21/09/2017
Pemandu Grab/Uber mangsa keadaan?
Hidup di Malaysia ni,yg ada kuasa akan ubah undang2 sesuka hati mereka....
teksi yg sedia ada sebelum ni yg patut kawal selia,cegah dari tambang potong kepala sepatutnya siapa?SPAD kan? Jalan/cara ntuk jadi pemandu teksi dh mmg elok & tsusun,perlu ada lesen psv,medical checkup, permit,kad pemandu dan inspection kenderaan berkala...jalan tu mmg dh cantik.... kerajaan cuma tinggal bangunkan satu APPLIKASI dan amek la insentif/percent dari setiap trip ,hapuskan sistem meter kalau itu yg perlu....kalau x cukup teksi,tambahkan lg permit individu.....
tp knp kerajaan perlu nak bersekongkol dgn Uber/Grab? Sebab dana & perolehan komisyen...sebab kuasa wang yg ada pd Uber/Grab...tu saja....tiba2 sanggup ubah mcm2 undang2 semata nak bagi uber/grab masuk &lulus....tahu brp b*k yg Grab habis ntuk iklan? Berjuta2....
Hebat kan permainan kuasa duit? Walhal kalau kerajaan bangunkan apps sendiri,wang insentif direct masuk
Dlm kantung mereka...tp mereka still gunakan org tengah.... sgt mhairankan....
kenapa Driver teksi taknak bwk Uber/Grab?
Driver teksi dh b*k bhabis
Modal nak jadi/layak ntuk memandu teksi....
Lesen PSV,medical checkup,kad pemandu,modal keluar teksi,pasang meter,daftar SSM dan segala mcm KARENAH BIROKRASI sudah mereka lalui yg mbabitkan wang ringgit dan masa.....
Knp Driver teksi taknak ikut aliran moden,pkembangan semasa?
Hmmmm,ko ingat susah sgt ke nak guna applikasi mcm Uber/Grab tu smpai nk kene ada degree baru pandai? Sebelum ada Grab,JP teksi dh guna apps MYTEKSI dan apps tu berjaya dgn suksesnya... ada JP teksi umur 60 thn pun pandai guna laa apps ni....
Knp apps MYTeksi tukar jadi Grab?
MyTeksi hidup/bjaya sebab pemandu teksi yg mpopularkan mereka..tp oleh sebab tamakkan duit hasil komisyen dari pemandu,mereka langgar undang2 dan tawarkan khidmat pengangkutan awam dgn gunakan kenderaan persendirian
SEBAB APA? sebab jika hanya guna teksi,insentif yg mereka perolehi hanya dari pemandu teksi saja,jika ada 30,000 teksi di Lembah Klang,pusing2 pun hanya insentif dari bilangan teksi ni saja yg diperolehi. MYTEKSI jadi tamak dan mbuka peluang bagi rakyat Malaysia yg sememangnya dihimpit dgn kesempitan hidup ntuk menambah pendapatan dgn memandu dan menarah hasil pendapatan pemandu kenderaan persendirian ini...
KNP TEKSI NAK MARAH?
Sebab kenderaan persendirian ialah kenderaan persendirian,mana ada insurans nak cover jika blaku kemalangan sebab kenderaan tu sendiri pun disalahgunakan ntuk jadi kenderaan PERDAGANGAN? JP TEKSI bayar insurans yg mahal setiap tahun kerana STATUS Teksi mereka ialah kenderaan PERDAGANGAN,tu sebab harga insurans yg bbeza pd dua jenis kenderaan ini.
JP Teksi terpaksa bsaing dgn harga kos
Operasi Grab/Uber yg x masuk akal....
Teksi perlu ikut meter sedangkan Grab/Uber ikut harga mereka sendiri.
HAK RIDER/pelanggan yg pilih,tu HAK MEREKA
betul,mmg tu hak pelanggan, kalau diletakkan barang yg sama,tp harga bbeza,mestila pelanggan nak yg murah... walau apa alasan sekalipun yg murah mesti jadi pilihan,JP teksi bukan taknak kasi tambang murah,tp mereka diWAJIBkan ikut meter yg harga tambang ditetapkan oleh KERAJAAN sendiri,kalau tak ikut meter,mereka akan disaman(ini bdasarkan pemandu teksi yg jujur guna meter,jgn bandingkan dgn jp teksi yg sembelih taknak guna meter,tu tugas SPAD ntuk tangkap mereka)... teksi kene ada kad pemandu,permit,sticker,dan mcm2 peraturan tp pemandu Grab/Uber? Pakai seluar pendek dgn selipar pun boleh... dan pemandu teksi beroperasi bdasarkan harga tambang yg masuk akal dan diparas kos operasi yg telah dipertimbangkan seperti tayar,kos inspection,kad pemandu,Maintanaince enjin dan lain2....
Penyelesaian?
Selagi ada org yg korup memerintah Malaysia,selagi itulah industri pengangkutan akan bercelaru... pemandu Grab/Uber memandu atas dasar ntuk mmbantu keluarga tp pd masa yg sama telah menindas pemandu teksi yg jujur untuk mcari rezeki dgn persaingan yg tak sepatutnya wujud serta langsung tak adil.... pemandu Uber/ Grab tak sedar yg mereka ditipu dgn kadar komisyen yg tinggi,harga tambang yg tak masuk akal(dpt rm50 sehari dh heppy walhal tak tahu kos Maintanaince/operasi pd masa akan dtg),tiada insurans cover dan tiada jaminan bila di banned oleh syarikat uber/grab hanya bdasarkan rating 'star'.
Apa la perasaan anda ambil penumpang di stand Teksi yg mana semua pemandu teksi beratur mnunggu giliran tp anda selamba ambil penumpang tanpa perasaan kasihan pd manusia yg mengikut peraturan dan ditindas? Ada akal fikiran sila la gunakan....
SPAD sudah tak relevan... semoga Allah menunjukkan kebenaran dlm masa tdekat ni....
Copy paste