat ini memberi fokus kepada peranan dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Negeri (LO) sepanjang pelaksanaan NHMS 2026.

Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Platform: Zoom Meeting

Adalah dimaklumkan bahawa Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia...
16/04/2026

Adalah dimaklumkan bahawa Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 20 April 2025 (Isnin)
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya

Ikuti perkembangan semasa dan terkini secara langsung melalui Facebook rasmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Kesihatan Umum (IKU) !!




Taklimat Aktiviti Pra-Ujian (Pre-Test) Borang Soal Selidik Modul-modul bagi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi ...
10/04/2026

Taklimat Aktiviti Pra-Ujian (Pre-Test) Borang Soal Selidik Modul-modul bagi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2026: Kesihatan Ibu dan Anak.

Tarikh: 7 - 9 April 2026 (Selasa - Khamis)
Tempat: Bilik Mesyuarat Dahlia, IKU, NIH Setia Alam

01/04/2026

Tahukah anda…?
Usia kanak-kanak adalah peringkat penting untuk kesihatan dan perkembangan. Pemakanan yang baik adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kesihatan dan perkembangan secara keseluruhan, dan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan mencapai potensi maksimum.
Did you know…?
Early childhood is a key stage for health and development. Good nutrition and overall development help children grow well and reach their potential.
Children’s health today shapes their future.





MARI SERTAI PASUKAN KAMI!!Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Kesihatan Negara (NIH) aka...
18/03/2026

MARI SERTAI PASUKAN KAMI!!

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Kesihatan Negara (NIH) akan menjalankan Tinjauan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2026: Kesihatan Ibu dan Anak. Sehubungan dengan itu, pihak IKU ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan personel MyStep seperti keterangan dibawah. (Rujuk iklan di bawah untuk maklumat lanjut)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2026

10/03/2026

Kepada semua wanita dan ibu, bersiap sedia untuk sesuatu yang besar! NHMS 2026 bakal tiba tidak lama lagi. Ikuti perkembangan terkini dan maklumat penting hanya di media sosial rasmi NHMS.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama mengikuti perjalanan NHMS 2026!
To all women and mothers, get ready for something big! The National Health and Morbidity Survey 2026 (NHMS 2026) is coming soon. Stay updated with the latest news and announcements on NHMS official social media. Be a part of the journey and don’t miss out!

Maklumat lanjut berkenaan Technical Report NHMS 2024: Pemakanan boleh dimuat turun di website rasmi Institut Kesihatan U...
08/12/2025

Maklumat lanjut berkenaan Technical Report NHMS 2024: Pemakanan boleh dimuat turun di website rasmi Institut Kesihatan Umum
https://iku.nih.gov.my/nhms-2024
Pautan laporan teknikal :
🟩NHMS 2024: Nutrition, Volume I - Methods:
iku.nih.gov.my/images/nhms2024/vol1.pdf
🟩NHMS 2024: Nutrition, Volume II - Findings:
iku.nih.gov.my/images/nhms2024/vol2.pdf
🟩Nutrition, Volume III - Food Consumption Statistics:
https://iku.nih.gov.my/images/nhms2024/vol3.pdf

Maklumat lanjut berkenaan Technical Report NHMS 2024: Pemakanan boleh dimuat turun di website rasmi Institut Kesihatan Umum
https://iku.nih.gov.my/nhms-2024

Pautan laporan teknikal :
🟩NHMS 2024: Nutrition, Volume I - Methods:
iku.nih.gov.my/images/nhms2024/vol1.pdf
🟩NHMS 2024: Nutrition, Volume II - Findings:
iku.nih.gov.my/images/nhms2024/vol2.pdf
🟩Nutrition, Volume III - Food Consumption Statistics:
https://iku.nih.gov.my/images/nhms2024/vol3.pdf

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Kesihatan Negara(NIH) akan menjalankan National Heal...
02/12/2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Kesihatan Negara
(NIH) akan menjalankan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2026: Maternal and
Child Health bermula tahun 2026. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini
mengenai status kesihatan ibu, anak dan wanita reproduktif berumur 15 hingga 49 tahun di
seluruh Malaysia. Oleh itu, pihak IKU ingin mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan personel MyStep Publisiti tahun 2026.

Sesi Pembentangan Awal bagi Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS2025): Kesihatan Warga Emas telah berjaya diadakan pa...
20/11/2025

Sesi Pembentangan Awal bagi Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS2025): Kesihatan Warga Emas telah berjaya diadakan pada 14,17 & 19 November 2025 di Bilik Mesyuarat Dahlia, Blok 5, Institut Kesihatan Umum (IKU).

Sesi pembentangan awal ini memberi penekanan kepada aspek-aspek utama dalam analisis dan pengesahan data berdasarkan modul-modul tinjauan, dengan tujuan memastikan ketepatan data dan mutu hasil penyelidikan.

Address

Institut Kesihatan Umum (IKU), Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH), 1 Jalan Setia Murni U13/52 Seksyen U13
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Health & Morbidity Survey - NHMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share