11/12/2024
Sayur? Euwww.. Tak nak!
Bayangkan ibu-ibu, anak kita ni ‘sehelai’ bawang pun dia boleh perasan dan tolak terus makanan, apatah lagi sayir lain yang jelas nampak depan mata.
Adoiii. Jarang-jarang sungguh nak jumpa anak s**a sayur kan? Kalau ada tu memang rare sungguh la haa…
Nak kita biarkan, rasa rugi p**a. Sebabnya dari sayir tu sebenarnya banyak nutrisi semulajadi yang anak boleh dapat. Kesannya, anak akan semakin sihat tanpa perlu apa-apa makanan tambahan pun.
Jadi, ni kami nak kongsi tips untuk anak makan sayur. Jom kita buat ya ibu ayah.
TIPS GALAK ANAK MAKAN SAYUR
1. Kreatif dalam hidangan.
Kanak-kanak lebih tertarik kepada sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Gunakan kreativiti untuk menyediakan hidangan dalam bentuk yang paling menarik. Contohnya potong atau susun sayur dalam bentuk yang mereka s**a. Cipta hindangan yang mempunyai watak animasi dan sebagainya. Bagi meningkatkan keceriaan hidangan, kombinasi pelbagai jenis warna itu turut membantu menarik minat mereka.
2. Gabungkan makanan.
Hidangkan sayur dengan makanan kes**aan mereka seperti sosej, nugget, fries dan lain-lain. Walaupun mereka kurang berminat, beri galakkan utuk mereka makan walaupun sedikit. Letakkan syarat, “makan sayur dahulu baru boleh makan sosej”. Lama-kelamaan mereka akan biasa diri. Jika mereka s**a cheese, tak salah campurkan sayur dengan cheese. Jika s**a mayonis, buatlah salad yang digaul bersama mayonis. Kan rasa sayur tu jadi lebih sedap?
3. Menyelitkan sayur-sayuran dalam hidangan
Tak salah pun jika kalian cuba menggelapkan kewujudan sayur dalam makanan yang mereka makan. Potong sayaur dalam saiz paling kecil, gaul dan sekalikan sebelum dihidangkan pada mereka. Jika mereka lebih s**a buah berbanding, buatkan jus minuman kegemaran mereka. Sertakan sekali sedikit sayuran.
4. Jangan terlampau memaksa.
Psikologi anak menurut pakar, mereka s**akan perhatian. Terlampau risau dan memaksa mereka makan boleh menyebabkan mereka cenderung untuk tidak mengikut. Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan memberi galakkan. Namun pada masa yang sama tidak mmemaksa. Iyalah, sayur ni bukan sedap bagi mereka.
Senang ke susah tips tu ibu ayah? Kalau dah buat semua tu anak tak s**a juga, apa kata ibu cuba Qaseh Junior untuk top up nutrisi anak?
Mai la cuba ibu ayah. Insya Allah demi kesihatan anak yang lebih baik. Mudah-mudahan.
**asayur