06/05/2026
“Anak hidung berdarah, jangan terus baringkan.”
Ramai orang masih buat benda yang sama bila anak tiba-tiba hidung berdarah. Terus suruh baring. Ada juga yang suruh dongak kepala ke atas. Niat memang mahu bantu, tapi cara itu sebenarnya salah.
Bila anak dibaringkan atau didongakkan, darah boleh mengalir ke belakang tekak. Anak boleh tersedak, batuk, loya atau muntah. Sebab itu, bila hidung berdarah, jangan paksa darah “masuk balik”. Biar ia keluar dengan cara yang betul.
Apa perlu buat?
1. Dudukkan anak dalam posisi tegak.
2. Tundukkan kepala sedikit ke depan.
3. Picit bahagian lembut hidung selama 10-15 minit tanpa lepaskan-lepaskan.
4. Suruh anak bernafas melalui mulut.
5. Kalau ada darah masuk ke mulut, ludahkan. Jangan telan.
Kalau masih tak berhenti selepas 20 minit, darah terlalu banyak, anak nampak lemah, pucat, pening, atau hidung berdarah berlaku selepas terjatuh atau terhantuk, terus bawa ke klinik atau jabatan kecemasan.
Kadang-kadang petua lama masih diwariskan tanpa semak semula. Bila nampak anak hidung berdarah, jangan panik. Cara yang betul nampak ringkas, tapi itulah yang paling selamat.