CPK Negeri Selangor

CPK Negeri Selangor UNIT PROMOSI KESIHATAN
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Wellness On Wheels | ANMS | HePiLi | COMBI | Doktor Muda
(1)

02/05/2026

Sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin, kita mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak. Tapi, tahukah anda mengapa imunisasi menjadi keutamaan dalam sistem kesihatan kita?

Berikut adalah 4 sebab utama mengapa imunisasi sangat diperlukan:

โœ… Tiada jaminan bayi dan kanak-kanak akan sentiasa bebas daripada risiko penyakit cegahan vaksin tanpa perlindungan tambahan.
โœ… Sistem Imuniti Belum Matang
โœ… Melindungi daripada 13 jenis penyakit yang boleh dicegah
โœ… Vaksin membantu menguatkan sistem imuniti individu, keluarga dan masyarakat

Jangan tunggu sehingga penyakit datang menyerang. Lindungi masa depan mereka dengan imunisasi lengkap mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM.

02/05/2026

๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ! ๐Ÿ„โš ๏ธ

Tengah belek-belek media sosial tengok isu semasa, nampak ada orang post gambar tunjuk hasil tuaian cendawan busut. Banyak amat. Min pun geram tengok...teringin jugak sebenarnya nak pegi mencari jugak.

Dekat ruangan komen pun meriah, ramai juga yang teruja cakap: "Eh, dekat belakang rumah saya pun ada banyak ni. Boleh makan ke? Nak petik juga lah buat lauk!"

Risau p**a admin baca. Yela, minggu ni kes keracunan cendawan tengah naik. Takut ada yang tersilap petik ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜†๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ (Chlorophyllum molybdites) sebab tertukar dengan cendawan busut yang boleh memudaratkan kesihatan.

Kalau nak petik juga, pastikan PERHATI & PILIH betul-betul yeโ€ฆ.

Kenal pasti ciri-ciri ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐˜€๐˜‚๐˜ yang sebenar:๐Ÿ‘‡

1๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ผ๐—ฝ๐—ถ/๐—ฃ๐—ฎ๐˜†๐˜‚๐—ป๐—ด: Berbentuk payung, berwarna putih, kelabu, atau keperangan dengan permukaan yang licin.

2๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ถ: Mempunyai tangkai yang tegap dan panjang.

3๏ธโƒฃ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ: Keunikan utamanya mempunyai akar yang panjang menjalar ke dalam tanah

4๏ธโƒฃ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐˜‡: Boleh tumbuh dalam saiz yang agak besar

Kalau betul yakin morfologinya tepat, baru boleh petik. Tapi kalau ragu-ragu...elok janganla dipetik dan dimasak...

Jangan risikokan kesihatan diri anda dan keluargaโ•

โš ๏ธ Ingat, kalau ragu-ragu, JANGAN PETIK! ๐Ÿšซ

"Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"



Kredit : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

02/05/2026

๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan dan situasi ini mungkin boleh merendahkan keyakinan diri seseorang.

Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan kenal pasti sebab utama yang menyebabkan nafas anda berbau.

02/05/2026

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) untuk lapan tahun berturut-turut (2018-2025).

Namun, kita tidak boleh leka. Risiko malaria zoonotik kini menjadi cabaran utama dengan menyumbang hampir 79% daripada jumlah kes pada tahun 2025.

Perjuangan diteruskan untuk memastikan Malaysia benar-benar bebas malaria.

02/05/2026

Jom kita fahami fakta sebenar mengenai kandungan vaksin.

โœ”๏ธ Antigen sebagai Komponen Utama ๐Ÿฆ 
โœ”๏ธ Vaksin diberi bagi mencegah penyakit cegahan vaksin serta mengelakkan komplikasi serius
โœ”๏ธ Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan vaksin menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan keberkesana produk
โœ”๏ธ Kandungan bahan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan tidak memudaratkan tubuh badan.

Kesihatan adalah pelaburan masa depan. Jangan ragu dengan sains yang menyelamatkan nyawa.

02/05/2026

Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

01/05/2026

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

01/05/2026

๐ŸŽ‰๐ŸŒŸ S๐„L๐€M๐€T H๐€R๐ˆ ๐E๐ŠE๐‘J๐€ | ๐Ÿ ๐ŒE๐ˆ ๐Ÿ0๐Ÿ6 ๐ŸŒŸ๐ŸŽ‰

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ yang sentiasa berdedikasi, komited dan luar biasa dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan komuniti! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’š

Setiap usaha, setiap langkah, setiap pengorbanan semuanya sangat bermakna.
Hari ini kita raikan semangat kerja kuat dan keikhlasan anda semua! โœจ๐Ÿ‘

๐‘ป๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚.
๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‚๐’๐’‚ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’๐’‚๐’…๐’Š ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐’Š๐’๐’Š. ๐Ÿซถ






01/05/2026

Penyakit Malaria boleh dirawat namun boleh membawa maut sekiranya lewat dikesan dan dapatkan rawatan.

Antara faktor penyumbang kepada kematian malaria adalah kurangnya pengetahuan tentang risiko pendedahan jangkitan dan tanda serta gejala yang menyebabkan pesakit lewat mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

01/05/2026

Pesanan penting berkaitan pengambilan cendawan

Langkah Berjaga-jaga:

โ–ถ๏ธ Jangan makan cendawan liar. Belilah cendawan yang dijual secara sah di pasar atau pasar raya.
โ–ถ๏ธ Jangan kutip mana-mana cendawan yang tumbuh meliar di sekitar rumah atau kawasan hutan.
โ–ถ๏ธ Cendawan beracun dan tidak beracun boleh tumbuh di lokasi yang sama. Jangan sangka kawasan yang "bersih" itu selamat.
โ–ถ๏ธ Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan cendawan
โ–ถ๏ธ Simpan baki cendawan mentah atau yang telah dimasak untuk tujuan pengenalpastian spesies

Bengkel Pelaksanaan dan Penyelarasan Pakej Resilien Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) Negeri Selangor 2026 te...
30/04/2026

Bengkel Pelaksanaan dan Penyelarasan Pakej Resilien Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) Negeri Selangor 2026 telah diadakan pada:

Tarikh : 28 April 2026 (Selasa)
Tempat : Bilik Semarak, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Shah Alam

Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, Pejabat Pendidikan Klang, Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Pejabat Pendidikan Kuala Langat dan Pejabat Pendidikan Kuala Selangor. Bersama-sama melengkapkan agenda bengkel pelaksanaan, turut dihadiri wakil guru dari SMK Puncak Alam, SMK Taman Medan, SMK Taman Muda Klang, SMK Jalan Empat, SMK Sungai Kertas dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi.

30/04/2026

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN ๐Ÿ„๐Ÿ„โ€

Gejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam selepas anda memakannya.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut selepas makan cendawan, bertindaklah segera!

โœ… Sakit perut
โœ… Loya
โœ… Muntah
โœ… Cirit-birit
โœ… Pening kepala
โœ… Peluh berlebihan
โœ… Kekeliruan atau halusinasi
โœ… Sawan

Address

Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CPK Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to CPK Negeri Selangor:

Share