24/01/2026
Terima Kasih yang sudi join kami esok !
Kita akan bersama-sama dalam ruang yang gembira dan bermakna!
One more time bersama2 Sifu Feexa Nicoll untuk Terapi Nafas, Grounding, dan bertafakur melihat awan serta langit.
Bukankah ini antara sunnah Rasulullah ﷺ yang sering kita terlupakan atau tak tahu lansung pun?
Baginda SAW sering menengadahkan pandangan ke langit , ketika berdoa, ketika keluar rumah, dan ketika merenungi tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Amalan ini bukan sekadar pergerakan fizikal, tetapi satu bentuk tadabbur yang menumbuhkan ketauhidan, menenangkan jiwa, dan melembutkan hati dengan rasa kehambaan.
Mindfulness bukan sekadar “tenang”.
Ia adalah mengambil masa untuk merenung apa yang benar-benar matters.
Terapi nafas bukan sekadar teknik , ia adalah jalan untuk kembali sedar bahawa setiap hembusan nafas adalah amanah dari-Nya, yang menambah rasa syukur dan ketakwaan.
Dan apabila kita menyentuh bumi, memijak rumput, membiarkan tubuh “cas” dengan alam -
kita sedang mengembalikan diri kepada fitrah.
Manusia dicipta dari tanah, dan dengan tanah jugalah kita kembali seimbang, sihat, dan utuh.
Buat yang hari ini terasa terlalu sibuk, terlalu penuh, terlalu laju…
mungkin ini adalah jemputan yang lembut untuk berhenti seketika.
Jika belum sempat bersama esok,
sertai kami untuk sesi seterusnya.
Datang bukan untuk menjadi orang lain,
tetapi untuk pulang kepada diri -
dengan nafas, dengan bumi,
dan dengan kesedaran bahawa setiap detik adalah peluang untuk mendekat kepada-Nya.
ini testimoni kebanyakan peserta terdahulu - ‘Saya pernah juga buat Grounding dulu, tapi tak sama dengan apa yang dialami bersama Sifu Feexa Nicoll’