Kebaikan Semulajadi Halia

Kebaikan Semulajadi Halia Kebaikan Halia Yang Mampu Mengeluarkan Angin Dalam Badan Yang Mampu Menghalang Sel-Sel Kanser Aktif

Cara Buang Angin Dalam Badan, Boleh Cuba Antara 3 Air Mujarab Ini!Badan kalau ada masalah angin, diri pun boleh berangin...
15/11/2023

Cara Buang Angin Dalam Badan, Boleh Cuba Antara 3 Air Mujarab Ini!

Badan kalau ada masalah angin, diri pun boleh berangin satu badan juga. Mana tidaknya, sendawa tak lepas buat badan tak selesa dan terbaring lesu. Jadi disebabkan itu, kami ingin kongsikan cara buang angin dalam badan menggunakan air-air mujarab ini.

CARA BUANG ANGIN DALAM BADAN
=======================

1. SUSU HALIA PANAS
BAHAN-BAHAN:
Susu
Halia

CARA PENYEDIAAN:
1. Hiris halus halia atau tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk berisi susu.

2. Panaskan susu yang dah dimasukkan halia tadi atas dapur dengan api kecil.

3. Agak-agak dah menggelegak sikit, tutup api dan minum dalam keadaan suam atau panas.

Tips: Lagi banyak halia korang letak, lagi padulah angin korang nanti. Tapi jangan terlampau banyak p**a. Agak-agak ikut kuantiti susu korang tu. Minum masa panas tau sebab kalau susu sejuk, nanti rasa dia dah tak padu.

2. TEH + LEMON + HALIA

Kombinasi yang paling saya s**a. Dia punya kesan tak sampai 10 minit dah boleh rasa. Kalau amalkan dalam seminggu, memang ringan gila rasa badan. Sebab minum air ni juga boleh buatkan sistem pencernaan korang berjalan lancar.

BAHAN-BAHAN:
Seuncang teh
Lemon
Halia

CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam uncang teh bersama hirisan lemon dan halia.

2. Kalau nak manis, boleh tambah madu sikit. Minum dalam keadaan air masih suam atau panas.

3. BAWANG PUTIH + SERAI

Kalau korang lalu, boleh sahaja terus makan bawang putih yang dah dibakar macam tu je. Tapi sebab saya tak mampu nak telan rasa bawang putih tu, saya rela minum air bawang putih. Kesan dia sama je.

Nak lagi sedap, letak serai. Bau dia memang wangi lepas tu. Nak minum pun rasa berselera je.

BAHAN-BAHAN:
Bawang putih
Serai
Madu

CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus bawang putih dan serai yang dah ditumbuk kasar dalam periuk atas api kecil. Bawang putih tu korang boleh pilih nak tumbuk ke nak potong halus. Kalau potong halus nanti bila dah rebus dia jadi lembut sikit. Nak kunyah pun senang.

2. Bila dah menggelegak, korang boleh sejukkan sikit dan minum. Kalau rasa tak mampu telan, boleh je tambah madu supaya rasalah sikit manis-manis.

Kebaikan Halia Untuk KesihatanHalia adalah sejenis bahan biasa yang boleh ditemui dalam ubatan tradisional di seluruh du...
15/11/2023

Kebaikan Halia Untuk Kesihatan

Halia adalah sejenis bahan biasa yang boleh ditemui dalam ubatan tradisional di seluruh dunia.

Ia sangat kaya dengan bahan kimia semula jadi yang dapat memperbaiki tahap kesihatan anda.

Walaupun masih terdapat banyak kajian yang perlu dilakukan untuk lebih memahami dan membuktikan keberkesanan tumbuhan ini dalam kesihatan, terdapat beberapa kebaikan halia untuk kesihatan yang tidak dapat dinafikan.

#1. Mencegah kuman dalam tubuh badan
Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman.

Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema, batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal demam, selesema atau batuk, maka bolehlah anda gunakan tumbuhan ini sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam ia setelah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom mulai kebah.

#2. Menguatkan imunisasi tubuh badan
Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan.

Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.

Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.

Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser.

Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

#3. Halia boleh membantu sistem penghadaman
Salah satu manfaat halia ialah berkaitan sistem penghadaman. Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.

Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia.

Selain itu, ia juga mampu melegakan sembelit, kekejangan dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.

Jadi, kita boleh cuba ambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu sistem penghadaman.

#4. Manfaat halia: Mengurangkan pening kepala kronik
Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebusnya di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil.

Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pening kepala.

#5. Kebaikan halia: Memastikan kitaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu membantu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah kita daripada demam dan mengalami peluh yang berlebihan.

Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, menyatakan tumbuhan ini mungkin dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik.

Ia juga dikatakan dapat membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.

Menurut pengkaji yang lain p**a, dikatakan halia mungkin dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.

Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.

#6. Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut
Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil tumbuhan ini sebelum memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa tumbuhan ini mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

#7. Kebaikan halia: Mencantikkan kulit wajah
Jika anda inginkan kulit wajah yang bersih, putih, lembut, bersinar-sinar dan awet muda, anda boleh amalkan pengambilan tumbuhan ini.

Hanya dengan menggunakan halia dengan campuran cuka sahaja, ia dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah lalu menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela.

Caranya, mudah sahaja. apa yang anda perlu lakukan ialah rendamkan hirisan tumbuhan ini ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk.

Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

Kini anda telah mengetahui manfaat halia. Mulai hari ini, jom manfaatkan kebaikan halia ini seharian okay!

Address

Setia Utama 3, Seksyen U13
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kebaikan Semulajadi Halia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kebaikan Semulajadi Halia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram