Pulih Usus & Penyakit Dengan Kaussar

Pulih Usus & Penyakit Dengan Kaussar Mood jadi stabil.

Minuman Botani PROBIOTIK + PREBIOTIK, yang mengandungi 40 Billion CFU Bakteria Baik, untuk membaik pulih usus, membuang racun & toksin yang mewujudkan angin jahat, supaya seluruh sistem badan menjadi sihat dan stabil.

29/11/2023

Badan rasa lemah, mengapa?

Penting ke tambah bakteria baik di usus kita?
29/11/2023

Penting ke tambah bakteria baik di usus kita?

Pasti anda pernah tertanya-tanya, boleh ke manusia makan probiotik setiap hari? Selalu sangat mereka yang obses dengan kesihatan sebut pasal probiotik kan? Kita pun mesti nak tahu, tak ada mudarat ke pada kesihatan?

Bakteria kot? Bukan ke bakteria tu bahaya?

Secara majoritinya, ramai orang boleh consume probiotik setiap hari tanpa sebarang masalah.

Probiotik adalah bakteria baik. Bila kita sebut baik, pastilah ia tidak mudarat pada badan. Bakteria baik ini besar peranannya pada sistem tubuh manusia. Ia memastikan keseimbangan dalam mikrobiom usus, seterusnya menyokong sistem pencernaan dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

Kesihatan usus yang baik p**a sangat mempengaruhi banyak hormon seperti kortisol, melatonin, serotonin dan lain-lain. Ia juga sangat mempengaruhi sistem imuniti badan yang berperanan p**a menangkis jangkitan dari virus dan bakteria jahat dari persekitaran.

Tetapi tidak dinafikan, keperluan pengambilan probiotik adalah berbeza mengikut tahap kesihatan individu seperti berikut :

Individu sihat : Tidak perlu consume probiotik setiap hari. Memadai beberapa hari sekali kerana fungsi tubuh mereka sudah pun tip top.

Individu yang banyak makan makanan peram : Mereka yang dalam pemakanan harian banyak makan makanan tinggi bakteria baik seperti yogurt, kimchi, kefir, budu dan lain-lain, mungkin tak perlu makan suplemen probiotik setiap hari kerana makanan itu sudah pun ada kandungan bakteria baik.
Individu yang mempunyai sistem imun terlalu lemah : Mereka ini dinasihatkan makan probiotik dengan merujuk kepada pantauan Doktor. Elakkan consume sesuka hati!

Jadi, boleh saja nak makan probiotik setiap hari. Cuma pastikan kondisi tubuh badan masing-masing sebelum mula consume. Jika anda immune compromised, dinasihatkan rujuk kepada Doktor terlebih dahulu.

Walaupun majoriti orang boleh consume probiotik setiap hari, ada orang p**a akan mendapat masalah perut kembung bila mereka mula makan probiotik.

Eh kata bakteria baik yang kita makan, kenapa jadi kembung p**a ni?

Haa ada banyak sebab yang mempengaruhi reaksi perut kembung pada waktu permulaan consume probiotik :

Reaksi ‘Die-Off’ : Bakteria baik berperang dengan bakteria jahat. Bila kita tambah bakteria baik dalam usus, keseimbangan mikrobiom akan berubah. Perperangan bakteria ini yang menghasilkan gas berlebihan.

Tindak balas bakteria baik : Beberapa bahan dalam formulasi probiotik yang anda minum mencetuskan reaksi pantas. Bakteria baik terus bertindak pada sistem pencernaan, terutamanya pada makanan yang kita baru consume hari ini.

Dos yang tinggi : Kadangkala dos yang tinggi pada permulaan boleh memberikan tekanan tambahan pada sistem pencernaan. Sebaiknya mulakan dengan dosage yang rendah dan tingkatkannya kepada dosage optimum bagi mengelakkan kembung perut.

Jika anda tidak pasti tentang tahap kesihatan anda, sentiasalah berbincang dengan Doktor anda bagi mendapatkan kepastian tentang manfaat probiotik kepada usus anda. Terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu secara harian.

Akhirnya, walaupun Probiotik memberikan manfaat kesihatan yang banyak, kita sebagai pengguna perlulah cakna pada kesihatan diri sendiri. Kita lebih tahu dan merasakan perubahan pada badan bila kita consume probiotik setiap hari.

Consume dengan ilmu bagi mendapatkan manfaat maksimum dari suplemen probiotik. Hidup makin sihat bila usus kita sihat. Jom consume bakteria baik!

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pulih Usus & Penyakit Dengan Kaussar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pulih Usus & Penyakit Dengan Kaussar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram