05/03/2026
Percaya tak ini kali pertama kami bergambar bersama sejak RPDamai beroperasi 😁
Duduk dari kiri:
Pn Rohaiza, Founder En Azli, Dr Ghazali, Co-founder Hj Radzai, Hjh Sa'edah.
Berdiri dibelakang:
Pn Alisa, En Adam, En Suhaimi (pegawai paling lama berkhidmat di RPD), En Ikhtiaruddin, En Hadzrin.
2 lagi penyelia dan beberapa orang staff sokongan tidak dapat hadir.
Doakan kami terus diberi ketabahan dan kesabaran menempuh dugaan serta cabaran dalam memberi khidmat sehabis baik kami kepada penghuni² khasnya , keluarga mereka serta komuniti amnya. Disamping itu, doakan juga kami diberi kekuatan untuk jalan seiringan dan berganding bahu sesama petugas dan kakitangan bagi kelancaran usaha ini.
Seperti kata Ustaz Hanafi semasa ceramah pendek beliau di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental tahun lepas.. " Membuka rumah penjagaan adalah perkara yang paling payah sekali, apatah lagi untuk menjaga pesakit² psikiatri".
Begitulah... kami hanya ada doa dn kesefahaman untuk terus berjiwa kental.
Insyallah, Allah ada melihat akan keadaan hamba²Nya yg berusaha.
Kepada penghuni², ingat pesanan Ust Firdaus (mantan pengajar di RPD); Jangan lupa makan ubat, ikut undang² dan peraturan RPD serta jaga ikatan ukhwah sesama penghuni/staf.
Menerima dan menyedari akan sakit yang dihadapi adalah sesuatu yang paling sukar berlaku (iaitu 'insight').
Apa akan jadi jika mereka ini tiada 'insight' ?, tidak diawasi, tidak dikawalselia, tidak diberi peringatan dan nasihat saban hari ? Pengambilan ubat tidak sempurna, rawatan susulan tidak diikuti, keluarga p**a sibuk urusan seharian..
Jawapannya mereka akan 'relapse' dan gangguan lebih teruk mula mengganggu diri.
Akibatnya ! Masalah Sosial mendekati - kembali mengambil bahan terlarang, cenderung masalah syariah, salah amalan sebagai Islam, cenderung kes jenayah, senjata, gaduh dan mencederakan diri serta sekeliling.. keluarga jadi huru hara, komuniti berasa tidak selesa.
Kepada mereka yang memandang remeh isu kesihatan mental dan psikiatri ini, renungkan akibatnya jika dibiarkan. Tidak membantu tidak apa, asalkan jangan menidakkan hak mereka kerana mereka juga manusia yang memerlukan bantuan dan sokongan kita.
Wallahua'klam
Terima kasih Allah, terima kasih Bahagian Pemulihan Al-Riqab Majlis Agama Islam Selangor yang banyak membantu.
"Minda Sihat, Jiwa Tenang"
"Bantu Kami Membantu Mereka dan Anda Semua"