Serasi Pantang Care

Serasi Pantang Care Perkhidmatan semasa berpantang oleh penjaga pantang MELAYU yang berpengalaman selama 20 tahun.

Menggunakan gabungan cara rawatan penjagaan moden dan tradisional. Berpengalaman dan bersedia berkhidmat di luar dan di dalam negara.

Barakallah fii umrik ya Qawiy 🌸Rambut nya tu bawalah ke pusat zakat. Di sana mereka akan timbang dan kirakan untuk kita ...
02/08/2025

Barakallah fii umrik ya Qawiy 🌸
Rambut nya tu bawalah ke pusat zakat. Di sana mereka akan timbang dan kirakan untuk kita berapa nilai zakat yang boleh kita keluarkan. Semoga sihat selalu sayang ku 🤲

Khidmat cukur rambut bayi termasuk sekali dalam pakej jagaan berpantang 7 hari dan ke atas.

http://www.wasap.my/601151122720/serasi

Address

Shah Alam
40170

Telephone

+601151122720

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Serasi Pantang Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Serasi Pantang Care:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

WANITA ANGGUN WANITA CEMERLANG

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya Salina Salleh. Berusia 46 tahun. Saya sudah berada di dalam bidang ini lebih dari 10 tahun. Kemahiran yang saya dapat turun temurun. Disamping sedikit sebanyak saya pelajari untuk penambahan ilmu yang sedia ada. Perkhidmatan saya tidak terhad di satu-satu kawasan sahaja. Saya memberi perkhidmatan buat semua wanita dan berbilang bangsa dan agama di seluruh dunia, Saya telah berada di United Kingdom, HongKong, Australia dan beberapa negara luar lagi.

Sekarang saya memulakan perkhidmatan penjagaan di rumah jagaan pantang sendiri. Kelebihannya, saya dapat membantu lebih ramai wanita dalam satu masa. kelebihan pada pelanggan p**a, mereka dapat berpantang dengan baik tanpa menyusahkan ahli keluarga lain untuk menjaga mereka. Kelebihan berpantang bersama saya adalah kerana saya cukup berpengalaman untuk membantu para ibu dan bayi dalam semua keadaan.

Saya s**a melihat wanita cantik, sihat dan berjaya dalam kehidupan. Semua wanita berkeinginan untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka. Saya s**a membantu wanita-wanita untuk mencapai impian mereka. Istilah cantik bukan sekadar pada paras rupa, ia merangkumi luaran dan dalaman tubuh kita. Kecantikan dalaman akan membantu menampilkan kecantikan luaran. Kita cantik untuk diri kita sendiri. Kita sihat juga untuk diri kita sendiri. Kebaikan yang ada pada diri kita membantu untuk kita menjaga orang-orang yang kita sayang disekeliling kita.